Hari ini Un ada ujian kecergasan di IPD Kajang. Semangat nak berjoging tu ada, cuma…jeng jeng jenggg.. adoiilah terlambat bangun hari ni. Serius dah jaga pukul 4am, sebab kan “cuti” sambung tidur la.. Terjaga semula…alamak…”b, bangun dah 630pagi.”

Akibat lambat sedar!
Semua bergegas mandi. Husband mandi kat atas, Un dengan Along mandi di toilet bawah. Jahatnya UN hari ni, “Along, plsss
hari ni cuti ya.. Along boleh ikut Ummi”. “Okaylahhh…..”- pasrah tak dapat pergi sekolah. Bukan apa dah lewat satu hal, abah dia pula nak ke Putrajaya, jadi better “off school”, lagi pun dah habis exam kan.
Dapat kawan baru -joging sama habiskan 5pusingan.

Hari ini, Un lagi dapat seorang kawan. Kpl Ananas kalau tak silap namanya. Kami lari 5 daripada 6 pusingan. Bukan tak nak teruskan, tapi sebab dah ramai berhenti. Tapi, syok pecah peloh jantan. Non stop berlari, fuhhhh pias gilaa. Yang penting semangat mesti kuat. Once semangat dan kata-kata dalam diri kuat kita pasti boleh capai target!
Gaya Hidup Sihat



IPD Kajang yang tidak bertugas aktif, selesai menjalankan aktiviti gaya hidup sihat dan menjalankan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ( UKJK) yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan IPD Kajang bertempat di Stadium Kajang.

Objektif :
Pengenalan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ( UKJK) ini bertujuan menilai kemampuan fizikal dan kecepatan pergerakan dalam suatu pergerakan yang diuji.

Selain memberikan kesihatan fizikal dan mental, aktiviti yang dilaksanakan dapat merapatkan hubungan warga kerja IPD Kajang dengan aktiviti yang sihat.
Antara yang hadir dalam gaya hidup sihat Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ( UKJK );

ACP Ahmad Dzaffir bin Mohd Yussof (KPD Kajang),Ketua-Ketua Bahagian,Pegawai Kanan,Ketua-Ketua Polis Balai,Pegawai rendah polis dan Pegawai awam.
Galeri gambar :



Sekian, habis sahaja latihan semua kembali bertugas seperti biasa. Bestkan kalau dapat berjoging macam ni setiap hari. Heaven! Kalau sakit-sakit lepas bersukan terus buat terapi di sini.