InspektorMama

Majlis Apresiasi IPD Kajang ; Hadirmu satu inspirasi, pergimu mencurah bakti

Hadirmu satu inspirasi, pergimu mencurah bakti. Serius suka sangat dengan tema majlis apresiasi ini.Majlis telah diadakan di Bangi Avenue Convention Center ( BACC ) .

Tema ” Hadirmu satu inspirasi, pergimu mencurah bakti”. Majlis diadakan adalah bagi meraikan para pegawai, anggota dan juga pegawai awam yang bertukar ke kontinjen lain dan yang telah menjalani persaraan. Dan UN aalah tetamu antara yang diraikan.

Hadirmu satu inspirasi, pergimu mencurah bakti

Diatas penghargaan dan terima kasih, YDH KPD Kajang telah menyampaikan cenderahati kepada semua yang diraikan sebagai tanda penghargaan dan juga untuk dijadikan sebagai kenangan di masa akan datang.

Daripada ucapan KPD ; YDH KPD Kajang mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas jasa dan bakti kepada semua yang diraikan kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut. Jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh semua yang diraikan akan terus tersemat dan menjadi kenangan abadi dalam IPD Kajang.

Peneman di Majlis Apresiasi IPD Kajang

Ya, bagi aku sepanjang 1 tahun aku di IPD Kajang, sangat lah aku belajar banyak perkara. Daripada nilai kerja sehingga nilai kepada sebuah persahabatan. 🙂

Simpan sini sebagai kenangan. IPD Kajang dalam kenangan. Mungkinkah aku kembali kesini? Throwback : KAJANG,21.Feb 2020

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge