Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Assalamualaikum, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 kepada semua rakan-rakan UN. Semoga kita semua meraikannya dalam suasana penuh gembira dan kasih sayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 ; Keluarga adalah segalanya

Pejam celik, kami dah meraikan raya bersama dah 12 tahun. Anak-anak pun dah membesar dengan jayanya. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt, dengan kurnia dan rezekinya dapat kami bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 ; Keluarga adalah segalanya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 ; Keluarga adalah segalanya

Bagi UN , sebagai ibu kita kena bahagiakan diri kita dahulu. Selepas itu bahagiakan dahulu keluarga kita, sebelum membahagiakan orang lain. Kerana, kesenangan dan kebahagiaan kita juga bermula dari sokongan orang-orang terdekat, terutama keluarga kita. Jadi tanpa mereka siapalah kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 ; Keluarga adalah segalanya

Keluarga kecil adalah yang utama dalam kehidupan seseorang. Keluarga juga jadi tempat berbagi cinta dan kasih sayang. Mereka juga yang menyokong dan membantu saat kita dalam kesukaran.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 ; Keluarga adalah segalanya

Nak raya nak gembira, nak berjumpa saudara. Jadi nak elak sengketa, jadi mulut tu jaga-jaga, penulisan pun sama. Jangan sampai ada yang terluka dek kerana kita,walaupun kita tak kacau sesiapa.

https://www.facebook.com/smartshoot.my

Salam dihulur tanda ingatan, 
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
SALAM AIDILFITRI

Info : Gambar raya di ambil di Smart Shoot Photography

Kos : RM80.00 /30 minit

3 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022”
  1. Assalammualaikum wmh
    Puan,
    Saya sgt2 ingin belajar jadi penulis blog.
    Bagaimana saya nak mencari guru
    Boleh puan hubungi saya
    Ruby Ibrahim
    terima kasih

Leave a Reply to Rubiah binti Ibrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *