Kisah Cuti/Travel

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Padat Dengan Ilmu dan Silaturrahim

Hi semua, kali ini Ummi nak share dengan uols apa yang buatkan kami semua rasa seronok sangat dengan Family Day kelab Blogger Ben Ashaari di De Rhu Beach Resort, Kuantan baru-baru ini. Hampir 100 orang anggaran peserta amat menggamatkan suasana. Meriah dengan kehadiran pasangan dan juga anak-anak dari KBBA9.

Kami semua ambik pakej Rehlah yang mana dah termasuk makan dan minum 3 kali sehari dan juga sukaneka. Berbaloi dengan harga dan juga kemudahan yang terdapat disini.

Pakej Reunion paling laris dengan hanya RM300++ (sekeluarga)
2 dewasa dan 3 kanak-kanak boleh menikmatibilik penginapan, 3 kali makan dan sukaneka . Rujuk terma dan syarat di www.derhu.com.my

Acara Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari

Setibanya kami kat De Rhu Beach Resort, kami di sambut dengan senyuman yang manis oleh receptionist di sini. Mereka semua sangat peramah dan juga mesra pengunjung. Selepas check ini, kami semua termasuk Ummi dan anak-anak tak sabar untuk bermain di swimming pool. Tapi malangnya, bila sampai Ummi tengok beg baju, baju Ummi hanya da 2 helai sahaja. Lain-lainnya penuh dengan baju suami dan anak-anak. Makanya, tengok jer la orang mandi manda.

Mujur masa ini , kak Ezza Azlan tak tarik Ummi jatuh ke dalam Swimming pool. Kalau tak kuyuppp oiiii.. tapi yang best masa ni kami hantar video kat Shiqeen Sattar, saja nak perangat dia  pasal tak join kami. Tapi kami dari jauh doakan dia berjaya dengan apa yang sedang diusahakan. Amin.

Berkaitan : Kelab Blogger Ben Ashaari itu apa ?

Acara sukaneka family day Kelab Blogger Ben Ashaari di mulakan dengan permainan kanak-kanak mengutip gula-gula. Ummi tak tahan tengok Along, bila wisel di bunyikan, tengok perut dia kembung..hahahah rupanya dia masukkan baju dalam seluar dan penuhi baju dengan gula-gula.. Adehhh, anak oii, sapa la ajaq macam tu. Tapi last bangun daripada tikar anak Mama Kembar Tiga

Aktivit lain untuk anak-anak adalah kerusi muzik. Pusing punya pusing, si Along dapat nombor tiga . Dan juara adalah Natasya yang slim gituu, anak siapa lagi jika bukan Kak Ezza Azlan. Apapun depan enjoy sakan masa main.

Family day kelab blogger ben ashaari

Acara boling kelapa Juara adalah Umminani dan pasangan..Hehehhe tq Mr Suami balingan kena 5 jatuhan pin botol. Ummi baling atuh 2 jer. Kak ita pula memang nombor dua. Dan Bella nombor 3.

Kemeriahan di sambung lagi dengan acara kukur kelapa. Punya la bersungguh-sungguh melawan. Last yang menang geng kak Saidila.com dan corot sekali Group Bella 1.75gm. Yang lain-lain menang dengan 3.11gm, 3.10, 3.09gm Tahniah Bella, lepas ini balik kampung kukuq nyok banyak-banyak. Mana tau nak pergi lawan lagi kan..heheheh

Game terompah paling kelakar. Group Mr Suami , En Halim dan En Firaz dan Abg Sohoque last sekali. Ramai orang duk tunggu depa semua berjalan, tapi terompah depa gear rosak. Asyik nak tersembam. Tapiiiii…jeng..jengg..jenggg, bila abang Sohoque turun je, geng 3 orang ini cuba berjalan semua, dan berjaya!! Rupanya bukan gear rosak wehhh!!! Overweight! Hahahaha semua orang gelak dengan gembiranya dekat team ini. Paling kelakar kott!

Kbba Jalinkan Ukhwah

Ini pula gelagat anak-anak mak ayah Kelab Blogger Ben Ashaari. Bukan mak ayah jer dapat kawan baru, tapi mereka juga. Dah la tu, pentas jadi tapak mainan dan pentas mereka beraksi bersama. Faris, Fauzi dan Fahmi pula kaki menyanyi, lagu apa Ummi tak sure, tapi macam tengah perform atas stage la gayanya.

Aktiviti Malam Kami Di Sini

Sessi pillow talk bersama Abang Ben Ashaari dan juga geng KBBA9. Semua meluahkan rasa dan juga berkongsi bagaimana mereka boleh join menulis blog dan menyertai KBBA9. Semua ada cerita dan juga perkongsian hebat. Selain itu, kami yang dapat bersama malam tu, dapat ilmu direct daripada abg Ben terus, bukan lagi di media sosial mahupun kelas wassap. Serius ini yang paling best.  Bukan sahaja padat dengan ilmu, tapi juga menghubungkan silaturrahim sesama kami semua. Syukur.

De Rhu Beach Resort Kuantan Destinasi Pilihan Untuk Bercuti & Anjur Event

Alhamdulillah , hujung minggu lepas kami semua dari Kelab Blogger dapat bersama dengan 20 keluarga dan seramai 100 menyertai Family Day Kleab Blogger Ben Asaari  tahun 2017. Tshirt family day kami , di tempah daripada syarikat Printing Tshirt Murah  A.J Cetak Ent.  Lokasi pilihan kami adalah di De Rhu Beach Resort Kuantan.

Perjalanan dari Kl hanya mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke sini. Percutian untuk gathering kali ini amat bermakna bagi kami semua  dan pada masa yang sama kami dapat merehatkan minda daripada kepenatan di ibu kota.

De Rhu Resort Beach Kuantan memiliki 162 bilik  yang terdiri daripada De Rhu Suite, Deluxe Room dan Superrior Room. Harga bilik bermula daripada RM140.00 sehingga RM500.00. Bagi kami sangat berbaloi kerana walaupun percutian singkat ini kami hanya memilih bilik superior, namun begitu suasana yang harmoni dan aman damai di sekitar kawasan De Rhu Beach Resort lebih mahal nilainya disamping keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari.

Bilik yang disediakan amat luas dan sesuai untuk keluarga besar macam Ummi. Waktu malam kami satukan set katil supaya lebih selesa. Puas sangat dengan keluasan bilik di De Rhu Beach Resort ini.

“Ummi, nanti kita buat bilik kita macam ini ya. Angah suka sangat… nanti Angah nak duduk lama-lama yer Mi kat hotel ini”.  -Kata Angah masa Ummi nak snap gambar depa adik beradik dalam bilik sebagai kenang-kenangan.

De Rhu Beach Resort Kuantan
Bilik ini sesuai untuk beristirehat takkala penta. Ada “side table” disediakan untuk ayah duduk sambil minum teh di dalam bilik di De Rhu Beach Resort ini.
Pakej Honeymoon
Bilik Angsa bercium ini khas utk honeymoon. Menarik kan..pencahayaan yang penuh suasana romantik. Opsss nak kesini, anak-anak wajib di tinggalkan.. Hehehe

Bilik Mesyuarat & Seminar di De Rhu Beach Resort Kuantan

Ummi dengan kawan-kawan blogger di bawa melawat ke seluruh kawasan De Rhu Beach Resort. Keseluruhan kawasan amat luas dan sesuai untuk event pejabat dan keluarga seperti reunion, hari keluarga, bengkel dan juga majlis keramaian seperti perkahwinan dan lain-lain majlis. Suasana disini nyaman sekali, angin sepoi-sepoi bahasa. Memang tenang untuk pengantin dan para tetamu.

Bagi rate bilik mesyuarat dan dewan boleh rujuk di web : www.derhu.com.my

 

Aktiviti Santai di De Rhu Beach Resort Kuantan

Bila tiba di sini, pastinya bukan sahaja untuk seminar dan juga berwacana . Tapi disini pasti juga untuk berehat, setuju? Itulah sebabnya De Rhu Beach Resort juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti bilik karoake yang luas dan juga selesa.

Kbba9 jalinkan Ukhwah 

Jika pergi untuk hari keluarga KBBA9, ada pakej yang sangat best disediakan . Pakej yang disediakan adalah  seperti di bawah :

Pakej Reunion paling laris dengan hanya RM300++ (sekeluarga)
2 dewasa dan 3 kanak-kanak boleh menikmati bilik penginapan, 3 kali makan dan sukaneka.

Menariknya di sini, pengurusan resort amat mementingkan keselesaan bagi keluarga yang memiliki anak kecil. Swimming poll yang disediakan jug amat mesra kanak-kanak. Mereka bebas bermain dengan selesa. Ada pelbagai kedalaman pool sesuai dengan umur, ketinggian dan kebolehan berenang disediakan di sini.

[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_color_class=”otw-greenish-border” border_style=”bordered” shadow=”shadow-down-right” background_color=”#bfeaeb”]Perkhidmatan Swimming Poool tanpa bermalam : Dewasa RM10.00, Kanak-kanak RM7.00[/otw_shortcode_info_box]

GYM di de rhu resort kuantan
Berkarok sudah, berenang pun sudah…jadi malam jika tiada aktiviti luar boleh luangkan masa untjk beriadah di GYM disini.

Oleh sebab kawasan De Rhu Beach Resort ini memiliki kawasan pantai yang landai , disini juga boleh lakukan aktiviti lasak seperti ATC adventure,  snorkling dan lain-lain lagi perkhidmatan yang disediakan oleh WS Adventure

So, bagi yang mencari lokasi menarik untuk mengadakan aktiviti berkumpulan atau ingin bercuti bersama keluarga boleh la dapatkan maklumat kanjut di laman yang disediakan. Selamat merancang percutian anda bersama mereka yang tersayang.

Maklumat Lanjut Boleh ke :

Facebook : De Rhu Beach Resort Kuantan

Instagram : #De Rhu Beach Resort

LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +609 5579 000/
Fax: +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my

 

The Musical Journey Of Zainal Abidin 35Th Anniversary Concert

Zainal Abidin satu nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Selepas 25 tahun dalam bidang nyanyian, kini Datuk Zainal Abidin bakal muncul bersama dengan kumpulan penyanyi Headwind.

Konsert kali ini adalah konsert berskala besar yang telah diimpikan oleh Zainal sejak beliau bermula pada usia 15 tahun lagi. Beliau sebelum ini merupakan vokalis kumpulan Headwind dan akhirnya bergerak secara solo sehingga mencipta nama ke luar negara melalui “world music”.

Zainal Abidin dan Headwind berkongsi pentas 2017

Zainal Abidin juga akan bersatu kembali bersama dengan ahli kumpulan Headwind yang terdiri daripada Zulkif , Nicky Oii, Kudin dan Razak dalam satu segmen khas pada malama konsert tersebut. Mereka akan berkongsi pentas mengimbas kenangan era 80an dengan lagu hit seperti Suraya, Hanya di Radio, Pelangi dan banyak lagi.

Mendengarkan lagu yang dinyanyikan ketika preview semalam, memang tak dinafikan Zainal dan juga Headwind masih berbisa dalam penyampaikan lagu mereka. Difahamkan pada konsert akan datang juga, Zainal Abidin akan bersama dengan gitaris terkenal yang juga masih berbisa iaitu Sham Kamikaze.

Pada malam konsert tersebut Zainal Abidin akan bersama dengan 17 orang pemuzik lain seperti Mac Chew, JennyChin, dan ramai lagi.

Projek Puncak Harapan -Trek Gunung Kinabalu 2017

Konsert ini juga menyokong projek Puncak Gunung Harapan  yang mana projek ini tujuannya adalah untuk mengumpul dana untuk kanak-kanak cacat akal dan orang dewasa di Wisma Harapan Selangor dan Federal Territory Association for the  Mentally Handicapped (SAMH). Pendakian ini akan disertai oleh 14 pendaki termasuk 4 pelajar dan 2 orang guru daripada SAMH. Tujuan utama pendakian ini adalah bukan sahaja untuk mengumpul dana bagi menampung keperluan SAMH  tetapi ia juga untuk mewujudkan kesedaran sosial dan memupuk keyakinan diri pelajar terencat akal yang menyertai pendakian. Sama-sama kita doakan pendakian ini berjaya. Insya

Penganjuran Konsert Oleh Netzah Productions Sdn Bhd

Netzah Productions Sdn Bhd adalah penganjur bagi konsert ini dan berharap dengan penggunaan teknologi seni serba canggih serta berkualiti tinggi  “The Musical Journey of Zainal Abidin – 35th Anniversary Concert” akan berjaya memberikan kepuasan dan kenangan terindah seperti konsert Ikhlas pada tahun 2012.

zainal abidin

Jadi jangan lepaskan peluang untuk saksikan persembahan Zainal Abidin bersama kumpulan Headwind seperti maklumat berikut :

Tarikh : 25 February 2017

Masa : 8.30 pm

Lokasi : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Convention Center.

Tiket : www.mytiket.asia Harga tiket bermula dari RM158 – RM558.

Tiket Online : 03-8076 6700 / 03-8076 6500 Website : www.shirazprojects.com

Instagram : shirazprojects

Pulau Langkawi Bakal Meriah Dengan Pameran LIMA Langkawi 2017

lima langkawi 2017Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa LIMA Langkawi 2017  (LIMA) akan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac tahun ini dan dijangka menarik sebanyak 550 syarikat pempamer dari 38 negara.

Sekurang-kurang­nya sebanyak 80 pesawat serta 68 kapal perang dari seluruh dunia dijangka menyertai LIMA 2017. – Sumber utusan

Walaupun kampung Ummi kat Perlis, tapi 30 tahun hidup belum pernah pergi ke LIMA Langkawi. Masa belajar yer la, memang tak ada income, dan sekarang bila dah kerja, kekangan masa menjadi faktor utama.

Tarikh LIMA Langkawi 2017

Tahun ini LIMA Langkawi 2017 jatuh pada 21- 25 March 2017 sempena cuti sekolah. Tapi masa cuti sekolah dah ada majlis kenduri sepupu di Melaka. Kalau ikutkan nak sangat ke Langkawi. Ada juga tengok facebook : Percutian Bajet Langkawi , masih ada kekosongan apartment.

Risau juga nak booking awal, sebab kerja bukan menentu. Huh! Bilalah agaknya dapat kesana. Lagi nak booking hotel boleh juga ke website Traveloka.com. Harga yang ditawarkan juga not bad.

Apa menarik di Langkawi, selain LIMA 2017 ?

Pantai Cenang

Lokasi berehat di waktu malam , pilihan Ummi adalah pantai Cenang. Waktu malam sangat meriah dengan pasar dan juga jualan. Ummi suka jalan-jalan di Pantai Cenang. Dan kalau nak berdua-duaan, boleh duduk di tepi pantai sambil minum kopi. Hehehe ala-ala romantika gitu.

Makam Mahsuri.

Makam mahsuri satu lokasi yang menarik untuk dilawati. Ada pelbagai bentuk rumah lama yang menraik perhatian dan menarik. Jika kena pada waktu masa tiba kat Makam Mahsuri , kita semua berpeluang untuk melihat sendiri cara pembuatan kuih tradisional dan boleh juga belajar mengambil air dari perigi. menarik kan?

Tasik Dayang Bunting

Pemandangan di Tasik Dayang Bunting bukan sahaja menarik tapi di percayai boleh membantu untuk menyuburkan wanita yang susah untuk mengandung. Teringat masa sampai disini,bukan sahaja airnya sejuk. Tapi, rezeki Ummi bila Allah swt nak beri  selepas Ummi balik dari berendam dalam tasik ini Ummi mengandungkan adik Zakkir.

Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting, pelancong perlu menaiki bot. Bila sampai di jeti, pelancong kena mendaki bukit untuk sampai ke kawasan tasik. Yang menarik, sepanjang mendaki kita akan berhadapan dengan monyet-monyet yang kegembiraannya melampau. Jadi hati-hati dengan bahan yang di bawa.

Okay, jadi boleh merancang dari sekarang untuk bercuti seempena cuti sekolah tahun 2017. Jadikan Langkawi salah satu destinasi percutian kita sekeluarga. Jom ke LIMA LANGKAWI 2017 .

Cuti 2017 nak kemana dan bila tarikh gaji 2017 ?

2017 ramai dah plan nak bawa anak-anak berjalan bagi cuti sekolah. Tapi yang menarik  cuti 2017, tanpa perlu tunggu cuti panjang,  boleh plan untuk ” Malaysia Holiday 2017 ” , jalan-jalan di dalam Malaysia dengan waktu yang singkat dan kos yang jimat. 2017 banyak perayaan yang mana cuti bersambung dengan hujung minggu.  Rujuk Jadual di bawah .

Cuti 2017
Jadual untuk merancang Cuti 2017

Cuti 2017 –  Tahun Melawat Pahang

Sempena Tahun Melawat Pahang 2017, 4 hari cuti 2017 pada  hujung minggu dah cukup untuk bercuti ke Negeri Pahang. Antara lokasi menarik adalah Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Ladang Teh Cameron Highland , dan beberapa lokasi menarik lagi di Kuantan seperti Teluk Cempedak dan lain-lain. Kalau nak singgah ke Cherating pun sempat.

Namun begitu, nak bercuti mesti lah kena planning kena dengan tarikh gaji . Ini jadual bayaran gaji 2017 bagi sektor awam  dan mereka yang kerja bawah JPA.  Ummi sendiri kerja dengan kerajaan jadi jadual gaji ini penting untuk Ummi rujuk. Tambahan pula ada bulan yang menerima gaji pada pertengahan bulan, maka kena pandai berjimat sehingga gaji akan datang.

Tips uruskan gaji 2017:

6 Tabungan  – Bila dapat gaji setiap bulan , kita seharusnya dah tahu kemana duit nak dibelanjakan ke 6 jenis tabung .

Tabung FFA – Financial Freedom Account (10%) -pelaburan seperti fixed deposit, hartanah atau saham. Ummi kat sini terlebih. 🙂 Siapa yang terlebih boleh adjust semula gaji.

Tabung Charity  – (5%) – Sedekah secara konsisten setiap bulan, setiap hari lagi baik.

Tabung Necessity – (55%) Nak bayar bil elektrik atau bil telefon , unifi dsbnya, inilah tabungnya.

Tabung Education – (10%) Ini bukan untuk anak, tapi untuk kita upgrade ilmu untuk belajar dan tambah pengetahuan dalam apa juga bidang.

Tabung Fun – (10%) Nak melancong tahun 2017 boleh guna duit dari tabung Fun.

Tabung LTSS – Long Term Saving Spending. (10%)

Jika ada semua tabung ini, insyaAllah kita tak akan hadapi masalah kewangan biarpun hujung  atau tengah bulan dah dapat gaji. Ini Ummi belajar masa hadir kelas IMKK Azizan Osman. Sangat berguna untuk di amalkan. Jika ada duit fun lebih pada hujung bulan , boleh masukkan ke tabung LTSS, boleh beli Emas tau simpan ke SSPN i Plus.

Buat duit online –  Untuk tambah pendapatan tahun 2017  boleh juga lakukan kerja part time atau buat duit secara online di facebook, instagram mahupun google. Banyak cara na buat duit online , yang penting ada kemahuan dan rajin. Jika nak belajar menulis blog boleh juga hadir ke Kelas Belajar Buat Blog.

Semoga perkongsian kali ini lebih bermanfaat. Share ya jika rasa bagus untuk kita kongsikan ilmu dengan ramai lagi orang. Terima kasih .

 

Suka Selfie? Jom join #GooseySelfie Contest Anjuran MyTown Shopping Centre

IKEA CHERAS

MyTown Shopping Centre Anjur Contest #Gooseyselfie. Ini sempena pembukaan MyTOWN Shopping Centre pada 16 Februari 2017. Nak tahu?? Hadiah yang ditawarkan RM10,000.00 untuk dimenangi. Woow excited sangat.

Lokasi MyTOWN Shoping Centre adalah di jalan Cochrane, yang mana terletak kira-kira 3km sahaja dari kawasan tarikan utama Kuala Lumpur iaitu KLCC. Lokasi strategik yang mana mengambil masa lebih kurang 30 minit pemanduan dari Cheras, Taman Maluri, Desa Panda dan juga Ampang Hilir. Paling mudah ianya adalah bersambung dengan IKEA Cheras.

MyTown Shopping Centre

#GOOSEYSELFIE Contest By MyTown Shopping Centre

IKEA CHERAS
#GooseySelfie tawarkan hadiah sehingga RM10,000.00

Cara nak sertai pertandingan #GooseySelfie ini mudah sahaja, boleh gunakan komputer atau mudah gunakan telefon . Peserta di kehendaki menghias selfies mereka dengan ciri-ciri Goose dan hendaklah “share” bersama di dalam Facebook dengan hashtag(#GooseySelfie). Setiap minggu 10 peserta akan di pilih sebagai pemenang. Wah, uols teruja kan dengan nilai hadiah RM10,000.00?

Panduan:

· Log on to https://www.gooseyselfie.com.my/

· Click “Join Now” · Click “Start” · Log in with your Facebook account · Upload a selfie from your gallery or take a selfie using your phone/webcam · Goosify your selfie (Add goose elements to your selfie) · Click “Submit” · “Share on Facebook” – use hashtag (#GooseySelfie) .

Apa nama #GooseySelfie Ummi? 

menarik di IKEA Cheras

Agoosetina wahhh..bestnya nama! Uols boleh cuba juga tau. Setiap minggu 10 peserta akan di pilih sebagai pemenang.

Goosini , Goosana…wah sana sini selffie..syoknya.

 

Untuk maklumat lanjut follow :

Facebook  : https://www.facebook.com/mytownshoppingcentre/

Website : http://www.mytownkl.com.my/

MyTOWN is a new family and lifestyle shopping centre in the heart of KL, anchored by the largest IKEA in Malaysia.

About 460 lots filled with exquisite shopping dreams come alive on 5 spacious levels. Nestled in a strategic location, just a 5-minute drive time from the city.

Seamless connectivity to major highways & the direct tunnel link from Cochrane underground MRT station adds to its excellent accessibility.

A blend of unique factors set this shopping centre apart from others – lush green surroundings for some sun & fun in a relaxing atmosphere whilst the numerous chic restaurants & cafes in stylish alfresco settings serve a mix of exquisite cuisines.

– See more at: http://www.mytownkl.com.my/#sthash.1woQgn92.dpuf

 

 

Janji Ummi nak petik Strawberry, kena juga di turuti !!

Kali ini percutian Ummi dengan keluarga ke Cameron Highland bukan sahaja kecoh tapi penat dengan anak-anak. Yer la, dulu masa datang sini , anak baru seorang . Tapi kini dah 4 orang. Ada sahaja kerenah depa nak Ummi dengan abah turuti. Sebabkan Cameron Highland ini terkenal dengan Strawberry, maka Ummi la pandai berjanji dengan Angah pergi sana nak petik sendiri Strawberry.Penat berjalan di Cameron Lavender tak habis lagi, kami sambung petik strawberi di sini.

Sampai je kat Cameron kami pun cari la ladang strawberry untuk petik buah yang masak. Satu-satu kami singgah, buah dah tak ada! Bukan sebab disini dah pupus buah Strawberry tapi sebab dari awal cuti sekolah ramai pelancong yang datang, maka buah-buah ini dah masuk ke perut ramai orang!! Geram jer rasa!

Kami pun pergi ke Ladang Teh untuk menikmati suasana Ladang Teh yang menghijau. Dan malam pertama kami hanya lepas di Cameron Square sahaja. Di sini sesuai untuk duduk dan menikmati suasana yang sejuk serta tenang.

Petik Strawberry dan Beli mana baloi?

Sebabkan Angah ini jenis yang kena ikut apa kehendak dia, Ummi dengan Abah terpaksa juga cari Ladang Strawberry untuk anak. Sebelum balik , kami singgah di Ladang Strawberry depan jalan masuk ke Copthorne. Alamak lupa snap nama ladang tu. Maaf la, sebab masa ini dah penat lepas berjalan ke Cameron Lavender.

Kos untuk masuk dan petik RM30.00 untuk 500gm sahaja. Kalau terlebih pungut kena la bayar lebih. Ummi pandai pulak bajet, 500 gm cukup sebekas yang diberikan dan kena tambah RM1.00 sahaja . Makna terlebih berat sikit jer. Hish, itupun tak boleh free kan!

Nak pungut kena gunakan gunting, dan gunting tangkai. Anak-anak ini suka explore, dapat petik sikit pun depa dah puas hati sangat. Ummi geram tengok buah-buahan di ladang ini merah belaka. Disini akhirnya dapat petik, setelah 2 tempat masa hari pertama kami singgah semua dah tak ada buah.

Kalau la Ummi tak turut kehendak anak-anak, ketidak puasan hati itu akan berbunyi sehingga lah beberapa minggu, jadi benda baik Ummi turuti juga!.

Balik dari petik disini, kami singgah sekali lagi untuk beli bekal untuk mama dan bekal bawa balik ke rumah. Ummi pilih SCorner juga untuk membeli. Disini selesa dan tak crowded. Selesa dan harga juga berbaloi.

Lepas membeli , kami teruskan perjalanan balik , mak pening dan muntah masa turun.  Jadi kami pilih untuk singgah lunch di Restoran Melayu di Tapah sebelum naik highway. Nasi Ayam disini sedap. Nanti nak bercuti lagi ke sini, tapi tunggu anak-anak besar sikit. Lebih selesa insyaAllah.

Cameron Lavender – Mata tak puas memandang!

taman bunga lavender cameron

Tiket Masuk ke Cameron Lavender

Hari kedua percutian kami , kami pilih untuk ke Cameron Lavender. Ini semua sebab hasil google Ummi dapati lokasi ini salah satu tarikan utama di sini. Masa ke sini dulu  Cameron Lavender masih belum wujud. Masa tu hanya pergi Rose Valley. Tiket masuk RM8.00 bagi dewasa dan RM5 bagi anak-anak 5 tahun keatas. Semalam kami lepak di Old Town White Coffee di Cameron Square, best juga sejuk.

Ada di jual ice cream lavender RM6.00 satu. Ummi tak beli pun, aklau beli satu mana lah nak cukup, rombongan Ummi kan ramai. Untuk anak-anak depa hanya tau ice-cream, jadi belanja depa ice-cream biasa dah cukup. Nilai lavender tu depa tak dapat nak cerita lagi.

Sini ramai orang ambil gambar nak masuk semata-mata untuk ambil gambar sahaja. Lavender ada pelbagai jenis, nak lebih tahu kena jalan sorang-sorang dan slow-slow..maafkan daku sekali lagi, tak dapat nak cerita jenis-jenis bunga lavender yang ada disini.

Nak naik  ke atas wajib la berjalan, kalau nak bawa orang tua yang pakai wheel chair boleh cuma kena tolak sedikit untuk naik.

taman bunga lavender cameron
Potrait kenangan bersama keluarga tersayang. Macam-macam aksi anak-anak Ummi

Di bahagian atas ini ada bunga-bunga daisy dan ada tempat untuk bergambar sahaja.

Sesuai untuk yang suka bergambar, nak bagi rating tu dalam 3/5 sahaja. Kali kedua mungkin dah tak masuk kesini, sebab kalau dah kali ke dua dah bosan, tengok bunga yang sama, bukan boleh sentuh mahupun petik. Sekadar bergambar sahaja.

Artikel berkaitan :

Petik Strawberi di Cameron

Ladang Teh Di Cameron Highland

Rose Cinta dari Suami

Ummi dapat Rose Cinta dari Suami. Hehehe bila uols last dapat bunga? Ummi last dapat hadiah bunga hidup ini tahun 2009 kot.

Sebab Mr Suami cakap , bunga buat apa bagi layu jer! Baik bagi benda lain, tu sebab birthday pun dapat Ice-cream jer. Ummi tak minta mahal-mahal pada hari-hari istimewa Ummi, biar murah asalkan memang niat suami nak bagi. Sebab hari tak istimewa dah dapat hadiah mahal!

Eh..masa dapat ini, rasa nak menitis air mata juga lol! Memang aura bunga betul lah! Thank you sayang, I love you too.

Galeri Gambar Di Cameron Lavender

Waze : Cameron Lavender Taman Tringkap, 39100 Brinchang, Pahang, Malaysia

Cameron Square Sejuk Sampai Ke Tulang

Malam pertama kami ke Cameron, lepas dinner kami solat maghrib dan isyak dulu.

Sebab Ummi tak berapa minat nak bawa budak-budak ini jalan ke pasar malam atau downtown depan IPD Cameron Highland ni, maka Ummi pilih untuk berehat dan menikmati suasana di Cameron Square.

Kami jalan ke Cameron Play Land. Sini sesuai untuk hiburan anak-anak. Ummi tak layan anak-anak bermain disini, biasa sahaja mainannya.

Nak main betul-betul bole ke Genting Highland. Disini layan mata sahaja. Mainan disini ikut kepala, dari RM5-RM6 bagi 1 permainan/person.  Jadi, kami pun pilih untuk duduk dan rehat di depan Cameron Square.

Old Town White Coffee di Cameron Square Lokasi “Lepak Best”

Lepas tu, nak lebih sedap duduk dan berehat, kami minum air di Old Town White Coffee. Anak-anak Ummi layan smoothie seorang segelas.

Seronok la depa, dapat sorang satu lagi. Bukan selalu Ummi belanja air mahal ini untuk depa.

Sambil minum, inilah masa Ummi sembang dengan anak-anak dan nasihat depa. Ayat Ummi selalu ulang “nak sesuatu cepat atau lambat , anak-anak Ummi pasti dapat. Jadi kena berkelakuan baik-baik. Rajin solat dan baca buku.” Sampaikan depa dah boleh hafal ayat Ummi.

Bila dalam kereta, Ummi selalu tanya “Nanti sampai rumah buat apa dulu?” Along dengan Angah cepat jer jawab “Mandi dan solat Ummi!”.

Bagi Ummi nampak macam pesanan biasa, tapi inilah fokus kehidupan yang Ummi nak terapkan dalam kehidupan mereka setiap hari.

Okay, lepas kami duduk minum di Old Town White Coffee kami terus ke Tanah Rata. Disini semua anak-anak dah lena dalam kereta. Ummi dengan Mr Suami sahaja yang masih segar. Kami duduk sebentar kat luar kereta di dataran berdepan dengan Terminal Freesia.

Menikmati malam bersama suami paling menyeronokkan. Rasa release kepala otak ini seketika. Lagi best kalau bangun malam bersama untuk tahajjud. So, plan akan datang nak bilik lebih besar untuk bersama keluarga di sini. Rasa macam nak booking apartment pula, nak feel macam menetap disini dengan masak-memasak. Selesai malam pertama di Cameron Highland tahun 2016. Esokknya kami ke Cameron Lavender.

Percutian Di Ladang Teh Cameron Highland

Escape ke Cameron Highland

Hari ini kami bercuti ke Ladang Teh Cameron Highland. Kami bertolak awal pagi, dari Semenyih jam 430 pagi. Dan singgah solat subuh di stesen minyak Rawang. Jam 730pagi kami sampai di susur keluar Tapah. Perjalanan kami berhenti di Lata Iskandar , anak-anak sempat mandi manda main air. Seronok sangat dapat merasi ketenangan di air terjun ini…fuh..jejak kaki ke air dah dapat rasa sejuk sampai ke tulang. Kami ini kami plan untuk ke Cameron Lavender, Ladang Teh, Petik Strawberi dan malam kami pilih menikmati suasana di Cameron Square.

Sebelum naik ke ladang teh, kami singgah makan strawberry. Ini pilihan terakhir selepas 2 kali stop dekat strawberry farm, tapi tak dibenarkan memetik strawberry. Jadi kami singgah di SCorner untuk menjamah rasa strawberry. Disini ada juga ladang strawbery , tapi di tutup dan hanya akan dibuka pada hari Sabtu. Jadi kami hanya beli dan makan strawbery yang dah siap di petik. RM25.00 sebekas besar dan juga 1 bekas choclate berharga RM5.00.

Cik Sarah bukan main lagi suka dengan Strawberry ini. Kami beli 500gm Rm20.00 dan choclate Rm5.00

Ladang Teh Cameron Highland

Masuk ke Ladang Teh ini free. Tapi kami nak cuba kelainan naik ke bukit yang ditanam dengan teh. Kami naik land rover dengan kos sekepala Rm10 bagi dewasa dan kanak-kanak usia 5 tahun ke atas Rm5. Jadi kos untuk 1 keluarga kami hanya RM40.00 sahaja. Rupanya duduk kat atas ni best, sejuk dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Nyaman sangat rasanya. Oleh sebab nak naik ke sini perlu tunggu giliran, maka sangat tenang tanpa orang yang terlalu ramai.

Angah seorang yang manja, Ummi dengan abah kadang terpaksa memberikan perhatian lebih kepada Angah. Kepandaian anak ke-dua dalam menarik perhatian Ummi dengan Abah tak dapat dinafikan. Namun begitu, Ummi respect kat Along yang pandai bawa diri dan sangat berdikari. Sama macam Cik Sarah, dah macam kakak kepada Angah dengan sifat kematangan yang dimiliki olehnya.

Dari atas puncak , kami bergambar. Best kat atas ni dengan udara yang sejuk dan bersih.

Ummi bawa mak jalan-jalan kali ini ke Cameron. Impian mak nak ke Terengganu sahaja belum sampai. Masa kami ke sana, mak di Perlis. Jadi tak ada masa yang sesuai lagi. Doakan panjang Umur tahun depan boleh kesana .

Ini video kami sekeluarga berjalan-jalan di ladang teh. Bagi yang ke sini boleh cuba naik ATV juga. Kos seorang untuk perkhidmatan ATV adalah RM45.00

Ladang Teh Cameron Highland

Ummi dan keluarga nak sambung berjalan-jalan lagi. 😄