• Isu Masyarakat,  Kisah Cuti/Travel,  Saya dan keluarga

    Kidzania Kuala Lumpur Bukan Pilihan Ummi lagi

    Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga ke KidZania Kuala Lumpur 15.11.2017 baru-baru ini.Oleh sebab abah ada tugas dan mesyuarat pagi itu,jadi kami anak beranak bergerak dari Semenyih dalam jam 920pagi. Sampai pejabat dalam 1030pagi. Kami makan dulu dekat Tangling. Bukan apa kalau nak makan disana nanti kan payah. Harga pun boleh tahan. Jadi, makan tengahari kami makan siap-siap. Okay, apabila sampai di kidzania, kami park di Basement. Ada lift untuk naik keatas. Along punya excited terus tekan level 4. Salah! Apalagi turun semula ke Ground Level. Kami sahkan tiket “penerbangan” dan pakai tag. Untuk Baby bawah 2 tahun masuk free. Kakak harga dalam Rm36.00. Bagi 1…