EJEN ALI THE MOVIE
Travel

Ejen Ali The Movie – tak menyesal bawa anak

Hi… ehm nak kata penangan Ejen Ali ini, dah berbulan rasanya si along bagi tahu Ummi. Depa dah jadi kaki wayang la juga, lepas tengok upin ipn, boboiboy laa.. dah bijak meminta..hahaha. Nak tengok Ejen Ali ni boleh kata setiap minggu Along remind Ummi pasal movie ini yang ditayangkan mulai 28 November 2019.

Jadi, hari Khamis 28/11/2019 tu awal pagi aku dah buka apps GSC nak booking tiket. masa tu banyak lagi seat kosong. Memandangkan nak bawa ibu pengasuh dan anak-anak, jadi kena tunggu green light daripada ibu.

Tengahari ibu comfirmkan yang Kak Long, anak ibu yang tingkatan 3 tak nak ikut. Jadi, kebetulan petang Khamis aku ada presentation kelas, jadi tak dapat nak beli online tiket. Balik je asrama, dalam jam 5.00petang(dalam apss tulis 457pm), aku booking tiket. Tapi sebelum tu nak booking tiket kat IOI Mall, Sabtu full, Ahad lewat sikit pun full…fuh cekap betul orang membeli tiket!

Rezeki juga dapat tiket di Alamanda – kos untuk 3 dewasa 6 kanak-kanak RM123.60 -harga tiket RM69.60 , E-combo RM30.27, booking feesrm4.50, service tax RM1.83 dan ent tax RM17.40 .. Redha jadi rakyat bertanggungjawab bayar tax lebih :).

Ejen Ali the movie – GSC Alamanda

Rezeki kami dapat tiket paling awal pada AHAD 1/12/2019 jam 920pagi. Ehm, okaylah kan, semangat anak-anak nak layan awal pagi, tak adalah mengantuk dan letih waktu pagi macam ni.

Hari yang dinantikan tiba, kami bergerak ke Alamanda jam 830pagi. Dah pesan pada ibu makan siap-siap sebelum gerak.

Memang Ejen Ali the movie ini pilihan ramai. Kami sampai Alamanda tu, memang dah ramai beratur nak tengok wayang. Hebat betul filem ini.

Kesimpulannya, filem ini sangat baik, dan aku bagi rating 4.5/5. Kalau memikirkan jalan cerita mungkin sukar anak nak faham, tetapi kalau emosi dan presentasi sangat baik.

Malah, moral dalam movie ini banyak : antaranya bangun semula setelah gagal. Kalau terus menerus meratapi kegagalan kita takkan berjaya.

Habis je tengok movie kami ke Satay Willy , makan dan balik boleh terus berehat. Alhamdulillah semua seronok, next boleh layan movie lagi ramai-ramai macam ni.

Well done anak Malaysia yang berjaya buat movie sebaik ini. Tahniah. Kami tunggu cerita aksi untuk kanak-kanak lagi. Sekali lagi tahniah Ejen Ali berjaya pecah rekod kutipan tayangan hari pertama yang tinggi. Tahniah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *