Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Ujian Menembak JSPT Polis DiRaja MALAYSIA sessi 1 2017

24 Mei 2017 – Huh! Dah lama tak mandi peluh weh! Tahun ini, ini kali pertama menembak. Skill lama tak diasah boleh tumpul.. Dengan exercise pun jarang, memang lemau! Nak menembak ini kena ada kekuatan tangan tau! Kalau tidak , memang ketempat lain la peluru tu pergi.

Kekuatan tangan, pernafasan dan skill amatlah penting. Tu sebab kena exercise selalu. Semua ini akan menentukan kejayaan dan skill menembak tu. Nak “bold” memang kena fokus betul-betul. Minda kena ready.

Hahahaha, ambik kau! Kena lanyak dik jurulatih(JL). hahaha ini pun ada diskaun. Kalau tak ada dikaun ke, kena pusing padang sasar kot! Tapi best gak  kalau kena, baru keluar peluh jantan tu!

Menembak operasi ni ada latihan dan step dia, dan bagi ujian kali ini semuanya akan menurut perintah daripada JL. Buka boleh main tekan je picu tu. Menembak berbahaya kalau tak kena cara. Tambahan untuk menembak pula, perlukan skill dan disiplin. Silap main pistol dan juga salah tekan picu boleh cedera oiiii!

menembak pdrm

Ini hasil dan keputusan tembakan Ummi. Huh! Yang tersasar tu mula-mula tembak, sebab tak control pernafasan dan juga kurang fokus. Bila orang sebelah dah mendahului , hishhh mana boleh…mulalah nak ambil pernafasan yang betul dan “tembak!”

Berkaitan : POLIS TRAFIK DI HINA SATU CABARAN

Peraturan di lapang sasar, lepas tembak kena pungut sarung peluru. Tak boleh disepahkan begitu sahaja. Dan semua penembak yang menjalani latihan dan ujian perlu angkat sumpah setelah selesai. Ini bagi meastikan tiada yang membawa balik peluru hidup, keronsong, mahupun senjata api. Bahaya tu, kalau slaah guna ,tindakan sewajarnya akan diambil.

Ini ayah mertua Ummi datang melawat. Beliau masih bertugas di B19 , Bridge Tengah Cheras. Thank you abah !

Berkaitan : Mess Night JSPT pembuka sejarah baru bagi Polis Trafik

Nak tengok suasana di lapang sasar boleh tengok video yang Ummi rakamkan untuk tatapan semua di Instagram. Serius bunyi tembakan memang sedap! Ummi lepas gian juga hari ini, rasanya hampir 50 butir peluru Ummi tembak hari ini. Serius, kalau dah menembak memang gian dan rasa nak menembak lagi. Bila dah selalu berlatih, cepat jer. Teringat zaman recruit, masa tu terror, pasang dan cuci senjata pun cepat. Kena asah lagi skill nih!

Jom layan video di bawah: 

Latihan menembak 2017. #PDRM #KelabBloggerBenAshaari #kbba9

A post shared by Umminani (Nooraini Ali) (@ummi_nani) on

Rezeki tak sama, tapi ALLAH beri cukup.

Polis

Apalah skuad baru semua dapat pangkat, habis kami yang senior ni macamana? ada persoalan disitu.. Satu -satu ketidak puasan hati mula menerpa, syaitan mula mengganggu jiwa.

Tambahan pula, ada kawan-kawan yang diberikan pangkat dan jawatan tertentu, dalam group wassap semua wish tahniah, congratulations dsbnya…

Ummi masih menyepi bila persoalan di lontarkan, bila dimana rezeki.. Ungkapan atas persoalan itu dihuraikan satu persatu…

Sabarlah , belum rezeki kita, biar 12 tahun ke 10 tahun bertugas, Allah tak beri pangkat tak per, asalkan kita dekat dengan DIA.

Allah beri kita anak-anak yang cukup sifat, cukup akal, kesihatan baik… tapi kalau Allah bagi pangkat, kita hilang rezeki masa, rezeki nak tengok anak membesar depan mata.. nikmat ini paling mahal..betulkan?

Tambah Ummi lagi kepada yang bertanya,

Syukur kan , kita ada bersama, masih dapat makan bersama, ambil anak dan hantar anak ke sekolah. Malah rezeki duduk sebumbung.. dan yang penting kita kedua2 bekerja..ada rezeki disitu. Tak pernah kita kelaparan dan anak-anak tak cukup makan dan duit belanja sekolah…

TAPI CUBA RENUNG…

ada kawan-kawan kita dapat pangkat tapi

jauh dengan isteri
isteri tak bekerja
gaji tak cukup
anak sakit
bercerai
nak anak tapi tak tahu bila nak dapat

macam-macam lagi cabaran orang lain, kita dah lengkap cuma nak lebih pangkat sahaja. Rezeki tak pernah salah alamat, semoga dalam usaha kita dan niat kita bekerja kerana Allah swt, semoga satu hari rezeki kita nak tu sampai tepat pada masanya.

Tak semua kita boleh dapat, yang pasti Allah bagi dan atur sebaiknya. Disini nak diuji iman dan syukur kita..

sabar…

Tak semua benda kita nak kita dapat, kalau kita dapat itu rezeki. Kalau belum Allah nak kita lebih dekat dengan NYA. Allah masih nak dengar rayuan kita, rintihan kita tangisan kita. Semoga asbab belum dpaat rezeki pangkat, kita lebih mesra dengan Allah, lebih dekat lebih rasa keterujaan nak bangun bangun malam mengadap dan berdoa kepadanya. Setiap aturan Allah swt tu yang baik untuk umatnya.

Polis
Gambar hiasan :  Kepolisan itu kerjaya. Tapi kami juga insan biasa , kerja demi mencari rezeki kepada keluarga dan anak-anak.

TAHNIAH ATAS KENAIKKAN PANGKAT ASP KEPADA SAHABAT PDRM YANG BERJAYA.

Mess Night JSPT pembuka sejarah baru bagi Polis Trafik

Alhamdulilah selesai sudah malam Mess Night JSPT, YDH Dato Mahamad Akhir Bin Darus, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik yang pertama dalam sejarah PDRM yang berlangsung di Pullman Hotel Bangsar, pada 19 Mei 2017.  Bertemakan “You Are The Last And The First, An Absolute Leader” amat bertepatan dengan YDH Dato yang memegang tampuk kepimpinan terakhir sebagai Ketua Trafik Pasukan dan yang pertama sebagai Pengarah JSPT.

Profile YDH Dato Mahamad Akhir Bin Darus :

Berasal daripada keluarga yang sederhana, Yang Dihormati Dato’ Mahamad Akhir Bin Darus telah dilahirkan di Kubang Pasu, Kedah pada 18 Jun 1957. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam dan seterusnya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Karier beliau di dalam pasukan bermula pada 5 Disember 1976 sebagai Pelatih Inspektor di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur selama enam bulan hingga 4 Julai 1977. Setelah tamat latihan, beliau telah bertugas di Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta sebagai Pegawai Pasukan Polis Hutan dan seterusnya sebagai Ajutan di Batalion 19, Pasukan Polis Hutan, Pengkalan Hulu sehingga 18 Julai 1989.

Pada 18 Oktober 1992, berdasarkan prestasi kerja yang memberangsangkan, beliau dinaikkan pangkat kepada Penolong Penguasa Polis (ASP) dengan memegang jawatan Kuartermaster di Briged Utara.

Menyedari kepentingan ilmu dalam meningkatkan prestasi kerja, beliau telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang undang-undang selama empat tahun dari 1994 hingga 1998. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, beliau telah ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Perak sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah selama 27 bulan.

Kewibawaan beliau terserlah apabila diberikan amanat untuk menjadi Pegawai Turus Trafik dan Pegawai Turus Penguatkuasa / Operasi Trafik di Kontinjen Kuala Lumpur dengan pangkat Timbalan Penguasa Polis (DSP) pada 2 Oktober 2000. Kerjaya beliau terus meningkat apabila diberi peluang untuk bertugas di Unit Tugas Am dan Trafik, Maktab PDRM Cheras dengan pangkat Penguasa Polis (SUPT) sebelum dipinjamkan ke Lembaga Pelabuhan Klang, Selangor sebagai Pengurus (Keselamatan Dan Pentadbiran Bomba) pada 16 Januari 2012 sehingga dinaikkan ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).

Memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman luas beliau di dalam Cawangan Trafik, pucuk pimpinan PDRM telah memberi kepercayaan kepada beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Trafik Pasukan dan seterusnya mengetuai Cawangan Trafik sebagai Ketua Trafik Pasukan pada 18 September 2015 dengan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC).

Sejarah tercipta pada sambutan Hari Polis ke-209 apabila Cawangan Trafik secara rasminya dinaik taraf kepada sebuah jabatan baharu yang dikenali sebagai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan sekaligus menyaksikan beliau dilantik sebagai Pengarah JSPT yang pertama.

Kecemerlangan dan kualiti kepimpinan beliau sekali lagi diiktiraf pasukan apabila dinaikkan ke pangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) pada 17 April 2017.

Setelah 41 tahun mengerah keringat dan mencurah bakti, Yang Dihormati Dato’ Mahamad Akhir Bin Darus akan menamatkan sebuah perjalanan yang panjang dalam perkhidmatan polis dengan persaraan wajib pada usianya genap 60 tahun

Gallery Mess Night JSPT , Dining Out Pengarah, PDRM 2017

Ummi bersama Supt Mohd Noor , Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Pahang dan Isteri Puan Aya.

Bergambar Kenangan di Malam MESS NIGHT JSPT bersama YDH Dato dan Puan Mastura isteri kepada ASP Semari, PA YDH Dato Puan Erni dan dari kiri SUPT Razak , KJSPT Terengganu. Tuan Razak adalah antara pegawai yang sama-sama bekerja dengan Ummi pada tahun 2012 di KDN Putrajaya untuk menyelesaikan tunggakkan bayaran kepada pesara polis.

Ummi bersama Yg. Berbahagia Datin Sharifah Zanariah isteri kepada YDH Dato Mahamad Akhir Bin Darus. dan isteri kepada pegawai kanan JSPT.

Ummi dengan pasangan Khas pada malam Mess Night Dining Out tahun ini, iaitu kawan baik Ummi Shiqeen Sattar merangkap Insp di Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman. SS juga adalah sahabat Ummi yang sama-sama menulis dan kami berada dalam komuniti sama iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari.

Ini adalah boss Ummi, SUPT Gan Chip Ho iaitu Ketua Penolong Pengarah Urusetia dan Kawalan Lalulintas KJSPT. Ummi amat mengagumi Tuan Gan kerana beliau antara orang Cina yang boleh bertutur lancar dalam bahasa Melayu. Beliau juga amat petah menyany dalam bahasa Melayu.

Ini Puan Rohaya iaitu isteri kepada Timb. Pengarah ACP Ruslan Bin Khalid. Ummi dah kenal Puan Aya sejak 2012 ketika itu Tuan Ruslan masih lagi memegang jawatan sebagai DSP Cops.

Dari kiri, Puan Habsah isteri kepada ACP Ibrahim Bin Yusoff , isteri kepada Insp Syahriani, Puan Noraini isteri kepada Supt Mustafa, Puan Aya isteri kepada ACP Ruslan, Puan Fatin isteri kepada DSP Dr Bakri, Ummi, Insp Afida, Puan Medina isteri kepada DSP Huzaili, Puan Mastura Isteri kepada ASP Semari, Puan Naimi isteri kepada ASP Mazrie, isteri kepada pegawai kanan dari Kubang Pasu dan isteri kepada ASP Firdaus.

Dari kiri – Pegawai Tak dikenali, SUPT Razak, Insp Hashimah dan Tuan Ridha, YDH Dato, Ummi, Insp Afida dan ASP Haryani.

Dari Kiri :  Puan Erni, SM Romiza, Ummi, dan ASP Mariam.

Thank you SS jadi teman dan pasangan di malam MESS NIGHT JSPT kali ini.

Dari Kiri : SM Romiza, Ummi, Puan Habsah, Puan isteri Insp Lutfi  dan Isteri kepada Tuan Mahiri.

MESS NIGHT JSPT

Dari Kiri : Isteri kepada ASP Muhaidi, ASP Muhaidi, DSP Mahiri, ASP Shahar dan isteri, Ummi dan isteri kepada DSP Mahiri.

Dari kiri : Insp Catherine, Insp Nooraini, ASP Pilly, Ummi dan ASP Haryani . Kami semua adalah pegawai yang pernah dan masih berkhidmat di Trafik KL satu ketika dulu tahun 2009-2011. Yang masih kekal di KL adalah Insp Catherine, Insp Nooraini, ASP Pilly. Insp Cat antara yang paling lama dan senior di Trafik KL sehingga hari ini.

Last ini adalah antara semua penyokong dan pembantu Ummi di pejabat. Mereka banyak membantu Ummi dan lain-lain pegawai untuk melancarkan urusan harian di Pejabat Urusetia Dan Kawalan Lalu Lintas Trafik Bukit Aman.

Terima kasih semua. Ini adalah Malam Mess Night paling best dan dalam sejarah kerana ini adalah penganjuran pertama bagi kami di JSPT kepada pengarah diJSPT.

Tahniah juga kepada semua AJK yang teah berjaya melaksanakan tugas sehingga majlis berjalan lancar dan berlangsung tanpa ada masalah. Walaupun kami JSPT adalah Jabatan bongsu setakat ini, Alhamdulillah kami berjaya melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin dengan bantuan dan redha daripada Allah swt. Syukur. Jumpa lagi pada Mess Night  JSPT Dining In akan datang.

Lawatan kerja Perkep ke Langkawi Kedah Berjaya di Anjurkan. Terima kasih IPD Langkawi.

Hi semua, dah beberapa hari tak berkesematan nak update blog. nak ceritanya disini, Ummi dengan rombongan kerja ke Langkawi. Lawatan kami bermula dengan  “dinner” di Restoran Fish Farm bagi malam pertama. Lokasi sini memang lawa dengan pemandangan dan deco.

Makanan pula memang boleh tahan harganya.Hahaha, ikutkan kewangan biasa-biasa tak mampu kot kalau nak open table di sini. Tapi, kami kesana dengan cara buat collection untuk makan malam.

Makanan disini boleh kira sedap , 3 bintang la Ummi bagi. Dan kalau nak dating, lepak dengan kesayangan serius sesuai sangat kat sini. Mai pula masa senja, fuh… romantik sangat tengok pemandangan sunset. Serius best.

Balik dari fish farm kami semua berehat dan di bilik masing-masing.

Day – 2 Kami bersarapan di Restoran Tok Mat Kg. Senik. Dekat sangat dengan Tok Senik Resort.

Selepas kami siap sarapan, perjalanan lawatan kami dengan PERKEP Langkawi adalah ke Makam Mahsuri. Kami dibawa melawat ke Makam Mahsuri. Aduii.. dengan bawa anak-anak ni, boleh berpeluh jadinya. Sampaikan dalam luar dah lencun. 😦

Sepanjang disini, kami dibawa melawat ke Makam Mahsuri, dan di ceritakan bahawa kawasan di sini “Keras”. Tempat kami berpijak juga adalah kawasan tanah perkuburan.

Meneruskan perjalanan ke Telaga Mahsuri, jurucakap bercerita;
“Telaga mahsuri ini ada keajaiban. Siapa-siapa nak cantik dan berseri, boleh mandi di telaga ini jam 12 tengah malam semasa bulan mengambang”.

Kami semua terpegun mendengar cerita jurucakap. Wah, nak cantik kena mandi di telaga Mahsuri.

“Tapi, kalau mandi disini waktu bulan mengambang, Cik Puan bukan mandi seorang… heeehhe “-sambil tersenyum.

Kami kehiaranan – ” Habis mandi dengan siapa?” -Ujar Datin Sharifah Zanariah

Kata jurucakap -” Cik Puan akan mandi bersama ‘peneman’…” . Tanpa meneruskan bicara, semua sepi seribu bahasa. Tapi bagus jurubahasa memaklumkan, bahawa ni semua kepercayaan karut. Boleh tahu, tapi risau jika percaya akan mendatangkan khurafat dalam diri.

 Masuk ke dalam kawasan Makam Mahsuri terdapat pelbagai lagi rumah lama yang ada. Semua rumah ini adalah binaan semula seperti mana sejarah Mahsuri. Dan…ada lokasi kerasss di sini. Nak tahu kenalah kesini.  Kalau ke Langkawi jangan lupa singgah ke Makam Mahsuri tau!

Hhehehe tepek sekeping sebagai kenangan. 🙂

Lawatan  Kerja Perkep Ke Langkawi 

Lawatan  Kerja Perkep Ke Langkawi

Hi kami hari ni mulakan Lawatan  Kerja Perkep Ke Langkawi. Perjalanan bermula dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi pada jam 330 petang.

Kami menaiki bot marin untuk Lawatan  Kerja Perkep JSPT Ke Langkawi tahun ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

JOM LAYAN GAMBAR KAMI:

Bagi lawatan kerja PERKEP JSPT kali ini Ummi bawa jurufoto bertauliah untuk snap gambar-gambar kami sepanjang lawatan kali ini.

Urine Test JSPT, NEGATIF @POSITIF?

Hari ini awal pagi dah sampai pejabat. Sebab awal-awal dah tahu ada perhimpunan dengan YDH Pengarah.

Ummi pula , atas motor meraba-raba diri sendiri. Adehhh! Mana ni, jatuh ka? Eh, Ummi tengah mencari Id Card. Kalau tak ada Id Card tak boleh masuk office waima Bukit Aman!

Mujurlah ada caranya, boleh juga masuk. Rupanya tertinggal atas rak kat rumah. Hish satu hal pulak. Nak kemana-mana seharian tadi, terpaksa menumpang ID Card orang lain!

Perhimpunan mula jam 910pagi. Ketibaan Ydh Dato Pengarah.

“Pada 14 April 2017 telah diadakan taklimat pematuhan integriti oleh YDH SAC Dato’ Mahamad Akhir bin Darus, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman. Masjlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai kanan, anggota dan pegawai awam JSPT Bukit Aman.

Beliau menasihatkan kepada semua pegawai, anggota dan pegawai awam JSPT supaya sentiasa menjaga integriti dalam setiap pekerjaan yang dilakukan mereka.”

Urine Test Warga JSPT

URINE TEST ini untuk SKDD. Pakat melawak, semua pegawai “subur” hahahaha, apa tidaknya semuanya ada 2 line. Tapi, ujian urine 2 line bermakna NEGATIF. Bukan macam pregnancy test tau! Hahaha

Syukur,kami semua dari JSPT NEGATIF. Alhamdulillah..

Betul ke Polis terdedah dengan rasuah?

Polis

Hari ini teringat masa mula mula masuk kerja Polis. Masa tu ada yang sokog ada yang tak. Ada juga orang kata “Polis Makan RASUAH!”

Hish, bila tamat jer latihan setahun Ummi kena lapor ke Trafik Jalan Bandar,KL. 3 tahun kerja di Jalan Bandar ,sebagai pegawai penyiasat.

Masa ni ada cabarannya, kerja shift, anak kecil. Dan kerja pula kalau nasib tak baik ,ada maut kena la angkat mayat. Termasuk mayat bersepah dan juga anggota badan yang bersepah. Kerja kan..

Polis
Kepolisan itu kerjaya. Tapi kami juga insan biasa , kerja demi mencari rezeki kepada keluarga dan anak-anak.

Betul ke Polis terdedah dengan rasuah?

Sebenarnya ,bukan polis jer.. duk la dimana sekali pun kalau kerja memang ada unsur ini . Kenapa nak salahkan polis jer, walhal pemberi pun patut disalahkan.

Ini tidak sikit-sikit Polis. Bukan polis yang minta. Ummi pernah juga ada orang nak beri, tapi sebabkan ketegasan Ummi masa kerja dulu memang orang takut nak bersuara.

Kita kerja kena ingat, bukan kaya fengan duit macam tu. Kerja biar ikhlas dan rezeki kita dapat inilah nak besarkan anak-anak. Agaknya kalau anak besar jadi hantu, salah anak ke salah siapa?

Bab rezeki ini ,susah nak terapkan pada orang bahawa apa kita beri pada anak-anak itulah jadi darah daging. Jadi, isu keberkatan rezeki amatlah penting. Nak anak jadi alim ulama, orang yang mudah solat, jaga apa kita beri pada mereka.

Anak soleh, daripada ibu bapa yang soleh dan jaga bab keberkatan rezeki , halal dan haram. Sama-sama kita peringatkan agar rezeki ini jadi bersih untuk kita dan keluarga.

Forum Perdana Sempena Hari Polis ke – 210

Selamat malam, hari ini nak throwback acara semalam. Semalam Forum Perdana live kat Maktab PDRM Cheras sempena hari polis ke – 210.

Ummi dan rakan-rakan yan segak bergaya ditugaskan sebagai penyambut tetamu VIP. Kebiasaannya menyambut dan maklumkan kepada VIP tempat duduk, tempat makan. LO la lebih kurang.

Seawal 9pagi dah ada di Maktab Cheras untuk majlis raptai. Lepas tu, balik sekejap ke pejabat untuk Mesyuarat PERKEP jam 230 petang.

Masa mesyuarat PERKEP , dapat jumpa Puan Aya, Puan Habsah, Puan Ain dan Puan Mas. Lain-lain ajk terdiri daripada KTA .

Habis sahaja meting, Ummi bergegas solat asar dan gerak ke Maktab Cheras. Pakai pereman jer, sebab mudah nak naik motor.

Taklimat tepat jam 530petang. Hehehe sempoi betul, Ummi sorang sahaja pakai pereman. Lain-lain penyambut tetamu dah siap pakai uniform.

Jam 615ptg, Ummi cepat-cepat salin pakai uniform. Lepas tu, pergi ke masjid. Lain-lain pegawai wanita dan ramai juga Dato-Dato PDRM dan pegawai kanan lain di masjid.

Sebabkan tugas, Ummi ,Insp Rosnina kami solat maghrib seawal azan berkumandang. Bukan apa, bila pakai Uniform ini , nak siap tu ambil masa. Siap jer solat terus kami ke dewan.

Lepas solat, makan malam di dewan banquet dan selesai ker makan, dalam 10 minit je makan..😁, semua di minta masuk kedewan. Live ini kena banyak persediaan.

Settle uruskan tetamu dan semua yang hadir. Dewan pun penuh, terus kami yang bertugas ni gerak “stand by” kat luar.

Beberapa ketika , Ummi , ASP Her, dan ASP Mariam terus beransur balik. Sambug menonton live di TV 1.

Nanti ada satu lagi siaran untuk FORUM PERDANA PDRM tau.. jangan lupa tonton ya.

Bila off day, tapi kena hadir kerja… apa cerita?

Hii..sebelum lelap mata, nak coretkan catatan hari ini. Pagi-pagi lagi dah siap sedia nak hantar Along. Abah off day, jadi Ummi ambil kesempatan ambik off day, sebab penat sangat semalam balik jam 8 lebih sampai rumah.

Letih yang amat sangat. Balik mandi terus solat. Pagi ini bangun jer, terus decide nak ambil off day.

Dah bagitau boss, nak ambil off hari Rabu tapi sebab letih yang amat terpaksa off hari ini. Nak jadi cerita….jeng jeng jeng…

Tengah sarapan pagi kat area Beranang, tengok wassap group kerja. Hahahaha, boss suruh pergi office sebab ada meting jam 10pagi di Menara 2.

Akur dengan arahan tugas, minta Mr Suami hantarkan ke Pejabat. Nak bawa motor rasa tak kemampuan. Sampai office terus salin baju dan turun semula pergi ke motor.

Ni nak marah ke nak senyum tak pasti. Masuk bilik meting, sembang dengan Supt Rusbaini. Beberapa ketika , mesyuarat dah nak di mulakan.

Dan!! DSP Asri masuk…hahaha dah ada 2 wakil dalam meting. Adoi, ini kali ke dua jadi macam ini. Bidan terjun ke kena PRANK!

Adeh…jadi lagi.. agaknya terus stay kat pejabat ke macamana?? esok lah update😁

Selamat Malam

Selamat Hari Polis ke – 210 tahun PDRM

Hari polis ke – 210 disambut semalam di Pulapol KL. Setiap 25 Mac akan diraikan hari polis. Dah lama pun pasukan PDRM ini. ummi bersyukur sebab antara yang terpilih berada dalam PDRM.

hari polis ke - 210

Sambutan Hari Polis ke – 210 tahun ini diadakan di Pulapol KL dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia.Ummi dan anak-anak bangun seawal jam 4.30 pagi. Kami siap dan terus ke Pulapol KL. Sampai di Pulapol KL kira-kira 6.15 pagi.

Kami solat di surau di bangunan akademik. Tepat 6.30pagi, selesai solat terus ke Padang Kawad Pulapol KL.Abah hantar Ummi dan anak-anak ke khemah sebelah kiri pentas dan abah ke pentas di sebelah kanan. Ummi tak terlibat secara langsung, sebab tu tak pakai uniform.

Tepat jam 8.00pagi, pengarah semua jabatan serta IGP, DIG dan Menteri Dalam Negeri sampai.Kira-kira 815pagi, Perdana Menteri dengan isteri sampai bagi merasmikan HARI POLIS KE – 210.Acara di mulakan dengan penuh istiadat. Tapi, saat ini air mata mula membasahi pipi bila menyanyikan lagu Polis Sedia Berkhidmat.

Ummi teringat arwah ayah. Tahun 2008, semua keluarga Ummi dan kawan-kawan Ummi datang hantar Ummi ke Pulapol KL. Mereka hantar dengan penuh harapan dan kasih sayang.

Saat tu bagai muncul semula. Tahun 2009, mereka datang lagi bagi acara tamat latihan. Setahun berlalu , banyak perkara yang Ummi belajar di Pulapol KL.

Sekarang, bila tengok padang kawad ini. Ummi terpikir, sampai bila akan aku datang dan berada dalam pasukan PDRM. Adakah sehingga usia 60 tahun? Biarlah masa yang menentukan. Jika ada rezeki, pasti Ummi akan teruskan dalam PDRM.

Anak-anak Ummi boleh ke jadi Polis?


Ini soalan cepumas. Tapi, bagi Ummi biarlah mereka ada rancangan masa depan mereka sendiri. Ummi tidak harapkan mereka berada dalam pasukan PDRM.

Ummi ingin fokus anak-anak jadi pembimbing agama. Tapi jika rezeki mereka dalam Polis, mungkin Allah dah tentukan mereka dalam pasukan untuk sebab-sebab tertentu.

Hari Polis ke – 210

Berbalik kepada Sambutan Hari Polis ke – 210. Selesai lintas lalu dan juga pertunjukkan gimik, kami pun beredar balik.Walaupun kerjaya kami dicaci dan dihina, tapi Ummi tahu sebab tu kami dipilih jadi polis. Kerana kami ada perjuangan belum selesai.

Sepanjang berada dalam pasukan PDRM, Ummi dapat belajar banyak perkara. Dan Ummi juga ingin berterima kasih kepada pucuk pimpinan JAB. SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK kerana sehingga kini masih menerima bakti murni daripada pegawai seperti Ummi yang serba kekurangan.

YDH Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bersama Isteri – Dato’ Mahamad Akhir Bin Darus & Datin Sharifah Zanariah. Kedua insan ini menjadi inspirasi Ummidan suami untuk terus maju dalam Pasukan PDRM

Kadang kala, disaat bekerja apabila menjadi terlalu jujur dan lurus Ummi terpaksa berhadapan dengan fitnah. Ummi yakin dan percaya suatu hari kebenaran akan timbul. Sikap berdiam diri Ummi , adalah demi ukhwah kerana Allah swt.

Biar sekalipun Ummi di fitnah oleh rakan seperjuangan, bagi Ummi tindakan “rakan” tersebut hanya untuk kepuasan dan motif diri sendiri. Jadi, jika kita berada di jalan yang benar Insya Allah, Allah pasti lorongkan sesuatu.

Gamba Kenangan Hari Polis Ke 205 tahun 2012

Sebelum berakhir, Ummi nak ucapkan selamat hari polis ke – 210 kepada pegawai atasan dan juga kawan rakan Ummi. Tak lupa kepada ayah mertua yang besarkan Mr Suami dengan gaji seorang anggota polis.

SELAMAT HARI POLIS KE – 210. SEMOGA KITA JADI INSAN YANG MEMUDAH CARAKAN ORANG LAIN.

Ucapan daripada sahabat Facebook

Berkaitan  :

Ucapan daripada Ben Ashaari

Ucapan daripada Shiqeen Sattar