Dunia teknologi semakin maju. Kini ramai orang lebih selesa mencari apa juga maklumat dalam google atau mereka baca di laman web/ blog. Bagi pembaca tidak ada salahnya, sebab mencari maklumat kini hanya di hujung jari. Malah maklumat daripada internet juga jika tidak dikawal boleh disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hari ini saya ingin kongsikan beberapa perkara daripada pengalaman sendiri pantang larang berblogging.
Pantang Larang Berblogging :

1) Terlalu Banyak Gambar di Blog
Ketika menulis mana-mana penulisan, biasanya dalam keadaan keterujaan kita yang menulis cenderung untuk memasukkan banyak gambar sebagai bukti dan juga visual. Ini sebenarnya menarik tetapi jika gambar yang dimasukkan tidak berkaitan ianya menyebabkan orang lain yang membaca blog tersebut jadi bosan. Secara teknikalnya, gambar yang terlalu banyak menyebabkan loading menjadi lambat.
2) Buang rasa keakuan
Semasa menulis blog peribadi terutamanya, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan pada awal dahulu. Terlalu banyak mencatatkan tentang peribadi menyebabkan orang yang nak baca menjadi bosan. Malah jika berlebihan dan rasa “keakuan” lebih daripada orang lain, mungkin boleh menyebabkan timbul rasa riak dan takabur. Bukan salah, tetapi buat dengan berpada-pada. Jangan sampaikan kerana penulisan di blog, menyebabkan kita menampakkan sisi buruk penulis itu sendiri.
3) Terlalu banyak iklan
Pembaca yang dtang ke blog kita, pastinya ada tujuan dan mencari maklumat. Namun jika terlalu banyak iklan yang dipasang, ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan tidak senang pembaca berada lama di blog tersebut. Maka, boleh dielakkan perkara ini.
4) Penggunaan bahasa
Blog adalah hak individu, tetapi bila anda telah mula menulis dan belajar menggunakan “keyword” ianya bukan sahaja untuk peribadi tetapi ianya untuk tatapan umum. Malah penulisan tersebut akan menjadi rujukan dan panduan kepada pembaca yang lain. Maka, bahasa yabng digunakan adalah lambang kepada keperibadian pemilik blog tersebut. Etika ini penting, malah sangat penting untuk blogger yang ada ramai followers. Jika diberikan pilihan untuk berbuat baik, kenapa mahu mencari jalan sebaliknya. Jika boleh berbahasa yang sopan kenapa harus memilih untuk melemparkan bahasa kesat. Sama-sama kita fikirkan.
5) Elak menabur fitnah
Blog seperti satu lembaran putih untuk kita luahkan rasa. Ada rasa yang enak dibaca dan ada intipati yang ditulis tidak enak untuk di baca. Malah, dalam dunia penulisan jika anda dan saya sebagai penulis yang berhemah, apa yang baik pastinya ada ganjaran pahala. Tetapi jika kita salah menggunakan medium blog untuk menabur fitnah ianya akan menjadi dosa. Tambah risau dan sedih, jika umur tidak panjang kita yang menulis pergi mengadap ilahi tanpa sempat memohon maaf kepada orang yang difitnah dan kita berbuat salah kepadanya. Allah, sama-sama kita mengambil ikhtibar akan perkara ini.
6) Gambar – penting untuk hadam perkara ini. – ini pantang larang berblogging yang MESTI tahu
Gambar adalah visual yang memberikan gambaran aktiviti, lokasi dan juga maklumat berkaitan entry yang ditulis. Tetapi ada beberapa pantang larang berkaitan gambar yang mana saya juga pernah melakukan kesilapan ini. Semoga dosa-dosa yang lepas yang saya sendiri terlepas pandang Allah swt ampun kan dosa-dosa saya.
Pantang Larang Berblogging dikupas dengan mendalam :-
6.1 Pelihara Aurat
Bab ini nampak mudah, tetapi ada sesuatu yang kita tidak perasan. Mungkin kita jaga aurat sendiri, bagaimana pula aurat rakan-rakan kita. Tidak dinafikan seronoknya menulis blog, upload gambar percutian bersama-sama rakan. Tanpa kita perasan, contohnya dalam 5 orang sekawan ada seorang yang tidak bertudung. Kita pun upload masuk ke blog. Tidak lama selepas itu, kawan yang free hair tersebut membuat keputusan untuk hijrah dan bertudung. Alhamdulillah, tetapi inilah masanya yang akan menyusahkan kita sebagai pemilik blog yang awalnya excited masukkan gambar Bersama beliau dalam blog peribadi. Berdosa kita memaparkan gambar mereka yang dah berhijab. Saya juga pernah melakukan silap. Ada lagi yang tidak dapat di “delete”, mungkin saya dah “delete” dari media dan blog, tetapi masih ada di google search images. Bukan mudah untuk remove gambar daripada GOOGLE SEARCH – IMAGES!
