Peluang pekerjaan bersama i-REHAB ; untuk semua golongan

Pandemik COVID-19 pastinya memberikan impak yang sangat serius kepada mereka yang hilang mata pencarian. Namun ada pelbagai ruang lain yang boleh diceburi oleh mereka yang terkesan dengan isu pandemik Covid-19 ini. Salah satunya adalah peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh i-REHAB. Pihak mereka amat mengambil berat dan ingin menawarkan peluang pekerjaan 2020 kepada mereka yang terkesan dengan COVID-19 dan berminat untuk bersama-sama i-REHAB.

Latihan Dan Pekerjaan di i-REHAB

peluang pekerjaan
https://irehab.com.my/

Mungkin kerana kekangan kewangan, ada antara surirumah atau ketua keluarga sendiri yang ingin keluar daripada kesempitan kewangan. Dan di sini, mereka menawarkan latihan penjagaan orang tua. Tidak memerlukan pengalaman, tetapi kemahuan adalah antara faktor yang dititikberatkan.

Tanpa mengira latar belakang, taraf akademik terdahulu, latihan dan peluang pekerjaan ini dibuka untuk semua peringkat. Cuma seperti dikatakan awal tadi, kemahuan, kehendak dan kesediaan adalah penting untuk bersama-sama membina kerjaya disini. Ini akan mendorong kepada kefahaman dan kejayaan peserta yang mengikuti latihan disini.

Peluang Pekerjaan, Latihan dan Kursus :

Di sini bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk check up, tetapi menyediakan latihan kepada orang ramai untuk meningkatkan kemahiran dalam penjagaan kesihatan terutamanya warga tua. Peluang yang ditawarkan mungkin berguna kepada mereka yang mencari peluang pekerjaan dan mungkin latihan yang disediakan pula berguna kepada anak-anak yang inginkan kemahiran profesional untuk merawat dan menjaga orang tua dirumah mereka.

peluang pekerjaan

Pihak iREHAB mengadakan kursus latihan pengasuh sehari di iCenter dan iHome iREHAB. Bayaran kursus hanya RM70.00 seorang dan jika anda berjaya selesaikan semua task yang disediakan, anda akan diberikan peluang untuk bersama-sama mereka dalam membina kerjaya sebagai pengasuh orang tua. Peluang ini juga terbuka kepada majikan yang mungkin ingin menghantar pengasuh orang tua mereka untuk gilap kemahiran sedia ada. Ianya adalah satu kursus yang baik dan berguna kepada semua lapisan masyarakat.

Bagaimana cara untuk hubungi iREHAB ?

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi IREHAB di di 012-9061690 atau 017-9880324 untuk membuat temujanji. (T&C apply). Dan layari laman sosial dan website mereka untuk maklumat lanjut.

Fb : https://www.facebook.com/irehab.neurocare/

Ig : https://instagram.com/irehab.neurocare?igshid=19j8hbj6x7oit

Web : https://irehab.com.my/

3 thoughts on “Peluang pekerjaan bersama i-REHAB ; untuk semua golongan”

  1. Mula-mula terfikir, kalau takde pengalaman macam mana nak kerja kat tempat yang macam ni? Rupanya siap ada sediakan latihan. Sangat membantu mereka yang memerlukan pekerjaan.

  2. Bagus juga ada pusat yang menyediakan peluang pekerjaan dan training. Ramai yang dibuang kerja masa wabak Covid-19 ni. Bolehlah mereka cari peluang tambah pendapatan kat sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge