• Saya dan keluarga

    Allah bagi apa kita minta, sesuai dengan doa dan untuk bawa kita ke jalan lurus

    Tiba-tiba rasa sebak..nak menangis pun ada. Allah tu maha adil. Tugas kita minta sahaja. nak jadi cerita, lepas buat dreamboard.. satu-satu doa tersebut diperkenankan. Betul-betul rasa sebak…sebabnya bila dah dapat, sendiri confius nak terima atau tak. bila fikir…dan fikir.. eh..kan aku yang minta. Kenapa pula nak dustakan apa yang Allah swt nak beri. Nak mengadu pada siapa lagi kan..duduk diam-diam,lepas maghrib seperti biasa tangan menggapai Al Quran kesayangan. Niat, pasti ada sesuatu Allah nak bagitahu aku. Lantas, buka pada pages secara random. Allah bagi sedassss pada hati yang berbolak balik.   Al-Mā’idah:16 – Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan…