Merdeka!! Sambutan Hari Kebangsaan Dengan Keluarga Memberi Erti Merdeka Yang Sebenar. Merdeka sebab boleh raikan dengan keluarga, tak terikat dengan task dan lain-lain tanggungjawab. Merdeka kerana bebas masa selepas ni. Yes, 2018 sooo MERDEKA !
Merdekaa! Merdekaa! Merdeka! Laungan Merdeka kerap kali didengari dilaungkan di televisyen. Anak-anak UN tak terlepas menyambut hari tahun ini kemerdekaan bersama UN.
Tahun lepas, kami meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan 2017 di Dataran Merdeka. Seingat UN, kami gerak awal juga. Sesudah subub dah siap sedia di Dataran Merdeka. Dan tahun ini, seperti biasa kami ulangi rutin sama.
Bangun Seawal 4 Pagi Dengan Semangat Meraikan Kemerdekaan
Sejak malam tadi ada bagitau anak-anak Un yang kami nak ke Putrajaya menyambut Kemerdekaan 2018. Bukan main seronok depa. Bangun awal pagi pun senang dan mereka dah siap mental untuk berjalan-jalan hari ini.
Lepas siap mandi dan masukka barangan dalam kereta, semua semangat ingin ke Putrajaya. Kami gerak awal, seawal 505pagi keluar dari rumah.
Kami sampai di Putrajaya dekat Wisma Tani dalam jam 535pagi. Lepas tu kami cuba cari lokasi solat. Memandangkan dah prepare awal, kami solat belakang kereta sahaja. Wuduk dan sejarah dah siap prepare dalam bonet. Syukur semuanya mudah sangat.
Lepas tu kami ke kiri pentas utama di bahagian kiri Istana Kehakiman. Situ dah agak, tak akan panas kena mentari pagi dan gambar yang diambil pasti menarik. Woww..sampai macam tu sempat pikir kan. 🤣
Perarakkan Kemerdekaan 2018
Kami sampai dekat tempat duduk dalam 615 pagi. eh..bukanlah stage ke apa, duduk atas lantai je pun. Tapi booked awai untuk budak-budak senang nak tengok perarakkan.
Tapikan, ada je yang datang lambat bising.. tapi bukan bising dekat UN la. Depa bising pada yang tak nak duduk. Yer laa.. yang teguq pun sama, apa salahnya kalau kau nak suruh orang duduk pun selepas lagu NEGARAKU kan.. barulah kena gaya. Ini tidak, dah la datang lambat nak tengok perarakkan, tapi tak faham perjalanan majlis. Mana tak berlaku pergaduhan perang mulut tadi. Macam-macam perangai manusia.
UN pula, macam body guard,bukan setakat jaga anak UN sendiri, tapi 2 budak perempuan yang celoteh dan 2 anak lelaki yang pada mulanya tak mesra, tetapi selepas tak berapa lama duuk sebelah,UN jadi macam cikgu depa. Mana tidaknya, dok tolong translate apa benda yang lintas. Anak-anak UN semua tadi 8 orang. Haaa.. jangan tak tau, ada harapan nak jadi warden nih🤣.
Ini galery yang sempat UN rakam untuk tatapan masa depan.
Selesai majlis Sambutan Kemerdekaan pada jam 1030pagi. Tapikan yang UN pelik, orang tunggu sampai PM dan TPM balik.Memang semangat depa dengan TUN MAHATHIR dan juga Dr Wan Azizah.
On the way jalan ke kereta, hubby jumpa skuadmate dia dan anak-anak singgah tengok kereta kebal.
Lepas tu kami habiskan nasi lemak dekat bawah bangunan Wisma Tani, tepi parking kereta je. Tak lama lepas tu, kami balik dan berehat. Sampai rumah jam 1230tghari juga, jalan jem nak keluar dari Putrajaya. Sabaq jer laaa..
Nota: Tahun depan nak p sambut Merdeka ,jangan lupa bawa air masak banyak-banyak. Sebab mak akan jadi translater untuk anak. “Apa tu Ummi, apa tu aunty?”… so ready dengan ilmu juga tau..
Salam Kemerdekaan 2018 Daripada Kami Sekeluarga. 😍😍😍
mmg best bawa anak2 sambut merdeka. teruja diaorg
Seronok kan tgk anak2 happy heheheh