Law of Attraction …jangan takut berimpian sebab ianya doa dan PERCUMA

Hari ini aku buka buku² lama, and perkara utama aku realize adalah tarikh kenaikkan pangkat aku daripada Inspektor >> ASP.

Rezeki setelah 12 tahun dapat perkhidmatan PDRM.

Allah.. benar pada 23 September, cuma tahun berbeza. benar janji Allah, bersangka baik. Lambat atau cepat kalau rezeki Allah swt dah tentukan kita pasti dapat, apa sahaja yang didoakan.

Lagi tentang impian >

Un pernah buat vision board yang nak beg , nak jalan-jalan dsbnya.

Ini Un buat tak lama dulu
2018

Ini adalah pies board atau dream board UN. Selepas tengok balik board ini – banyak yang dah capai. Kalau dulu tulis nak beg tangan bonia je.. tapi Allah bagi rezeki lebih daripada apa yang cukup.

Tahun 2020, UN dapat 6 beg berjenama. Yang tak mahal mana, tapi berharga juga nilainya selepas dicampur-campur. Maka, minta sahaja dengan Allah swt dengan doa, dia tak bagi 1..tapi bagi lebih daripada satu.

Sama juga dengan jam. Un minta nak beli ja, atau nak jam baru dalam gambar tu, tapi Un dapat 2 jam baru. Akhir 2019 dapat 1 jam Bonia , dan awal 2020 dapat 1 jam Fossil. Allah malunya dengan Allah.

Dalam PIES ini UN tulis nak p KRABI.. Allah swt makbulkan impian UN. Allah ini pun antara doa-doa UN . Percutian ke Krabi . Bukan setakat Krabi, tapi Allah swt izinkan kami sampai ke Singapore pun. Dan 2020 juga aku dapat komputer baru untuk kegunaan harian, walaupun dalam dream board adalah laptop, tetap Allah bagi yang lebih baik daripada apa yang aku rancangankan.

Allah.. i wanna keep writing. InsyaAlah.. aliran otak, hati,jiwa dan pergerakkan akan drive aku kepada kekayaan dunia dan akhirat. amin.

Semoga satu persatu impian yang UN lakarkan dan kalian juga lakarkan akan dimakbulkan oleh Allah swt. Amin

8 thoughts on “Law of Attraction …jangan takut berimpian sebab ianya doa dan PERCUMA”

  1. Biasa baca kejayaan vision board menjadi kenyataan dari website mat saleh je. Rupa-rupanya ada juga versi tempatan. Tahniah kepada kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge