InspektorMama

Mohon doakan dipermudahkan urusan kami hari ini (30/3/2020)

Kepala mula pening sejak 25/3/2020. Hari polis aku dan suami dihadiahkan dengan berita yang aku rasa amat tak patut.

Hari ini (30/3/2020), catatan FB : Dengan sebak didada, air mata berlenangan…kami suami isteri mohon doa daripada kalian. Selamatkan kerjaya kami, selamatkan rumah tangga kami.

Dalam mencari rezeki yang halal, kami tak terlepas daripada aniaya dan sifat dengki manusia. Berada dalam lingkungan masyarakat yang berkuasa .. malah tak kurang mementingkan diri. Walaupun kami tidak mencuit sesiapa, ada kalanya “diam” itu ditindas. Di pijak…Hilang rasa pertimbangan. Hilang pedoman, tak boleh nak bezakan antara dua.



Allah.Sesuatu yang tak dirancang…menerpa..sesuatu yang diluar kawalan tiba, sesuatu yang tak dijangka muncul. Kami sedang cuba mengatasinya..dengan bantuan rakan taulan. Dengan doa kalian bantulah kami..bantu kami keluar daripada isu yang melanda.


Setiap kesusahan pasti ada jalan keluar.
Setiap yang allah swt timbulkan pastinya ada hikmah. Doakan.

SalamDhuha

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge