2 kali diploma Sambung belajar diusia tua
UMCCED

First presentation individu ; sem pertama DESS 2019/2021

Alhamdulillah cabaran dan dugaan yang pertama aku berjaya lalui dengan jayanya. Ianya berkat daripada doa mak aku, suami dan support daripada anak-anak juga. First presentation aku secara individu adalah bagi subjek Research Method. Tajuk yang perlu di bentangkan adalah Kajian Etnografi.

First presentation individu WAJIB prepare awal!

Aku jenis kena siapkan tugasan awal. Aku buat preparation bagi pembentangan ini sejak cuti mid sem pada 4-10/Nov/2019 lalu. Walaupun masa cuti sem tu berjalan sakan ke Samila Beach dan ke Asean Night Market, tapi hari-hari terakhir sebelum habiskan cuti, aku prepare tugasan yang diberikan.

Sambung belajar diusia tua 30an aku lebih baik
Tq Lt. Komander jagakan slide ketika turn aku.

3/12/2019 – Selasa pagi tu, kalau nak ikutkan ada ujian mid sem bagi reseach method. Namun, Prof Datin Sabitha anjak ke minggu depan. Jadi, minggu ini kami present sahaja.

2 kali diploma Sambung belajar diusia tua

Aku orang yang ke 18 daripada 20 untuk pembentangan pada minggu ini. Syukur, walaupun aku antara list terakhir, tapi Prof masih beri tumpuan kepada topik aku. Last, bila aku selesai present, terus Prof maklum kepada kelas, aku dapat 10/10. Ya Allah syukur sangat. Penting tu, nak bawa ia sebagai carry mark!

Kawan sekelas memainkan peranan penting:

Ini penting, saat aku membentangkan topik, tak dinafikan memang sejuk tangan kaki. Tetapi bila dah mula berhujah, hilang debaran tu. Dan, bila aku pandang ke depan, aku nampak kawan-kawan aku yang 39 orang lagi.. mereka diam..mereka sedang memberikan tumpuan pada aku dan pembentangan aku..

Ya Allah, inilah sebenarnya yang menjadikan segalanya mudah. Tumpuan kawan-kawan seolah-olah memberikan gambaran kepada pensyarah bahawa persembahan aku di fahami. Sukur sangat. Thanks kawan-kawan, aku akan ingat sejarah ini dan simpan dalam lipatan sejarah aku sendiri. Aku masih ingat sehingga saat ini, wajah-wajah mereka dan reaksi mereka. Thanks kawan-kawan.

Sambung belajar diusia tua
Sambung belajar diusia tua
presentation Projek Kepolisan Jenayah – Comunity Policing

NEXT; 5/12/2019 Hari Anniversary aku, aku dan kumpulan success ada 2 presentatiom. Pertama video Pengajian Malaysia ke dua , pembentangan projek bersama KRT. Syukur, dalam masa 2 hari selesai 3 presentation. Kelemahan itu datang daripada kami sendiri dan kelebihan itu dengan izin Allah swt.

Bagi yang membaca entry ini, doakan aku berjaya grad dengan menjadi pelajar cemerlang DESS 2019/2021 dan dapat naik pentas khas untuk pelajar cemerlang DESS 2019/2021. Amin.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge