Kedai Spec Sg Wang | Menitis air mata seorang ibu, bukan kerana anaknya. Tetapi ketulusan seorang makhluk tuhan yang hadiahkan mak spek baru.Dah lama mak berhajat untuk dapat spek baru. Kami balik kampung pun tak sempat nak p buat. Minggu ni mak mai KL, maka dah niat untuk buatkan spek.baru sebagai hadiah birthday mak ke-69.Hari ni bawa mak ke Kedai Spec Sg Wang. Masuk je..terus mak pilih yang berkenan.
Dah pilih design terus William Check power mata. Check power mata, ting tong ting tong. Siap.. Patut mak cakap spek mata dia dah kelabu. Sebenarnya power dah naik. Rabun jauh, daripada 125 power, sekarang dah 300+.
Selepas ambil ukuran power secara detail tak lama lepas tu siap la sessi mengukur. Tak lama lepas tu, William cakap ..
“Nanti bawa Makcik jalan-jalan, 40 minit, datang ambil…” “Ok..”
Kedai Spec Sg Wang ; bayaran boleh dilakukan secara transfer juga.
Kalau anda kesini, bayaran boleh dibuat secara online. Kat sini ada disediakan cara bayaran melalui Instant Transfer. Mudah – cashless di Kedai Spek Viral Sg Wang.
Masa nak transfer bayaran , ada seorang yang budiman datang… ” Saya belanja makcik….”Mak tak percaya, aku lagi tak percaya…”Ya, pegi balik….sayang makcik…!” Kami kena halau okay. Rezeki tak disangka-sangka. Alhamdulillah.
Best birthday gift .. senyuman yang tak boleh di jual beli.
Melihat orang yang kita sayang tersenyum gembira, inilah kebahagiaan sebenar. MasyaAllah rezeki Allah beri melalui pelbagai cara dan melalui pelbagai jalan dan perantaranya orang lain. Rezeki tak diduga, Allah swt maha baik , maha penyayang. MasyaAllah. Alhamdulillah.
Rezeki melalui pelbagai jalan ;
Allah, rasanya ini birthday gift paling menggembirakan mak.. masih terkejut, memujiĀ² insan tersebut. Semoga dia yang belanja di murahkan rezeki dan berlipat ganda rezekinya. Mak pun puas hati..tak habisĀ² memuji dan mensyukuri. Orang tua sekali dapat benda yang tak disangka…terkedu dia. Terima kasih wahai makhluk Tuhan yang baik budi dan menyantuni mak. Rezeki mak dapat.spek, rezeki kami kewangan…Allah… sedih sedih..Syukur syukur. Murah sangat rezeki kami sejak kebelakangan ini.
Lokasi kami pergi : Eye Pro Vision, G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook : Eye Pro Vision
Bestnya. Rezeki mak. Happy Birthday Mak