Pengalaman Menyusukan Anak ; pengalaman berharga

pengalaman menyusu anak

Assalamualaikum semua, apa khabar… dah anak-anak besar ini kan, rindu pula nak cium bau baby Un ni dah pencen bersalin, tapi kalau ada baby suka je. Sampaikan ada cakap kat suami nak baby, tapi tak mahu bela nak gomoi je. Hehehe boleh gitu kan. Dan sebabkan rindu sangat bau baby , un nak share pengalaman UN menyusukan anak-anak seramai 4 orang. Setiap orang tak sama, tambahan lagi anak yang pertama. So, jom throwback pengalaman menyusu anak dari anak 1 hingga 4.

Pengalaman Menyusu Anak Pertama

Ini anak pertama UN – 2011 , Along lahir 2010

Cerita pengalaman anak pertama, masa UN bersalin tu bersalin di hospital swasta sahaja. First time husband cakap carilah doctor perempuan selagi ada. Kalau ikutkan di Perlis, masa tu mana ada hospital swasta yang besar atau yang bagus. Sekarang barulah ada KPJ. Maka, bagi UN Klinik Bersalin Dr Suraya adalah yang terbaik masa tu. Tu bab bersalin, kalau throwback memang best, nanti kita throwback ya. Masa mula-mula nak menyusukan anak pertama, ingatkan senang la.. letak je terus anak ngap! Gitu… rupanya ya betul anak memang capai putting mama dengan cepat, tapi isunya susu tak ada. Kesiannya kat Along masa tu, dah tu mula la UN pun sedih. Ingat lagi saat tu. Masa mula-mula alami keadaan tu , orng tua suruh urut la , suruh demah dengan kain la. Macam-macam tips 11 tahun lepas. Tapi..

Sambung, tapi tak berhasil mana. Ini untuk diri UN la, tips orang lama tak berapa menjadi. Makin lama, susu makin merudum. Akhirnya, bulan keempat dah mula bagi Along FM. Sedih sangat siapa yang lalui saat ini kali pertama pula tu. Niat kita dah cantik, tapi sebab tak ada ilmu tak berjaya menyusukan anak dengan sepenuhnya. Masa tu masih tak reti nak cari milk booster , al maklumlah baru kali pertama dan tak reti bab nak research-research ni.

Pengalaman menyusukan anak ke-dua

Anak ke 2 – 2013

Ini tak ada nak sedih-sedih sebabnya UN berjaya susukan anak sehingga 2 tahun. Bukan sebab masa tu UN cuti tanpa gaji, tapi sebab UN betul-betul usaha, tapi perit lah juga. Kena jaga makan dan minum, emosi dan pelbagai aspek lainnya. Kena ada usaha jugalah kan. Masa awal-awal tu sebabkan nak susu banyak, maka UN pam kerap la, usaha masih ditakuk lama, taka da ilmu khas. Sedih juga, tapi hasil bacaan daripada google dll, akhirnya boleh la, tapi walaupun UN menyusukan Angah sehingga 2 tahun, tapi campur dengan FM juga.

Anak ke-3 dan ke-4

Un sikit frust ..sebab tak bersungguh-sungguh masa anak ke tiga dan keempat. Bila anak-anak dah besar baru menyesal tau…so kalau korang yang baca ini ibu muda yang juga first time juga nak menyusukan anak buat sungguh-sungguh. Peluang datang sekali sahaja dan pengalaman menyusukan anak untuk kali pertama adalah sangat mahal nilainya. Untuk ibu yang berhajat nak breastfeeding anak make sure korang beul-betul dapatkan ilmu.

Okay , ni mahal ilmunya nak share . Selain daripada pengalaman menyusukan anak UN masih lagi mencari ilmu bab menyusu kan baby ini. Dan setelah 12 tahun perkahwinan dan kini anak-anak UN dah besar UN masih suka timba ilmu bab ini. Nursing journey adalah suatu yang sangat menggembirakan, malah kalau baca daripada perkongsian pakar, masa kita dengan anak masa mereka kecil itu adalah bonding time paling berharga. Un dah lalui saat itu, ada bukan lah nak kata menyesal 100%, tapi setakat itu sahaja rezeki UN menyusukan anak.

Milk Booster Cadangan UN – Melkful daripada Pump It Malaysia.

Cubalah, UN sekarang pun apply juga Breast Oil ni.

Kini, yang UN baca antara milk booster yang bagus adalah Melkful, Pump It Malaysia. Ini pun mudah je nak uruskan supaya susu banyak dan meriah. KAlau tak betul-betul urus, susu yang melimpah boleh sebabkan sampai bengkak susu tau. Jadi, bila sapu kena pandai uruskan masa. Maknanya, masa untuk direct breast feeding dan juga waktu pam. Sangat berbaloi untuk ibu-ibu yang alami susu merudum , korang sapu je boleh bagi susu meriah. Kita sebagai ibu kena usaha, korang yang masih ada chance buat yang terbaik untuk baby. Un rasa tak lengkap dengan apa yang UN lalui, so kedepan siapa yang Tanya pendapat pastinya UN akan suggest guna Melkful daripada Pump It ini.

 Ibu-ibu bekerja pula kena lebih rajin untuk mengepam. insyAllah jika usaha betul, korang takkan alami penyesalan macam UN. So, siapa yang tengah pregnant, korang boleh baca lebih banyak testimoni Melkful di website : http://www.milkwithlove.com.my/product/melkful/ . Testimoni yang diberikan original tau. InsyaAllah mereka amat menjaga daripada kesucian dan halal haram dalam nmeniaga. UN sangat yakin dengan product ini. Kalau korang rasa bermanfaat, share juga entry ini ya.. supaya lebih ramai ada kesedaran untuk bf anak-anak. InsyaAllah. –aqiqah

Layari :

 Facebook : Pump It Malaysia

Instagram : Pumpit.Malaysia

20 thoughts on “Pengalaman Menyusukan Anak ; pengalaman berharga”

  1. saya anak 2 orang, anak pertama tak menyusukan dia pun. Anak kedua baru la merasa dapat susukan anak. Memang rasa menyesal masa anak pertama tu tak bersungguh.

    1. Kan, samalah saya menyusukan anak pertama sekejap je..sedih juga tapi bila dia besar, lebihkan bonding dengan dia. insyAllah anak2 ingat kita.

  2. Mudahnya ibu-ibu zaman la nih! macam-macam produk ada boleh support sedikit-sebanyak.
    Mrs. A anak pertama pun sama tak berapa nak berjaya sangat tapi takpelah dapat juga bagi anak sulung tu susu badan. Aryssa dan Adik alhamdulillah 2 bulan tu memang full breastfeed tu je mampu bila dah kerja tak dapat dah sebab anak-anak tinggal kat kampung weekend je jumpa anak-anak.

    1. tu la rezeki anak-anak lain kan..harap apapun mereka besar nanti bonding dengan kita masih ok dan baik sehingga akhir hayat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge