Tag Archives: Polis Wanita

Melawat orang sakit menginsafkan dan bawa diri sedar untuk syukur

Lawatan ke Hospital bukan sekadar tugas. Tetapi kurniaan Allah swt kepada team saya yang terdiri daripada SI Noriah dan KPL Mohamad Yusri Marzuki. Kami di tugaskan pada 18 Januari 2018. Seawal jam 10.00 pagi kami ke Glenegles Ampang dan seterusnya ke IJN, HKL dan hospital Tawakal.

Kami bukan sekadar melawat atas dasar tugas. Kata En Yusri, “Puan, kita ini direzekikan bertugas dan melawat orang sakit ini 70 malaikat mendoakan kita”.

SAKIT BUAH PINGGANG
Ini adalah Sarjan Nasir daripada Forensik Cheras. Beliau mengalami sakit buah pinggang.
Kopral mengalami masalah jantung. Nampak sihat, tetapi ada isu denyutan jantung yang laju sehingga boleh menyebabkan beliau penat dan pengsan. Doakan beliau kembali sihat.

Setuju.Seperti saya melawat Adik Arissa, sebenarnya Allah swt sedang menjentik saya supaya lebihkan kasih sayang kepada anak-anak. Syukur atas kurniaan Allah.Jom kita doakan semua yang sakit kembali sembuh untuk beribadah. InsyaAllah.

Ini ceritanya Adik Arissa :

18/01, 18:53] KONST NASRULHAQ MAD LATIF: Anak kami Nur Arissa Sofia berumur 6bulan adalah menghidap penyakit yang jarang berlaku dimalaysia yang mana penyakit ini adalah kes ke 3 di malaysia yang diberitahu oleh doktor pakar pediatrik HKL.Dari HPSF pindah HSI skrg ke HKL sudah 4buln.Walaupun diusia 6bulan kami berdoa agar anak kami tetap kuat melawan penyakitnya seperti kalsium tinggi dalam darah,tulang tidak padat dikataan tulang rapuh dan mudah patah,tulang rusuk antara ke 6 ke 7 sudah patah,manakala paru2 tidak dapat berkembang akibat tulangnya tidak dapat membesar mengikut umurnya sekarang,dan bermacam lagi yang sukar kami jelaskan.1jan yang mana anak kami dikejarkan ke icu pediatrik akibat tidak dapat mgawal penafasnya dan nadinya tiba2 menurun keseluruhan badan menjadi biru darahnya turun sangat rendah.9hari mengunakan mesin bantuan penafasan,diberi ubat tidur dan dimasukkan darah tambahan di icu.Anak kami sangat memerlukan susu CALCILO XD dari US yang mana kos nya juga besar.Moga ada keajaiban dan kesembuhan untuk anak kami.

Jika Tuan/Puan ingin membantu boleh hubungi
Nama Ayah : KONST NASRULHAQ MAD LATIF
Tempat bertugas :
BN 6, PGA : 013-6198077

Pengajaran :

Tugasan ini sangat terkesan di hati. Saya melihat akan adik Arrissa merasa amat bersyukur. Jika dibandingkan kehidupan sendiri dengan keluarga ini. Saya memiliki anak-anak yang sihat dan pintar. Bising dan cergas itu nikmat yang kadang saya lupa. Insaf dan sedar untuk menjadi ibu ayah yang lebih baik.

Keduanya, apabila melawat orang sakit, secara tidak langsung kita tahu apa sakit mereka. Punca? Ya mungkin daripada pemakanan. Jadi, apa yang kita makan wajib dijaga daripada usia muda. Kesihatan itu nikmat dan anggota tubuh Allah swt bagi adalah pinjaman yang tidak boleh kita sia-siakan.

Sama-sama kita jaga diri untuk niat menjadi insan yang boleh berjihad kepada Allah swt. Kita juga doakan saudara mara kita juga sihat dan boleh bersama-sama menikmati kehidupan yang indah ini. InsyaAllah.

MAJLIS HI TEA JPPPW, PDRM BUKIT AMAN

Hi Tea Pengerusi JPPW , JKDNKA & JSPT 2016

Petang ini ada majlis hi tea untuk perpisahan Boss kepada pegawai kanan JKDNKA.

IMG-20160819-WA0031

Bagi meraikan ACP Puan Koh yang dinaikkan pangkat sebagai ACP ke Kementerian Perumahan, (Bahagian Pemberi Pinjaman Wang) yang pemberian wang berlesen okay😊. Tahniah Puan.

JPPW PDRM

Selama 4 tahun dengan Puan Koh di Trafik banyak membantu jabatan ini. Ini diakui oleh Pengarah dan Timbalan sendiri Semoga disana Puan akan lebih maju dalam bidang Puan ceburi.

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Majlis hi Tea sempena meraikan Acp Koh, Pegawai Kanan Wanita yang ditukarkan kerana kenaikkan pangkat. Tahniah Puan.

Doakan Ummi juga sampai tahap seperti Puan Koh ya. Bukan mudah, tetapi jika Rezeki Allah swt itu ada pasti tercapai juga. Sangkaan kita mestilah yang bersifat bersangka baik kerana Alah swt. Lambat atau cepat pasti boleh dengan Izin Alah swt.

Semoga kejayaan ada sentiasa menjadi teman kita semua. Amin

POLIS TRAFIK DI HINA SATU CABARAN

 PERNAH DI HERDIK DAN DIHINA

Selamat pagi rakan-rakan Ummi. Peenah di herdik dan dihina, tapi tak putus semangatvuntuk Ummi terus bekerja. Dan inilah yang Ummi curahkan sempena hari raya lepas. VIDEO yang tak kurang viral sehingga kini. Dalam video ini Ummi berpasangan dengan Shiqeen Sattar Semoga terus bermanfaat kepada ramai orang.

Screenshot_2016-07-19-08-38-02

Hari raya dah makin ke penghujung. Op selamat juga dah berakhir 13 Julai lalu. Ada perkara yang best iaitu ke kemalangan menurun. Namun begitu sejauh mana rakyat sebenarnya sedar bahaya lalulintas? Kebetulan atau memang mereka dah betul-betul berubah.?

IMG-20160719-WA0036

Apapun tak semua yang berubah. Masih ada yang melakukan kesalahan menggunakan laluan kecemasan semasa memandu dan musim perayaan. Mereka yang salah tetap dikenakan tindakan.


Sumber Fb : JSPT

18/07/16 @ Trafik KL
ANALISIS OPS SELAMAT 9/2016 -AIDILFITRI-

Pada 15/07/16, sidang media telah diadakan di Bilik Gerakan JSPT KL oleh YDH. SAC Zazali bin Hashim, JPJKK IPK KL bersama Ketua JSPT KL, YDH ACP Mohd Nadzri bin Hussain berkenaan Analisis Ops Selamat 9/2016 -Alidilfitri- bermula 29 Jun 2016 hingga 13 Julai 2016.

** Sepanjang tempoh OP Selamat 09/2016 Aidilfitri dari tarikh 29 Jun 2016 hingga 13 Julai 2016, sebanyak 2297 kes kemalangan jalan raya telah dicatatkan berbanding dengan 2236 kes bagi OP Selamat 07/2015. Secara keseluruhan, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 61 kes (2.7%) bagi kesemua kes kemalangan jalan raya.

> Kes kemalangan maut mencatatkan bacaan sebanyak 6 kes dengan 6 kematian berbanding OP Selamat 07/2015 iaitu 11 kes dengan 12 kematian. Ini menunjukkan kes kemalangan maut mencatatkan penurunan sebanyak 5 kes (-45.5%).

>Kes kemalangan cedera parah sepanjang OP Selamat 09/2016 adalah sebanyak 2 kes. dan Op Selamat 7/2015 juga mencatatkan bacaan yang sama iaitu sebanyak 2 kes.

>Kes kemalangan cedera ringan mencatatkan bacaan sebanyak 5 kes berbanding OP Selamat 07/2015 iaitu 15 kes. Ini menunjukkan kes kemalangan cedera ringan mencatatkan penurunan sebanyak 10 kes (-66.7%).

>Kemalangan rosak sahaja mencatatkan bacaan sebanyak 2284 kes berbanding OP Selamat 07/2015 iaitu 2208 kes. Ini menunjukkan kes kemalangan rosak sahaja mencatatkan peningkatan sebanyak 76 kes (3.4%).

>Kemalangan sepanjang tempoh OP Selamat 09/2016 Aidilfitri berlaku pada kadar purata 153 kes sehari berbanding 150 kes bagi tempoh OP Selamat 07/2015.

GALLERY MEMANTAU SEPANJANG OPS SELAMAT 9/2016

Ini antara koleksi Ummi ketika bertugas di lapangan sepanjang Ops Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Semoga di permudahkan juga pada masa akan datang dalam menjalankan tugas dan diberikan kesihatan yang baik.

Live update : Klik Sini (live video)

Link Facebook Update: Klik Sini

IMG_20160710_134229 IMG_20160711_131737
IMG_20160711_111353 PicsArt_07-10-06.09.47 IMG-20160628-WA0022

POLIS BUKAN SEKADAR CEGAH JENAYAH

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

Tugas polis kini bukan sekadar cegah jenayah. Kini polis memainkan peranan penting dalam komuniti masyarakat. Polis juga manusia biasa yang bekerja mencari sesuap nasi dan nafkah yang halal demi untuk membesarkan anak-anak. bagi polis wanita, kami memainkan banyak peranan. Antaranya,  anak, ibu, isteri, menantu, pelajar, kakak dan lain-lain. Maka, kami bukan sekadar wanita biasa. Kami perjuang. Kami mengorbankan masa dan tenaga kami demi ummah. Kerana wanitalah, sesebuah institusi terbentuk dengan jayanya.

Surah An-Nisa’

Surah An-Nisa’ ayat 124: “ Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki ataupun perempuan sedang ia orang beriman, maka mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun ”

Disebalik senyum tawa, kami pikul tanggungjawab berat.

Disebalik senyum tawa kami, tidakkah anda meletakkan diri kalian di situasi kami.? Bukan biasa-biasa, tapi peranan kami luar biasa. Bukan kami pinta di puji dan di hargai…cuma apa yang kami pinta hanyalah penghormatan sebagai wanita. Kakak, ibu di luar sana, Tuan/Puan diluar sana, kami juga manusia biasa yang tidak dapat sembunyikan tangisan kami. Sejujurnya, berada dalam badan beruniform ini memerlukan kami lebih kental dan bersemangat waja.

R3177677-1839-201605271214-121721720 R3177677-1839-201605271214-121725850 R3177677-1839-201605271214-121728608

Hari ini para isteri moden mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu.   Kami bukan hanya menjadi tukang masak dan pengasuh anak di rumah, malah kami juga pada waktu yang sama waktu yang sama menjadi penghubung kepada masyarakat yang baik,  setiausaha yang cekap,  pengarah yang tegas dan menteri  yang berkalibar dan sebagainya.

Menurut  Datuk Dr Zaharah Sulaiman dalam symposium yang bertemakan  ‘Wanita Alaf Baru Abad ke 21’,

“wanita hari ini telah mempunyai imej dan tanggungjawab social yang berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan zaman.” Sumber : FAMILI BAHAGIA

R3177677-1839-201605271214-122040515

PROGRAM LAWATAN HOSPITAL KERJASAMA PDRM DAN HUKM

Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim melapangkan masa untuk bersama-sama kami pada 27 Mei 2016, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bagi program bersama masyarakat dengan PDRM.  Program ini menunjukkan bahawa PDRM bukan sahaja mencegah jenayah, menyelesaikan isu jenayah dan lain-lain isu, tetapi PDRM memainkan peranan utama dalam masyarakat. PDRM adalah penghubung kepada masyarakat dan komuniti sejahtera.

Semoga kerjasama dengan HUKM ini akan menjadi permulaan kepada sebuah persahabatan antara PDRM dan masyarakat amnya.

Saya bangga menjadi sebahagian daripada masyarakat dan PDRM.  😉