Dahsyatnya Sedekah di Bulan Ramadhan
Dahsyatnya sedekah di bulan Ramadhan. Bulan ramadhan adalah bulan ibadah. Setujukan jika Ummi katakan bahawa bulan ini sangat menguji kesabaran kita? Bukan sahaja ujian makan dan minum, malah ujian untuk kita jadi lebih baik.
Ada antara kita diuji dengan tahap kewangan yang merudum, dan ada yang diuji dengan kekayaan. Namun, keduanya mudah bagi Allah swt.
“Jika kamu bersyukur kepada ku, InsyaAllah akan aku lebihkan rezeki kamu.” ~ Sudah bersyukurkah kita hari ni??
Dan Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah.
Oleh sebab itu, cuba perhatikan berapa ramai yang menaja majlis-majlis iftar untuk anak-anak yatim, orang-orang tua dab gelandangan berbuka puasa. Jika itu yang mereka mampu, bagaimana pula kita?
Kita mampu menyenaraikan perbelanjaan untuk keluarga kita beraya dengan baju-baju cantik, tapi ada kita peruntukkan sebahagiannya untuk bersedekah? Ada? Alhamdulillah. Namun, masih tak tahu di mana ingin salurkan sedekah itu?
Hari ini Ummi nak berkongsi tentang sedekah atau wakaf telekung Siti Aishah
Pakej Wakaf Telekung :
Pakej wakaf telekung RM35.00 Dewasa RM30.00 kanak-kanak bagi sepasang telekung.
إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين
“Jika datang bulan Ramadhan, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.” (HR. Bukhari no.3277, Muslim no. 1079)
Bulan ramadhan adalah bulan untuk berbuat kebaikkan. Dimana telah dijanjikan bahawa setiap amalan dan sedekah itu akan di gandakan 70 kali ganda pahala dan ganjaran daripada Allah swt. Maka, tidakkah bulan ini bulan terbaik dalam melakukan kebaikkan dan pahala berganda bagi menutupi segala dosa-dosa dan kekhilafan kita selama ini.
Jadi pilihan di tangan kita samada menyegerakan sedekah atau melambatkan ibadah.
Bagi yang ingin berwakaf:
Wakaf boleh dilakukan secara online di MAYBANK
Nama:DORRUE SDN.BHD.
Nombor Akaun: 562 151 000859
Email : [email protected]
Semua rakan-rakan yang nak berwakaf boleh hubungi:
Pejabat : 03- 61841662/667
Tuan Mohd Zaharuddin 019-6821965
Cik Puan Wan Farah 013-3358570
Cik Puan Norlida013-2250751 atau
Cik Puan Rozita 013-3061175
Sahabat Ummi yang berminat juga boleh pergi sendiri ke alamat:
D’or Rue Sdn Bhd, 23,
Kompleks Kilang SME Bank,
Jalan SBC6, Taman Sri Batu Caves,
68100, Batu Caves, Selangor.
Subhanallah. Jangan SEDEKAH sekarang jika masih ragu-ragu akan ganjaran daripada Allah swt.
KOMEN UMMI
Ucapan terima kasih kepada sahabat Ummi yang telah mengambil tindakan pantas dengan menyertai wakaf Siti Aishah samada melalui cash atau direct bank in kepada penganjur. Sehingga kini sumbangan wang tunai kepada Projek Telekung Wakaf Siti Aishah kepada Ummi untuk disalurkan ke Pihak penganjur berjumlah RM1380.00. MasyaAllah, Alhamdulillah bersyukur sangat atas kemuliaan hati mereka yang berwakaf. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Artikel berkaitan:
JOM SERTAI PROJEK WAKAF TELEKUNG SITI AISHAH
Semoga ramai yang bersedeqah..
Betul tu..ingatan kt diri sendiri juga.
Alhamdulillah… dengan perbanyakkan bersedekah di bulan Ramadhan akan membuka lebih banyak pintu rezeki kepada kita… In Shaa Allah..
insyaallah.sama samalah kita yer.
Alhamdulillah… semoga dpermudahkan segala urusan.
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan. Sebut pasak sedekah, hari tu syima bagi kucing tepi jalan makan. Beberapa minit lepas tu, ada orang bagi syima duit belanja. Memamg sedekah ni dahsyat
Syima, masyaallah..luaskan rezeki Allah. & Proud of u sis.