• Masam Manis "Life"

    Mak mertua pilih kasih terhadap cucu dan anak, salah siapa?

    Pernah kan dengar kisah mak mertua pilih kasih kepada menatu dan anak? Banyak sangat berlaku yang mana , mak mertu ini kadang lebihkan anak lebih daripada segalanya. Tapi kenapa jadi begitu? Emosi mak terganggu atau sebabkan sikap anak lain yang kurang ilmu? Kisahku bermula sejak tahun 2009, selepas berkahwin bersama suami. Diawal perkahwinan kami serasi. Aku diajar menghormati  mak mertua dan ayah mertua. Kami laki bini tak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan nafkah yang kami mampu . Malah setiap kali musim perayaan setiap mak ayah kedua-dua pihak akan mendapat persalinan baju raya yang cantik. Tiada beza antara mertua dan mak ayah sendiri. Sejak melahirkan anak yang sulung tahun 2010, sejak…

  • Masam Manis "Life"

    Hilang Mood Bila Blog Asyik Kena “Suspend”!!!

    Minta maaf sangat kepada pembaca blog Ummi yang ada klik link daripada facebook atau google nak baca tentang apa-apa info, tapi blog ada masalah!. Adeh ini dah kali ke 3 terjadi sebab high load! Banyak sangat spam berlaku. Mujur la dengan GB Network, buka waktu malam dan hantar tiket pun ada respon. Kalau tidak mau la Ummi peram blog ini dengan biar ianya menyepi selama beberapa hari. Apa yang suka sangat spam komen niiih. Adeh banyak lagi blog lain kot! Hahaha Ummi cakap macam la depa faham kan. Okay la. nak ucap Thank you kat : GB Network Sebab selalu mudahkan urusan UMMI. Mood malam minggu nak menulis kembali ceria…

  • Masam Manis "Life"

    Bosan tu yang aku sedang rasa

    Pernah tak korang rasa bosan? yer lumrah kan kadang rasa fed up, bosan..stress! Tapi sebab apa? Bukan kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, tapi sometime kita nak “rasa” tu sampai dalam hati.. betul tak? Apalah aku merepek ini!! Pernah tak korang gagal dalam hidup?? Aku nak kata bijak tak, tapi dari darjah 1 sampai sekolah menengah memang akan pastikan duduk kelas nombor 1. Sehinggalah kat universiti, aku pasti nak pointer yang bagus. Sampai satu tahap, bila aku kena stop apa yang aku impikan, aku redha. Tapi…bila datang satu masa aku stress!! Kenapa aku kena lalui saat ini! Yer, tahu Allah dah bagi rezeki lain selain apa yang kau…

  • Masam Manis "Life"

    Berfikir Gaya Nabi –

    Berfikir Gaya Nabi Tulisan Asal Liyana Akmal. Saya berkesempatan ke kelas Pn Ainon Mohd. mendalami ilmu cara berfikir Problem Solving by Design Thinking. 4 jam bersama Pn Ainon menyebabkan saya tak boleh tidur malam memikirkan ilmu yang saya baru dapat beberapa hari lepas. . Penulisan ini adalah bagi kita sama-sama refleks diri kita, supaya kita dapat memperbaiki dan mencontohi kaedah berfikir cara Rasulullah saw. . Kita adalah pemikir Analytical dan Critical. Malah, di Universiti dulu pun saya memang ambil subjek Critical Thinking dalam semester 2. . Dunia persekolahan dan Universiti kita hari ini mengajar kita berfikir secara analytical dan critical thinking. . Apa itu analytical thinking? . Secara mudahnya adalah…

  • Masam Manis "Life"

    Bahagia Itu Sederhana Dan Penuh Kesyukuran

    Bahagia Itu Sederhana Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, pelanggan tetap akan lari. Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, Walaupun kita menang. Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan. Kalau kita bergaduh dengan boss. Walaupun kita menang. Tiada lagi masa hadapan di tempat itu. Kalau kita bergaduh dengan keluarga. Walaupun kita menang. Hubungan kekeluargaan akan renggang. Kalau kita bergaduh dengan guru. Walaupun kita menang. Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang. Kalau kita bergaduh dengan kawan.Walaupun kita menang, yang pasti kita akan kekurangan kawan. Kalau kita bergaduh dengan pasangan.Walaupun kita menang, perasaan sayang pasti akan berkurangan. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, kita tetap kalah. Yang menang adalah cuma ego diri sendiri. Yang ini…

  • Masam Manis "Life"

    Tanpa Bibik kami bahagia

    Keriangan Anak-anak itulah yang membahagiakan Ummi Melihat anak membesar depan mata adalah satu nikmat. Ummi pernah pakai bibik selama 3 tahun. Tapi tahun ke 4 bibik balik bercuti dan tak datang semula ke Malaysia. Hakikat apabila anak dibesarkan oleh bibik Pada mulanya agak susah untuk terima hakikat bibik tak ada, dalam menghadapi cabaran untuk membesarkan anak-anak sebagai seorang wanita bekerja. Namun begitu, rupanya aturan Allah swt itu terbaik. Bibik tak datang semula ke sini adalah satu nikmat. Anak berada dalam pandangan Ummi dengan abah. Makan minum waima cuci pakaian dan kebersihan diri anak-anak Ummi dengan abah yang wajib ambil tahu. Dulu semuanya di serahkan pada bibik. Sebab masa itu pikir,…

  • Masam Manis "Life"

    Krisis Air Selangor Membebankan

    Krisis Air Selangor Satu Beban Yang Perlu Dilalui Saban Tahun Saban tahun krisis Air Selangor amat membebankan kami. Ini nak cakap menguntungkan rakayat ker? Kos cuci baju sahaja dah puluhan ringgit, ini belum termasuk kos beli makanan dan sebagainya. Adakah isu sungai tercemar dan sebagainya ini logik? Jika ya, apakah kami rakyat marhain ini perlu hadapi isu yang sama setiap tahun? Kami keluarga kecil yang terdiri daripada 6 orang pun sangat terasa dengan isi air ini. Belum bincang bab lori air tak sampai malah lori air yang sampai jam 2 pagi. Bayangkan letih yang amat mengangkut air dan juga menunggu air sampai. Kalian yang mungkin berada di kawasan yang tidak…

  • Masam Manis "Life"

    Kesabaran Ku Diuji Dan Diuji

    Hanya ibu bapa yang ada anak ramai dan pastinya usia mereka sebaya pasti memahami situasi Ummi. Dulu ada bibik dapat juga rasa rehat dan banyak masa nak bermain dengan anak-anak. Kini, hanya kami suami isteri wajib lakukan semua. Air mata jadi teman, takkala badan mulai rasa letih dan kepenatan.Rasa kecewa dan lelah buat aku lebih letih! Namun begitu, setiap kali rasa itu hadir, ku pujuk jiwa ini. Melawan nafsu dan juga akal. Bercakap sendirian. “Ummi, orang lain masih mengharap anak lahir dan ada dalam kehidupan mereka. Sedangkan Ummi Allah bagi 4 orang sekali. Ummi, bersyukur Ummi. Ummi marah ke , tengking ke depa tetap anak yamg lahir dari perut engkau!…

  • VTS 200
    Masam Manis "Life"

    Apakah selesa kereta atau motor?

    Apakah selesa kereta atau motor? Sejak sekolah dulu, Ummi memang suka naik motor berbanding kereta. Kereta ini banyak kelebihan dan kekurangan. Jika dulu belajar di Perlis, naik kereta bukan isu. Selesa dan tak panas. Tapi sejak bekerja Ummi mula kerja kat JKR,Pulau Pinang dah rasa jemu naik kereta. Dapat pula polis dalam masa sama. Kerja di KL meletihkan. Perjalanan ambil masa yang amat lama tambahan jika hujan. So, kadangkala penat, Ummi siap berhenti tepi jalan samada area kedai atau stesen minyak untuk beristirehat. Hinggakan ada masa mengantuk boleh tertidur 10-15minit. 2016 – Penat lalui perjalanan sama. Ummi decide untuk travel guna motorsikal untuk pergi dan balik kerja. Mula-mula pilih juga…

  • Masam Manis "Life"

    NUKILAN DI ATAS MOTOR

    Nukilan di atas motor Berblog ini passion okay.hahaha uols rtahu tak bila.masa Ummi update blog? Pagi : Ambil masa lebih kurang 1 jam atas motor. 15 minit baca yassin dan seterusnya update blog dalam 30 minit. Sampai jer area Sg Besi biasa dah siap tulis. Owh ya perjalanan Ummi dari Semenyih Petang : Atas motor juga. Masa balik kerja. Ini kadang-kadang. Sebab jika cuaca panas, tak selesa. Pagi paling selesa menulis. Kenapa i tak tulis di malam hari?Malam memang tak sempat nak menulis. Balik rumah terus rushing masak, bagi anak makan dan hantar anak kelas malam. Rutin yang sama setiap minggu. Cuma hari Rabu relax sebab anak tak ada kelas. Kenapa…