Rasanya dah lama tak keluar negara, dan 8-10 Mei lalu ada kesempatan bersama-sama team PERKEP JIPS ke Batam, Indonesia. Perancangan ini dah dibuat lama, syukur dapat juga realisasikan dengan pasukan yang membantu menjayakan program.
Perjalanan kami bermula di jeti Stulang, Johor Bharu. Kami bertolak dalam jam 11.00 pagi dan perjalanan ambil masa dalam 2 jam untuk ke Jeti Batam. Dałam perjalanan pergi pada 8 Mei adalah hari Khamis, adi kapal tidak penuh dengan pelawat lain. Luar daripada kebiasaannya, dalam Kapal ini disajikan dengan POP Mee, kata mereka sedap Pop Mee atau di Malaysia kita panggil mee segera makan dalam kapal ditemani bunyi kapal. Memang menyelerakan. Makan pula dengan kawan rakan, lagi rasa feel di best gitu.
Sampai sahaja di jeti Batam,kami tunggu Pak Feri namanya , dan bawa kami ke Harmoni One hotel. Disini kami bermalam selama 2 malam. Jarak Harmonie One dengan Jeti tidak sampai 5 minit perjalanan.

Kami menikmati makanan tengah hari di Rumah Makan Bandoeng. Okey je makanan di sini, cuma masa kami sampai makanannya sejuk (ikan goreng sejuk). Restorannya cantik sebab diperbuat daripada buluh.

Lepas menikmati makan tengahari, kami balik berehat dan perjalanan kami yang pertama singgah di Masjid Agung Batam dan seterusnya singgah di Nagoya Hill, Batam. Katanya di Nagoya Hill , Batam ni tempat shopping, tapi tak sampai ke jiwa. Rasa jemu dan bosan bagi seorang Nooraini. Mungkin tak ada benda nak di beli pun ya juga. Beg fake banyak dijual disini, nak jenama apa LV dan lain-lain pun ada. Sekali pandang macam benda sama je dekat Padang Besar, Perlis nun…tapi you all kena la singgah. Makanan pun tak banyak yang pelik pun I jumpa kat sini. Cuma makan małam makan juga lah di Nagoya Hill ini, makan nasi keli penyet untuk memenuhi perut yang lapar. Alhamdulillah. Balik ke hotel sambung tidur sebab kepenatan dan demam.
Hari ke-dua di Batam, Indonesia




Hari kedua perjalanan kami bermula selepas sahaja selesai sarapan di hotel, kami bergerak shopping kain di Italy Moda & Italy Platino. Ingatkan boleh shopping dalam masa tingkat, rupanya ambil masa 2 jam lebih juga. Macam-macam pilihan kain dan lace ada disini. I dapatkan juga beli 3 helai baju beserta lace untuk pakai nanti. Salah satunya untuk pakai konvokesyen nanti bulan 11/2025. Lain-lain tu plan untuk pakai masa raya 2026, insyaallah jika Allah swt panjangkan usia.
Selesai sahaja membeli-belah kain, kami ke Sea Food Restaurant di Punggur dan balik dari makan tengahari kami shopping sikit makanan di sebuah kedai makanan kering. 2 jam tidak mencukupi untuk shopping kain sebenarnya, kami kami sambung lagi cari kain di kedai yang sama sebelum balik ke hotel dan berehat.





Selesai sahaja solat, kami keluar untuk ke Pink Beach dan Santorini Batam. Kami sempat singgah di Masjid Cheng Ho. Di dua lokasi ini hanya sempat bergambar sahaja, badan pun dah penat sebenarnya, sebelum balik ke Hotel, sempat singgah makan malam.
Hari ke tiga di Batam
Hari ketiga adalah hari terakhir kami di Batam, hanya di bawa untuk membeli ole-oleh sahaja. Disini i beli beg luggage sahaja, sebiji beg harganya 960,000rp- dalam kad bank RM257.00. Lain-lain tu biasa sahaja perjalanan kami ini, mungkin kalau akan datang nak kesini lagi, kena pergi sampai ke Bintan untuk menikmati suasana padang pasir dan juga pemandangan yang cantik lagi menarik.


Apapun dalam perjalanan ini mengajar kami erti sabar, bekerjasama dan menyantuni satu sama lain. Semoga kami semua kekal berukhwah insyaallah. Next kawan-kawan ajak ke Hatyai.