Rezeki anak kerana doa mak

Alhamdulillah, minggu lepas ( 9-11 Okt 2022) dapat rezeki balik kampung melawat mak. Dapatlah kami meraikan mak, bawa mak makan-makan , berehat daripada kerja hariannya dan dapat juga bawa mak untuk shopping. Prinsip aku mudah je, rezeki anak kerana doa mak dan ayahnya. Aku dah tak ada ayah, cuma mak sahaja tempat aku berkongsi cerita. Tapi aku hanya cerita yang baik-baik sahaj, bukan apa, pada usia ini, mak ayah kita tak boleh lagi dibebani dengan cerita-cerita susah payah anak. Ini yang buat orang tua tak tidur lena sebenarnya. Ingat juga rezeki kita sebagai anak, rezeki anak kerana doa mak.

Menikmati sarapan pagi, di Restoran Sukarali – kedai ini famous di sekitar jalan masuk ke Tasik Melati 2 ( Search la Kedai Makan Sukarali, famous dengan nasi kuning / lauk campur waktu pagi dan juga ramai sebab roti canai pun best.

Perlis So Small

Disinilah pekan aku masa zaman remaja. Masa tu nak dating ke, nak jalan-jalan ke , tau KANGAR je la, belum kenal Alor Setar. Hahaha, zaman remaja , seronok mau p Kangar ada kedai cenderahati , jual cawan , frame yang boleh lukis-lukis, kira syok tak sangga dah. Geng jalan dengan sepupu ku KakCik Fiza. hahaha tq buddies.

Rezeki anak kerana doa mak - Perlis So small

Aku hanya ada dia -Rezeki anak kerana doa mak

Biarlah apa orang nak cakap, demi dia’ yang bergelar emak, aku sanggup buat apa sahaja. Dulu, zaman aku kecil , mak bawa p pekan (Kangaq), mak bawa beli baju, makan-makan. Jadi sekarang masa aku balas balik semua itu. Cuma ada dia. Ayah dah lama pergi (2014), tapi aku tak pernah rasa terkilan, walaupun dulu aku susah, aku dah buat sehabis baik. Belikan baju, pakaian ayah suka, tshirt berharga dan kasut yang mahal-mahal bagi ayah. walaupun harga hanya RM100+, sebab orang kampung kan, mana ayah pernah pakai kasut mahal, kalau yer pun selipar harga RM20.00 atau kasut BATA.

Rezeki anak kerana doa mak

Mak dah lama ni minta tshirt, nak pakai dirumah je pun. Mak cakap; ‘kak beli la di Shopee”, pandai dah. Tapi alasannya, pertama ikutkan memang tak sempat, kedua tshirt yang memenuhi kreteria mak nak tak ada pula di Shopee, jadi aku nekad balik kampung la beli. Itu yang bertangguh lama, berbulan la. Alhamdulillah Allah izinkan, aku dapat belikan apa mak nak . tq ALLAH panjangkan usia mak sehingga hari ini, alhamdulillah. Minta mak doakan kita, jangan malu jangan segan, doa mereka untuk kita doa mujarab.

Bukan sahaja mak, tentunya di belakang aku ada seorang suami yang menyokong dan support. Jika suami tak izin, tak dapat juga aku berbakti pada mak. Thank you Sayang! I love you. Kami buat baik, harapnya jadi contoh buat anak-anak jua. Satu masa nanti , kalau kami ni yang ada pencen, tak nak pun duit anak-anak, tapi cukuplah masa mereka melayan kami nanti. amin. Gambar shopping di @Hari-Hari

Rezeki anak kerana doa mak

Senyuman mak yang akan aku rindu, senyum ini yang satu masa nanti akan dikenang. Ingat, mak kita ni kadang bukan nak duit pun, kalau kita tak mampu, sebab orang tua kalau boleh dia nak masa dengan kita. Dan kalau kita jadi orang tua pun sama, kita akan usaha bagi anak-anak yang terbaik, makan minum dsbnya. Cuma kalau kita dah dewasa, kita cubalah pula beri yang terbaik untuk mereka. Kalau usia mak kita dan 70 , agaknya dah berapa tahun dia bekerja tanpa rehat demi sesuap nasi. Kita? Berapa banyak usaha untuk membahagiakan mereka, seperti mana kita kecil mereka kerah tenaga demi untuk belikan pensil warna, baju raya dan sebagainya?

Jadilah anak-anak yang membahagiakan mereka, jika tak ada kesempatan wang yang banyak , cukup bagi RM5.00 pun mak mesti happy. “Mak, kakak nak belanja sarapan, p la beli capati ke apa…”.. rasailah, mesti dia makan sambil sembang dengan kawan-kawan dengan penuh rasa bangga dan bahagia, ada anak-anak yang merindui dan membahagiakan dia.

Pesanan Seorang Boss

Berapa usia mak ? Tolak berapa bulan tak balik kampung, berapa hari balik kampung, kita hari tu, kira pula jam / masa duduk sembang dengan mak, agaknya, jumlah tu ada ke tempoh 1 tahun kita dengan mak kita, estimate berapa panjajng usia mak.. kalau mak dah 90 tahun agaknya?? …. ada masa 1 tahun lagi dengan mak? atau 3 bulan atau hanya berapa jam sahaja lagi dengan mak kita? – Pesan seorang bos bernama ; Ibrahim Saad (KPP /2022)

Sekian catatan kenangan |OKT 2022

https://umminani.com/2022/09/teknik-menjawab-upkk-2022/
Jom sama-sama ibu ayah yang bersama UN, doakan anak-anak berjaya untuk PSRA 2022 – TQ Relyedu kerana menyediakan Kelas ONLINE untuk PSRA / UPKK

Zikir Terapi Asmaul Husna Untuk IbuBapa Anak Autism

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *