Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2017

Hari ni dah hari Rabu, hari ketiga lepas balik daripada Family Day Kbba9 . Entry first day sampai Ummi coretkan kisah kami di disini : Legend Cherating Beach Resort Lokasi Pilihan Family Day Kbba9. Sebab masih mood happy, mood baik ni, nak story semua apa kami buat hari kedua dan ketiga disana, bagi Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2017.



Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2017.

Setelah berehat semalaman, kami bangun dengan penuh rasa syukur pada hari Sabtu iaitu hari kedua. Bangun awal semua, even ada anak kecil, budak-budak ni pun excited nak tengok suasana pagi tepi pantai. Seawal jam 5pagi, Ummi bangun solat tahajud dan witir. Selepas tu, anak-anak semua bangun. Depa ni dah biasa mandi pagi, nak mandi juga even dah cakap kita nak pergi tepi pantai. Layan jer la..maybe nak rasa feel mandi kt bilik Grand Deluxe Di The Legend Cherating Beach Resort ni kot. 

Budak-budak ni kadang lebih feeling daripada kita. Dah siap mandi, bersiap-siap, solat subuh 4 beradik dah ready nak ke tepi laut. Nak cepat, jadi lambat juga uruskan depa ni. Boleh keluar bilik 645pagi. Kira still okay la. Alhamdulillah masih lagi suasana redup, sejuk dan nyaman. Kami menunggu mentari pagi menyapa.

Namun, pagi yang indah tersebut awan menutupi cahaya mentari pagi. Cuma dapat menyaksikan sinaran pagi yang tidak betul-betul menyinar. Syukur masih ada peluang kedua di hari Ahad. Anak-anak Ummi dah excited sangat. Along dah sedikit basah. Main air. Ummi dengan abah melayan perasaan. Cuma, kena ketahui, percutian dengan anak-anak tak serelax bercuti berdua. Mood honeymoon sikit kacau bilau..hahahah, tapi seronok la melayan gelagat depa. Penat sekejap jer terasa, namun memori indah saat anak-anak kecil ni akan tetap mekar di ingatan.

Lepas melayan perasaan di tepi ombak yang tenang, awan yang redup dan suasana yang indah. Kami semua meneruskan aktiviti pagi dengan bersarapan di coffee house.

Makanan disini enak yang amat. Ummi dengan abah , breakfast hari pertama kami sama-sama setuju yang bubur nasi adalah yang paling best. Serius, bila tambah dengan sambal kicap..fuh sedap! Jam masa tu dah menunjukkan 830pagi. Kami keluar daripada coffee house dan anak-anak Ummi nak terjun swimming pool. Pikir, alang-alang lepas ni sukaneka jadi Ummi benarkan, sebab nanti main pasir kotor juga.



Sukaneka Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2017

Aktiviti bermula jam 915pagi. Jadual sikit berganjak, kerana menunggu semua ahli berkumpul. Sukaneka bermula dengan acara anak-anak. Ada 3 game pihak resort sediakan untuk blogger cilik. Sebab apa panggil blogger cilik? Depa semua , tak kira anak blogger mana semua suka bergambar, dan bab blog pandai.

Mungkin ni semua , bakal pengganti generasi mak dan ayah. Jom saksikan galeri sukaneka blogger Cilik. Mak ayah yang excited bila anak main. Hahaha nak menang punya pasal, suruh anak tiup belom cepat-cepat dan lepas tu gunakan kuku asalkan pecah.

Si angah, ehm..tiup kecik yang amat. Lepas tu dia tarik jer, asal pecah.. hahaha dah tau, dia mana reti tiup belon, tapi nak cuba tu. Bagus Angah, keyakinan 200%. cayalah! Tapi, bab group, asyik salah baris ker Angah ni!.

Sukaneka Kbba9 dan pasangan

Kalau tadi budak-budak, ini pula mak budak dan ayah budak. Kami pun ada 3 game. Siap kena lari dalam guni.. hahah Ummi tak ingat last lari dalam gini bila,asa kecik jer kot. Tapi syoknya macam-macam gaya. Kak D paling lawak, boleh catwalk gitu. Adoiii, orang bertanding la kak😁😁. 
Masa permainan bawa bola dengan gelung, semua orang boleh buat, cuma ada yang laju, ada yang terpesong ke barisan group lain, dan macam-macam lagi. Yang best, gelak ketawa tu yang buat semua orang suka dan rasa lebih rapat dan mesra.
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2017

Nka order Brownies di Putrajaya dan KL boleh contact abam Korie, okay!

Paling teror main boling kelapa , group Chalie tak silap. 26 pin jatuh. Hebat! Group Ummi 6 jatuhan sahaja. Abah kali ni tak bernasib baik, tak ada yang jatuh. Owh ya, satu lagi, kudapan sedap kami semasa sukaneka Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2017 di bawakan khas oleh AbamKorie.com.

Lepas habis sukaneka kami semua berehat dan sambung untuk lunch sebelum tu sempat mandi manda di swimming pool. Dan nak tahu apa aktiviti kami selepas ini, tunggu ya..

 

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
  1. Tati Mansur

    Seronok sangat kan.. Lebih seronok lagi sebab semuanya sporting.. tapi catwalk kakDy mmg paling win.. penat ahli2 grup dia bersorak suruh laju sikit.. kakDy maintain catwalk.. hahahaha

  2. Papa Amyzal

    Group Alpha lagi best, ada Cik Catwalk Dyana Dy. Terus kalah dalam game lari dalam guni. Kihkihkih. Walau apa pun memang seronok ber’family day’ di Legend Cherating Beach Resort. Pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila

Leave a Reply to miminadam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge