• Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

    Penutup Kursus KBSPTD 2018

    Hari ini ada majlis Penutup Kursus Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah, JSPT. Majlis hari ini dirasmikan oleh YDH SAC Sharul Othman Bin Mansor, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik. Kursus telah diadakan selama seminggu bermula pada 5-9 Mac2018. Kursus ini memberikan pendedahan tugas kepada KBSPTD untuk memantapkan lagi penugasan di daerah masing-masing. Semoga pendedahan selama seminggu ini dapat memberikan input kepada KBSPTD untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan dedikasi. KBSPTD dinasihatkan ambil tahu tentang berkaitan tatatertib dan juga penugasan sebagai KBSPTD. Selain itu, KBSPTD juga dinasihatkan untuk menjaga kebajikan anggota termasuk tuntutan kewangan dan keluarga. Kebajikan ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang memberikan…