Masam Manis “Life”

Selamat Hari RAya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum..hai kawan-kawan..selamat menyambut hari raya 2011. Alhamdulillah kita masih dpat merayakannya wpun ada antara kita yang masih kena bertugas di hari raya..
Buat pertama kalinya kali ini sya tak dapat balik kg untuk beraya bersama keluarga di Perlis..Tapi alhamdulillah saya dapat merayakan hari raya tahun ini dengan keluarga terutama suami dan anak saya.
Inilah orang yang sangat sangat saya sayangi..
Bergambar bersama sama keluarga besar .sebelah Johor.
Bersalaman dengan Tok sebelah abah~Johor

Kelakar kan ..mustaqim dan paklang Syahrel

Kemeriahan tetap dirasa ..hehehe tahun lepas masih dlam pantang selepas melahirkan anak sulung pada 3 hari sebelum raya..tup..tup..tup. Tahun ni anak kecil dah besar da..dah dapat pakai baju melayu..alhamdulillah.
Anak dengan abah yang tengah riang ria dalam kereta..jalan jalan di hari raya.
Punya la tak tahu nk beraya dimana di KL ni..so Putrajaya jadi pilihan..lepak lepak dengan keluarga abg cik yg juga beraya di KL..terasa mcm diperantauan pula ..sebb pada masa tu bnyaknwarga negara asing yang beraya di dataran depan masjid putra..hehehe..TEnsion juga raya di Kl , nk p umah kawan kawan..semua balik kg…xada orng..yang best Raya ke 4 dtg beraya dibalai..apa tidaknya bosan juga..suami kerja..layan je dibalai ngn Mustaqim..hehehe
Last skali terima kasih bg semua yang meraikan Mustaqim..dengan bg sumbangan HAri Raya..
Selamat Hari Raya , Maaf ZAhir dan Batin…

Lama xupdate…

Aku agak sibuk sikit kebelakangan ni..start bulan 4. apa tidaknya sebulan dlm bulan 4 aku cuti exam,ye la kawan2 dah hbs deg..aku baru nk merangkak..tapi xpe,yg penting aku tetap beajaq.. ni baru nk relax sikit…sikit je la…adusss


30/4/2011 anak masuk wad seminggu juga la..sebb nya jangkitan kuman di paru2.apa lagi pastinya berumahtangga di H. Serdang la untuk beberapa hari.tiba2 anak xsihat lagi dapat tau kena p kursus pulak 3/5..alahai..nasib menyebelahi aku..mak dan ayah mai dari kg,tolong jaga anak di H. Aku terpaksa p kursus sbb ni melibatkan kerjaya aku.. seminggu di ward , anak aku keluar H(6/5/2011)..


kursus selama 2 minggu last pada 13/5/2011..penat juga ..bukan apa memikirkan anak lagi.kursus pun gitu2 jek..tapi best juga dapat jumpa kawan2 satu platun..skuad3/2008. 15/6 ahad..alkisah k.jue skuad mate tel, yg nama aku ada kena p kursus lagi..alahai..kursus2..nasib baik di Cheras je..okay la juga kan.Aku ulang alik jek..ahahah lantak la..bukan wajib pun duk dalam tempat penginapan.hehehe aku ni buat kepala sendiri je,sbb bagi aku..apa2 hal aku juga kena tanggung sendiri..opss aku dan keluarga..so,al-kisahnya lantak apa org nak cakap!!


kursus hbs 27/5/2011 horeyyyy…mulalah kena bangun pagi2 pergi opiss..xpe..sini pun ku kadng2 agak kebosannan..aku kerja okay la,boss mmg okay..tapi satu jek..aku xde klik kerja..mmg arr kita pegawai,nak tapi bosan juga kalau sorng2 di pejabat kan..heeheh anyway i love my own office..rumah aku di siang hari..xsiapa ganggu!! I like!!

Keceriaan Hati ~ Penghilang Segala Penat vs Duka…

Inilah pengubat hati,penambah perasa..hehehe sekejap je dah besar kan…Betapa nikmatnya ciptaan Allah s.w.t kerana memberikan aku peluang menikmati indahnya menjadi ibu…Aku pasti tanpa kehadiran anak ini di sisi pasti amat dirindui..Adusss..jiwang lak… Mustaqim dah pandai makan..ehm..sebagai ib aku rasa x ramai ibu buat macam aku…nak tau apa dia?? Mustaqim x selalu  makan bubur  nasi tau..kalau makan pun mesti dia luah balik..Akhirnya…aku bagi dia makan capati bersama mushroom soup..selera dia makan..Tengoklah betapa cerianya bila perut dah berisi…heheh…
Ha ..ini lagi pakaian favourite..bila pakai je costume ini ..ehm..dia xnak tido..semangat spiderman agaknya..kesana sini xlarat nak kejar…Hari ini first time pakai baju ni p Giant..ahahaha salesgirl dan public yang nampak dia semua tengok jek..yang tak tahan..mula la Mustaqim ni tersengih2 bagi respon..ahaha..yang minat dia tu semuanya ladies..ahahaha makin suka la Mustaqim niii…Alhamdulillah kerana Allah s.w.t memberikan aku anugerah yang sangat berharga ini…syukur pada-Mu ..

Pertumbuhan Gigi Kanak-kanak

Apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan gigi?
Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

Apakah tanda-tanda yang menunjukkan gigi anak anda tumbuh?
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :

Menangis kerana tidak selesa.
Suka menggigit atau mengunyah.
Melelehkan air liur.
Demam (suhu badan meningkat sedikit).

Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan segera.

Apa yang boleh anda lakukan bagi melegakan rasa tidak selesa semasa pertumbuhan gigi?
Cuba petua di bawah untuk melegakan rasa tidak selesa anak anda:
Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.
Berikan ubat penahan sakit jika perlu.

Peringatan
Sapu sedikit gel penahan sakit pada gusi yang berkaitan kerana anak kecil tidak pandai meludah dan mungkin tertelan gel yang berlebihan.

Jadual pertumbuhan gigi
Rajah berikut menunjukkan peringkat pertumbuhan gigi susu

Jenis gigi
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

ANTARA perkara yang menggembirakan ibu bapa ialah melihat gigi pertama anak kesayangan mereka tumbuh. Dalam kegembiraan itu, ramai ibu bapa terlupa atau tidak tahu bahawa tanggungjawab menjaga gigi si kecil sudah bermula. Caranya mudah, iaitu membersih gigi dengan sehelai kain lembut yang dilembapkan setiap kali selepas disusu. Mungkin ada yang bertanya, adakah perkara ini perlu kerana gigi si kecil hanya ada sebatang, itu pun baru nampak seperti satu garisan halus.

Jawapannya perlu. Ia penting untuk memupuk tabiat menjaga kebersihan gigi sejak anak masih kecil, iaitu setiap kali selepas makan atau minum susu. Malah, ada doktor gigi berpendapat, ia boleh dilakukan lebih awal sebelum tumbuh gigi bagi membiasakan anak dengan amalan ini.

Susu Untuk Anak

Selain susu ibu, anak juga pastinya perlukan susu tambahan kan..anak aku -Mustaqim hari ke-2 dah mula minum susu tambahan..maka, aku dan suami pilih susu anmum…Mula-mula survey harga susu di pasaran… Harga di pasaran “peneraju harga terendah”..RM 45.9…survey lagi…di “bandingkan harga kami” RM 43.90…Rupanya ada lagi murah di Kulim, hanya kedai menjual barangan bayi, harga hanya RM 41.90…wah, apa lagi shopping la banyak-banyak. Walaupun, sesekali beli banyak,nampak macam banyak duit mengalir…tapi kalau beli sikit2 di mana-mana pasaraya pun rugi juga…Beli…beli ..stok untuk anak… 🙂 
  Untuk anakku yang dah hampir 6 bulan maka, pilihannya tetap sama di BABYLAND , kulim…Inilah peneraju harga terendah sebenarnya….sekotak hanya dengan RM38.90…Cuba bandingkan,..lain-lain tempat mahal kan….UO pun RM 41.90…ehm..beza harga hampir RM 3.00…Cuba kira-kira..kalau sebulan 3 kotak..maka dah rugi RM 9.00….Bukannya nak berkira…Cuma apa nak disampaikan adalah bijak berbelanja…….

Mustaqim Dapat Mainan




Ehm, aku suka, ni la gelagat anak kesayangan aku yang suka sangat bila dapat mainan…hehehe teringat dulu masa kecik-kecik xdak pula aku dapat mainan macm ni..Tapi suka-suka mustaqim ni ummi ngan abah la penat pastinya. Tau sebab apa??ehm apa tidaknya mustaqim mana boleh duduk lagi..so, ummi ngan abah kena bantu..



Tengok la..ada je aksi anak-ku ini…hish..hishh….mustaqim nih..baik-baik jatuh ye Sayang…Ni jeep  pulak dah…tinggi sikit, bahaya juga  sebenarnya. Biar pun masih x cukup umur nak naik, bagi je peluang naik…opss….takut ke ??