6.2 Isu keselamatan
Ini juga pernah saya alami, bergambar bersama rakan-rakan sekerja. Masa tersebut semuanya seronok, bila “upload” masuk ke blog, ramai yang suka baca. Akan tetapi, dari sudut keselamatan, apabila kawan kita tersebut ada isu atau ada yang mencari dia oleh kerana kes jenayah atau suspek sesuatu isu, secara tidak langsung kita terpalit sama. Tambahan lagi ada pihak yang tidak bertanggungjawab, yang mengambil gambar kita daripada blog dan menggunakannya untuk tujuan jenayah siber , penipuan dll. Ini secara tidak langsung berbahaya dari segi keselamatan. Konsepnya dalam dunia siber ini mudah sahaja, jika kita berani masukkan gambar diri sendiri, keluarga , anak-anak dalam media dan blog, kita sebagai pemilik dan penulis blog mestilah berani tanggung risikonya juga.
Ramai yang suka bergambar kenangan,tetapi untuk simpanan sahaja. Tidak untuk di paparkan di media atau blog. Jika masih ada yang berhajat untuk masukkan gambar rakan-rakan atau sesiapa sahaja sebagai kenangan, maka seelokknya minta persetujuan mereka secara peribadi. Ingat, sekali gambar masuk ke blog, sukar untuk remove daripada Google Search – Images!
6.3 Guna Gambar Sendiri

“Alah, google je banyak gambar boleh guna”. Ini dah biasakan? Ya nampak mudah tetapi sebenarnya tidak mudah. Ini kerana dalam undang-undang siber, pengguna internet adalah terikat dengan Akta Komunikasi dan Multimedia. Ianya melibatkan hak harta intelek. Maka untuk elakkan perkara berbangkit dan disaman, elak menggunakan gambar daripada sumber atau kepunyaan orang lain. Gunakan kemahiran sendiri dalam mengambil gambar. Tetapi jika masih memerlukan gambar yang dijumpai di sumber google, boleh meminta kebenaran untuk menggunakan gambar dari sumber google dengan beradab kepada pemilik gambar berkenaan samada secara email atau inbox kepada wassap mereka. Dan jika mereka setuju boleh back link kepada pemilik asal dan kreditkan gambar tersebut kepada mereka. Ingat, sayangi diri sendiri, elakkan daripada disaman orang lain kerana isu harta intelek. Panjang untuk hujah perkara ini, 1 semester pun tak boleh nak senaraikan berkaitan isu ini. Beringat adalah lebih baik daripada melakukan kesilapan.
6.4 Hubungan Sosial
Tadi pada perkara diatas, saya ada katakan yang seeloknya minta kebenaran orang yang ada dalam gambar jika mahu masukkan gambar mereka dalam blog. Akan tetapi isu lain yang penting juga bagi saya sepanjang berkecimpung dalam dunia blogging adalah adab dan dengan siapa bergambar.
Contohnya begini, dalam ramai-ramai kawan semasa percutian pastinya kita seronok bergambar dan merakam memori dengan rakan dan pasangan mereka. Jika kita pemilik blog, untuk masukkan gambar sendiri dan pasangan tidak ada masalah kerana kita sahaja tahu bagaimana hubungan kita dan pasangan. Akan tetapi jika kita “upload” gambar sahabat bersama pasangan mereka samada bercinta atau berkahwin , ini bahaya!
Kenapa bahaya? Andai hubungan mereka tidak kekal lama, gambar dalam blog kita masih kekal ada. Sekali upload gambar dalam blog, ingat sekali lagi ianya sukar untuk di ‘remove’! Bayangkan jika hubungan mereka terputus di tengah jalan, dan gambar masih kekal ada dalam google search – images, bukankah haru begitu. Malah boleh menyebabkan ada pasangan yang tidak selesa. Bukan sahaja pasangan bertambah risiko jika melibatkan pihak ketiga seperti keluarga dan sebagainya.
Maka, bagi tujuan mengekalkan hubungan sosial yang baik dengan sesiapa sahaja, adalah lebih baik jika saya dan anda kurang atau tidak upload gambar-gambar seperti dinyatakan. Mungkin hari ini tidak timbul isu, tetapi jika kemudian hari berbangkit , Allah masa tersebut kita pemilik blog yang tidak boleh tidur malam.
Kesimpulan Tentang Pantang Larang Berblogging
Maka daripada huraian yang saya sampaikan tadi, diharap ada manfaatnya kepada pembaca blog saya. Saya berkongsi daripada kesilapan saya sendiri. Dan saya mahu ramai orang boleh ubah dan rasional akan perkara ini. Sama-sama kita ubah diri untuk tahun 2021 dan beri lebih manfaat kepada lebih ramai pembaca. Sebenarnya, apa juga dalam entry ini boleh diaplikasikan dalam dunia media sosial yang lain seperti instagram/ tweeter / youtube dan sebagainya. Semoga tahun 2021 beri sinar baru dalam dunia blogging saya. Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari dan Ben Ashaari sendiri banyak membantu saya dalam dunia blogging, daripada minat jadi sumber pahala.
Semoga dengan perubahan kecil ini boleh memberikan kita sinar baru dalam dunia blogging. Dan buka ruang serta jalan rezeki yang lebih luas. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan.
Setuju part guna gambar sendiri . Sekurang2 nya jika guna atau ambil di mana2 perlu credit .
Terbaik!
tq aben