• Kisah Cuti/Travel

    JEJAKI SEJARAH KESULTANAN NEGERI SELANGOR DI MUZIUM BERSEJARAH DI DAERAH KUALA SELANGOR

    Tidak lengkap rasanya kunjungan ke Kuala Selangor jika tidak melawat ke Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor. Muzium yang terletak di atas puncak Bukit Melawati, dahulunya merupakan kediaman rasmi bagi pegawai daerah Kuala Selangor pada sekitar tahun 1960-an sebelum ia diubah suai pada tahun 2006 untuk dijadikan sebagai muzium sejarah. Sejarah mengenai pembukaan Kota Melawati Di muzium ini tersimpan sejarah mengenai pembukaan Kota Melawati yang merupakan pusat pentadbiran awal negeri Selangor, semenjak ia di asaskan oleh Raja Lumu (Sultan Salehudin) pada tahun 1766. Kota Melawati yang telah berusia lebih dari 200 tahun ini merupakan mercu tanda bagi perkembangan awal institusi kesultanan Selangor, sehingga perpindahan pusat pentadbiran Selangor ke Bukit Jugra, Kuala…