Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre

Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre

Selepas lebih kurang 4 bulan bersama Fly High Training Centre, Alhamdulillah Un sendiri dapat saksikan (cewah ayat tak boleh blah kata orang muda!) – ada peningkatan yang amat baik untuk Along khasnya. Yer la sebab dia nak exam kan. So, ummi pun memang sangat berharap Along boleh lakukan yang terbaik dan dapat kesan tuisyen online ini yang baik-baik. Bukan nak kejar A, sebab aku sendiri pun bukan sejenis straight A, tapi at least buat yang terbaik dalam hidup.

Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre

Sejak Jan 2021, bila fokus pada nak belajar, yer memang anak-anak automatik jadi orang yang cintakan ilmu. Kalau kelas untuk basic class dengan Fly High Training Centre ni, Si Angah dia sejenis yang laju, otak dia memang laju. Jadi dia boleh pick up dengan cepat.

Berbeza dengan Sarah, dia perlukan bimbingan yang lebih. Dia boleh baca tetapi lambat dalam membuat keputusan. Ini boleh beri kesan negatif juga , sebab terlebih meralit ni boleh ketinggalan waktu exam. Masa berlalu pantas, tapi dia stuck pada soalan tertentu. Korang doakan Sarah boleh kejar ya.

Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre

Overall best tuisyen online dengan Fly High Training Centre ni, cikgu-cikgu amat dedikasi , memahami dan up to date dari segi penyampaian mereka. Memang anak-anak enjoy setiap kali kelas bersama cikgu-cikgu tuisyen online ni.

Kesan Tuisyen Online : Kelas OPTIMA untuk darjah 5

Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre

Bagi Along, ni banyak aku sebagai ibu nak share. Sebab serius nampak perubahan positif pada diri dia.

Kelas Hafazan dan UPKK

Untuk kelas hafazan dan UPKK nak bagi tahu memang kelas dengan Fly High memang banyak membantu. Walaupun bertukar ustazah pada peringkat awal kelas, tapi syukur alhamdulillah mereka bawakan guru-guru yang tidak kurang baik dalam pengajaran. Syukur anak pun serasi.

Untuk kelas hafazan, mereka di tasmik seorang demi seorang. Syukur, itu yang kalau dirumah anak jadi guru pada maknya dalam membetulkan bacaan ayat alquran. Syukur alhamdulillah.

Bagi kelas sirah dan kelas-kelas berkaitan UPKK , ALHAMDULILLAH. Bilamana kelas ni advance kedepan, ada 2 way communication, anak suka sangat. Along dah mula serasi dengan guru-guru yang mengajar. Begitu juga dengan kelas Matematik, Bahasa Melayu , Sains dan Bahasa Inggeris , sungguh nampak perbezaan sebelum dan selepas kelas.

Jika pada Disember 2020, Alogn pemalu, dia rasa rendah diri berada dalam kelas . Tetapi setelah 4 bulan secara terus berada dalam ‘circle’ ini, mereka macam ada wave yang sama, yang mana masing-masing nak berusaha untuk berjaya. Along pun jadi sangat berdisiplin dalam pelajaran.

Sebagai seorang mak, yang best tu, bila Along balik sekolah, dia boleh update pelbagai cerita dan kemampuan dia menjawab dalam kelas. Bermakna, kita sebagai mak ayah ni biar je anak belajar secara online. Ia ibarat buat revision awal sebelum kelas formal di sekolah. Bila 2 / 3 kali mengulang dan telah berbincang tentang soaalan-soalan UPKK itu sendiri, anak jadi yakin dan dia boleh ingat setiap butir yang dipelajari.

Kelebihan kelas TUISYEN ONLINE

Masa Bermanfaat

Masa anak terkawal. No ML, no games no youtube sehingga terlajak masa, tapi kena pantau, make sure phone memang guna utk jawab quiz izz bukan melencong ke ML k. Secara langsung semasa hujung minggu, mereka mengulangkaji pelajaran secara istiqamah.

Kemahiran Komputer

Bila setiap hari mereka bermain dengan komputer secara tak langsung anak jadi mahir dengan penggunaan komputer dan juga aplikasi terkini seperti Zoom dll. Along dah darjah 5 memang la cekap, tapi Angah yang darjah 2 pun boleh catch up cara penggunaan Zoom. Syukur , ini adalah kemahiran luar kelas yang mana bila sentiasa di praktis akan memudahkan mereka kelak.

Pelbagaikan kemahiran pembelajaran

Bila belajar dengan banyak guru, macam kita la juga ada fatwa yang berbeza, ad ayang mudah dan ada yang sukar. Jadi dalam kelas dengan Fly High Training Centre ni, cikgu-cikgu banyak bagi fatwa / atau tips yang memudahkan anak-anak menjawab peperiksaan. Jadi ini meyakinkan Un sebagai ibu untuk teruskan sessi Along dan anak-anak yang lain.

Kesimpulannya

Sebagai mak ayah yang bertanggungjawab keatas anak-anak , kita semua kena terapkan prinsip pada anak-anak yang berehat adalah takkala masuk ke syurga kelak. Selagi bernyawa dan bernafas, selagi itulah hidup kita perlu belajar, istiqamah dalam mencari ilmu bermanfaat dan niat untuk jadi insan berilmu demi agama , bangsa dan negara. Hanya orang berilmu yang akan dipandang tinggi kerana akhlak dan ilmunya. InsyAllah.

PUSAT TUISYEN ONLINE FLY HIGH TRAINING CENTRE

10 thoughts on “Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre”

  1. Memang terbaik Fly High. Anak² semua join sini sebab pendidik bukan calang². Sangat berpuas hati. Sebelum ni anak² join class lain tapi lebih kepada buat latihan tapi di Fly High .. two way communication dia superb !! Anak² pun suka

  2. Alhamdulillah. Seronok baca perkembangan positif pada anak-anak. Moga akak pun akan ada rezeki lebih untuk bagi si kembar 3 ni join tusyen ngan Fly High juga, Aamiin

  3. Memang bagus anak tuition kat Flyhigh ni, komunikasi 2 hala dia terbaik. Cikgu-cikgu nya berpengalaman dan bijak mengajar secara online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge