TENTANG UMMINANI

 UMMINANI.COM  MALAYSIA PARENTING BLOGGER

Keluarga Kecil Umminani | Top Parenting Blogger Malaysia Umminani.com

Ummi atau nama penuh NOORAINI ALI mula mencipta nama dalam online atau secara maya sejak 2013 . Tapi itu hanya di facebook. Sejak lama dulu menulis blog, tetapi tidak aktif. Kini Umminani.com adalah lama rasmi Ummi untuk berkongsi cerita, diari dan juga tips. Ummi berasal dan membesar di Perlis, siapa kat sini orang sekampung dengan Umminani?. 

Pendidikan Awal

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunjong Berseri dan  Dato’ Sheikh Ahmad, Arau dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Ummi merupakan salah seorang alumni pelajar MRSM Pendang, Kedah dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (Uitm) dalam bidang perakaunan. Ummi sejak dari sekolah rendah amat meminati bidang pengacaraan danjuga debat. Sejak sekolah rendah, pertandingan debat dan bercerita menjadi pilihan Ummi. Antara lain, bakat dari dalam diri sebagai pemimpin menag Ummi sendiri dapat rasa dari awal lagi.

Mungkin ianya juga galakan daripada guru di sekolah. Sejak bangku sekolah rendah Ummi menjadi pengawas sekolah sehingga ke sekolah menengah. Tidak hanya pengawas sekolah, tetapi juiga sebagai salah seorang ahli jawatan kuasa dalam kepimpinan asrama di Sek. Men. Keb. Dato Sheikh Ahmad Arau sehinggalah ke MRSM Pendang.

Di MRSM Pendang Ummi belajar perkara baru iaitu untuk menjadi salah seorang pemimpin pelajar Ummi  perlu bermanesfisto. Ummi setelah menang dalam pilihanraya MRSM, Ummi dilantik sebagai setiausaha Badan Wakil Pelajar bagi batch pertama MRSM Pendang ditubuhkan.

Melanjutkan pelajaran ke UiTM Arau

Ketika melanjutkan pelajaran ke UiTM Arau, Ummi masih lagi aktif sebagai perwakilan pelajar. Tetapi kali ini Ummi lebih rapat dengan mahasiswa di kolej. Ummi menjadi salah seorang Majlis Perwakilan Kolej. Masa di UiTM, kolej Beringin adalah kolej yang Ummi jaga sepanjang di UiTM, Arau. Pengalaman kepimpinan semasa belajar banyak mengajar Ummi berdikari dan kuat berusaha. Selain itu, ianya memupuk sifat kepimpinan dalam diri sehingga kini.

 Serba sedikit tentang Umminani :-

Kerjaya Kini Sebagai Serikandi di PDRM

Memilih menyertai PDRM sebagai titik kedua dalam kerjaya selepas berkhidmat selama setahun di JKR Pulau Pinang. Memulakan latihan sebagai pelatih inspektor di Pulapol, Kuala Lumpur. Dan kini bertugas sebagai Inspektor Modenisasi di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman. Ummi telah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahayamata, 3 lelaki dan seorang perempuan, Muhammad Afeef Mustaqim, Muhammad Afeef Muhaimin, Nor Afeefa Maisarah dan Muhammad Afeef Mudzakir.  Jodoh Ummi juga dengan seorang pegawai Polis.

IMG_20160710_134229

Kerjaya Terkini Sebagai Serikandi PDRM | Top Parenting Blogger Malaysia Umminani.com

Umminani Seorang Blogger & Penulis

 

Menggunakan niche parenting blogger memfokuskan kepada lifestyles, jemputan event dan review produk, “Menulis Dari Hati” itu motto utama ummi, beliau berkongsi kisah suka duka kehidupan anak dan keluarga. Impian dan harapan Umminani, ingin melihat anak-anak berjaya walaupun pada awalnya beliau terpaksa menangis keletihan dalam membesarkan anak-anak. Sebab tu Cikza kagum dengan Umminani, sebab mampu melakukan tugas sebagai serikandi negara, ibu kepada 4 orang anak dan juga usahawanita.

mama blogger malaysia
Doaka asbab usaha dan kerjasama dan sokongan ramai orang, satu hari nanti Ummi akan dapat kembalikan apa mereka beri dengan seindah senyuman dan membanggakan mereka. Kini biar aku menapak , tapi aku tahu, satu hari kejayaan pasti milik aku dan keluarga.

Seorang Ibu yang juga Serikandi Negara itulah Umminani |Top Parenting Blogger Malaysia Umminani.com

Terima kasih

Artikel berkaitan :

Umminani Top Parenting Blogger Malaysia