Tag Archives: blue wave shah alam buffet

Buffet Ramadhan Best Di Shah Alam 2017 @ Grand Blue Wave Hotel Bertemakan Masakan “Utara”

Bulan puasa dah nak sampai kembali tahun ini. Dah ganti puasa ke belum? Cepat-cepat ganti, puasa tahun dah nak dekat. Kalau uols duduk Shah Alam , Buffet Ramadhan Best Di Shah Alam adalah di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam bawa kelainan pada menu pada tahun ini dengan tema  “Istimewa Citarasa Penang”. Huuuuu, serius rindu kampung weh bila menjamah makanan di sini.

Buffet Ramadhan Best Di Shah Alam 1

Salah satu menu best di Penang adalah mee, tak kira mee rebus ke mee kari ke orang Penang memang suka mee. Betul kan? Tambahan kalau ada mee goreng mamak..fuh marbelesss rasanya! Kecur air liur rasa…umphh!

Buffet Ramadhan Best Di Shah Alam 2

Menu Buffet Ramadhan Best di Shah Alam 2017

Antara menu di sini yang bakal di sajikan di Buffet Ramadhan Best Di Shah Alam 2017 di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam adalah : Kari kepala Ikan, Kambing Panggang, Nasi Kandaq, Daging Masak Hitam, Ayam Golek Serai, Rendang Mamu, dan ada juga Mee Udang Hookein… adehhh, semua ni memang menyelerakan.

Tips berbuka puasa kat luar, ambil nasi kuantiti sikit jer, lepas tu ratah lauk pauk yang sedap-sedap. Barulah rasa berbaloi bayar mahal. Ini kalau dah makan nasi “sepinggan boq” mesti perut cepat penuh…  hahaha bahasa utara ni, faham dak? Mai try di sini tau – Buffet Ramadhan Best Di Shah Alam.

Buffet Ramadhan Best Di Shah Alam 3

Ketam ini satu sebab utama Ummi layan terextra. Ketam masak pedas di Buffet Ramadhan Best di Shah Alam  2017 serius membuka selera Ummi. Kalau kat rumah, Mr Suami tak boleh bau ketam rebus, heheh pernah cakap kat Mr Suami “B, kena sumpah dengan ketam ke? Hahahah rugi tau tak makan ketam, isi dia… fuhhh maniss!”

Dia wajab apa tau ” Tak palah, tak makan ketam tak mati pun!” hehehe bahasa kasar nampak.. jelous la tu tak dapat makan ketam.. erlkkk(menjelir manja gituu).

Kari kepala ikan kat mana-mana pun sah dah jadi rebutan . Macam kami makan di Bawal Sempoi lah, Dauz siap ketuk-etuk hisap lagi …fuh. Siapa tak suka kepala ikan tu rugii, ada nikmat rasa lemak dia. Kalau di rumah, Angah favoutire mata ikan..ini kalau dia ada sah mata ikan ni kena Korek..hehehe

Sotong kangkung ini menang kat kuah, serius memang rasa manis tu sesuai sangat. Bagi 5 bintang. Ini bukan mudah nak buat bagi kena gaya rasanya. Serius, semangkuk mana cukup.. sedap sangat. Sotong pun di rendam cukup masak. Bestlah.

eheheh nampak selera abang kita makan yerk! Tapii…Ummi halang daripada habiskan Sotong Kangkung , heheh my favourite i kot! Sorry Dear!

eheheh nampak selera abang kita makan yerk! Tapii…Ummi halang daripada habiskan Sotong Kangkung , heheh my favourite i kot! Sorry Dear!
Tak patut, snap curi-curi..heheeh mujuq muka tak sememeh..

Pemanis mulut semua sedap, rasa lemak semua cukup bagi kuih muih. Memang boleh touching, menitis air mata rindukan air tangan mak ini kalau makan dengan di tambah “feeling “… mak… cek rindu mak!

Kek dan kuih-kuih muih moden pun sedap, Ummi makan kek berulang juga. Sebab rasanya tak manis sangat, memang awesome gitu! Heheheh siapa yang macam Ummi, bila lepas makan mesti nak makanan manis, cer angkat tangan, samalah kita… (give me 5) .. heheh

HARGA BUFFET RAMADHAN  BEST DI SHAH ALAM 2017 DI GRAND BLUE WAVE HOTEL :

Buffet Ramadhan 2017
Lokasi : Royale Songkek, Ground Floor

Harga : RM115+ dewasa RM65+ senior citizen dan anak-anak 4-11 tahun

10 hari pertama Ramadhan : 1 dewasa RM90+ dan 1 kanak-kanak RM50+

Hujung Minggu : rm155+ untuk 1 dewasa dan 1 kanak-kanak

Harga untuk minimum 100 orang : RM75+ seorang.

Buffet Ramadhan Best Shah Alam

Kalau dah ada planning boleh buat reservations di Sales & Marketing Dept 03-5511 8811 ext : 2801, 2804 atau 2806 . Email : dosm@bluewavehotels.com atau website : www.bluewavehotels.com Instagram : www.instagram.com/grandbluewave_shahalam

Hi-Tea Merdeka Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

RESTORAN BEST SHAH ALAM

SEMANGAT DAN SEMARAKKAN  KEMERDEKAAN DENGAN Hi-Tea Merdeka Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Khamis lepas Ummi bersama Mamatisya dan cikgu blog Ummi abg Sohoque daripada explorasa.com dapat peluang food review di Grand Bluewave Hotel Shah Alam.Walaupun selalu juga ulang alik ke Shah Alam, tak pernah singgah lagi ke Hotel ini. Jadi ini peluang terbaik. Kali ini hotel ingin sajikan kepada pelanggan mereka,  sajian hitea sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2016.Hi-Tea Merdeka Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam adalah salah satu lokasi pilihan bagi meraikan Hari Kemerdekaan tahun ini.

RESTORAN BEST SHAH ALAM
CHEF MASAKAN UNTUK HI-TEA DI GRAND BLUE WAVE HOTEL SHAH ALAM

Tulis sikit yer kat buku nota kalian tentang hi-tea ini. Manalah tahu, nak bawa mak ayah atau nak meraikan kemerdekaan dengan sahabat. Boleh jadikan Sajian Hi-Tea Merdeka hotel ini sebagai pilihan.


LOKASI GRAND BLUEWAVE HOTEL, SHAH ALAM

Hotel Grand Bluewave ini terletak berdekatan dengan bangunan UMNO Shah Alam. Mudah sangat nak mencari hotel ini. Boleh waze daripada mana-mana lokasi yang anda ketahui. Ummi menggunakan laluan daripada Concorder Hotel Shah Alam. Sebab Ummi dah biasa dengan jalan menghala ke hotel tersebut.

ALAMAT : Persiaran Perbandaran Seksyen 14. 40000 Shah Alam Selangor  No tel : 03 – 5511 8811 atau nak tengok details klik sini :  www.bluewavehotels.com

Parking yang disediakan amat mudah dan kos parking adalah bersesuaian. Jangan risau dan takut jika nak parking. Parking lah di tempat selamat di kawasan hotel bagi mengelakkan di saman oleh Dewan Bandaraya Shah Alam. Biar kita bayar sedikit kos, daripada susah kemudiannya.


MENU UTAMA SAJIAN HI-TEA MERDEKA

Jpeg

GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAMMASAKAN UNTUK HI-TEA DI GRAND BLUE WAVE HOTEL SHAH ALAM

MASAKAN UNTUK HI-TEA DI GRAND BLUE WAVE HOTEL SHAH ALAM
MASAKAN UNTUK HI-TEA DI GRAND BLUE WAVE HOTEL SHAH ALAM

Menu utama sajian hi-tea adalah nasi goreng Japanese, puyuh goreng rempah, udang goreng mentega daun kari, Assam pedas, dan lain-lain makanan. Ada juga pelbagai jenis appetizer disediakan. Sebelum itu, ada juga laksa Johor, Murtabak Durian, Yong Tau Foo. Bagi desssert pula pelbagai jenis dessert disediakan. Termasuklah ice cream potong, A.B.C , buah-buahan, dan pelbagai jenis caramel.  Minuman antaranya lemon dan laici , teh tarik , kopi dan teh.

So, bila membaca list makanan ni rasa nak terjah kan? setuju? sabar dulu. Teruskan membaca untuk tahu harga pakej Kemerdekaan ini.

MAKLUMAT BERKAITAN HI-TEA

Merdeka Hi-Tea 2016 pada hari Kemerdekaan tahun ini iaitu pada 31 Ogos 2016 di Royale Songket Restaurant 12.00 tengahari sehingga jam 4.00 petang.


SENARAI HARGA DAN PAKEJ SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Bagi dewasa harganya bermula dari RM68.00, warga tua @ mudah sebut senior citizen ( 60 tahun keatas) RM45.00. bagi kanak-kanak 4-11 tahun RM35.00 sahaja. Ehm…menarikkan, rasa nak jer bawa anak-anak pergi , tapi memandangkan kenderaan masih kat ICU, so terpaksa batalkan hasrat. Tapi manalah tau, esok lusa ubah plan. 🙂

Senarai harga hi tea buffet ini adalah seperti berikut. Boleh rujuk ilustrasi gambar bagi lebih jelas.


KOMEN UMMI

Ummi suka sangat dengan menu pilihan yang disediakan. Teringat arwah ayah. Ayah sukakan ikan dan juga udang. Kalau ayah ada pasti Ummi bawa ke sini, sebab mereka lebih memahami erti kemerdekaan. Sebagai tanda penghargaan kepada orang-orang lama, seperti atuk, nenek dan sebagainya bolehlah bawa mereka ke sini.

Akhir sekali Ummi ucapkan Selamat menyambut bulan Kemerdekaan. Muhasabah juga untuk diri sendiri, benarkah kita sudah merdeka….? Apa juga jawapan biarlah rahsia..

Jumpa lagi..bye

IKAN PATIN TEMPOYAK ISTANA BAMBU MEMANG SEDAP

Ikan Patin tempoyak Istana Bambu memang sedap. Boleh tengok di Facebook : ISTANA BAMBU RESTAURANT

Untuk Hubungi Mereka , Telefon : 

Aida📞….012-2497142
Ecca📞…018-3749920
………..03-42514717

IKAN PATIN TEMPOYAK ISTANA BAMBU MEMANG SEDAP

PicsArt_05-07-12.39.02

Nak cerita ni….4 Mei 2016 bersama-sama ahli kelab blogger Ben Ashaari kami dapat peluang menikmati ikan patin tempoyak Istana Bambu ketika makan tengahari bersama-sama dengan Rohana Jalil dan juga beberapa rakan artis lain. Melangkah masuk ke Istana Bambu yang terletak di Ampang ini amat memukau mata memandang. Walaupun di tengahari yang terik, namun begitu kehijauan dan air yang tenang menyapa rasa sejuk di hati kami. Melangkah masuk ke istana ini tidak seperti berada di restoran. Teringat kampung halaman apabila dapat makan masakan seolah-olah masakan ibu. Jom layan gambar dan suasana restoran ini sebelum kita cerita bab makan dan rasa ikan patin. Ikan Patin Tempoyak Istana Bambu memang sedap!!!!

FB_IMG_1462438457702

PicsArt_05-07-12.45.31

FB_IMG_1462438377795

Rasa masakan sini memang …fffuuhhhhh!!! Sedap wehhhhh! Nak habaq lagu mana pun tak pandai la. Sebab Ummi ini orang utara, maka bila masak ikan patin tak berapa nak menjadi. Dulu nak makan jer ikan patin kena cari tarikh sesuai dan tarikh yang kena la kami suami isteri untuk pergi. Kos untuk kesana juga satu hal kan.. 🙂 Duit minyak, tol dan homestay lagi. Kini dengan adanya Istana Bambu Restaurant bukan lagi isu.

PicsArt_05-07-12.40.40

PicsArt_05-07-12.43.31

PicsArt_05-07-12.42.32

PicsArt_05-07-12.38.07

PicsArt_05-07-12.41.45

Kuah masak tempoyak ikan patin ini, sedappp! Hinggakan Ummi angkat dan hirup okay. Mana puas kalau takat rasa sikit-sikit. Yang ke-dua bestnya disini adalah pais ikan patin. Ramuannya memang diolah sesedap rada dan bil amakan panas-panas tu..huiii..tak tau nak habaq la. Lagi yang Ummi rasa best sangat asam pedas ikan kembung dan ikan pari. Opsss, Ummi memang suka ikan pari, jadi 2 ke 3 ketul juga la ratah ikan pari tu. Maaf yer, terlajak sedap sampai lupa diet!. Bagi yang tak suka ikan sungai , ada ayam goreng yang mana di goreng panas-panas dimakan dengan ulam dan sambal belacan.

Jpeg

Fuhhh! Berpeluh makan disini sebab kenyang yang amat dan yang penting memang best la!. Susah nak gambarkan bagaimana keenakkannya… Jemputlah tengok gambar kami menjamu selera ya.

PicsArt_05-07-12.39.34

PicsArt_05-04-07.32.55

Macamana? Teruja kan? Huhhhh..kami yang pergi sekali pun nak pergi lagi. Sebab rasa ikan sini memang manis tau! Seindah makan di Temerloh. Kan mudah, tanpa perlu ke Temerloh lagi, kini dah boleh makan di Ampang sahaja.

IMG-20160504-WA0060

Okay banyak lagi yang best di Istana ini tau. Boleh Klik Facebook mereka. Sesuai untuk sambutan majlis perkahwinan juga.Tunngu Nanti Ummi share lagi cerita makan tempoyak di Istana Bambu ya. Bye. *Jangan cepat call.