Cara beli jiwa anak-anak yang ditinggalkan

Bercakap tentang masa, rasa masa sangat cepat berlalu. Adakalanya aku terpaksa tumpu kepada pelajaran. Namun anak-anak juga tak boleh diabaikan. Jadi, ini cara aku beli jiwa anak-anak yang ditinggalkan ketika cuti sekolah ini. Nak buat macamna,aku nak exam, dan anak-anak pula cuti sekolah..jadi kena berkorbanlah. 🙂

Hari Sabtu tu kami bangun awal pagi, dan decide nak ke KLCC jalan-jalan. Kalau dududk rumah pun terkurung sahaja. Dan memang gerak awal lah, jam 9.00 pagi lebih kurang kami dah gerak. Janji nak beli mainan, jadi kami parking di AVENUE K dan ke DIY yang terletak di first floor Avenue K.

Si Kakak SARAH dapat la seekor kawan baru. Dan Along dengan Angah tiba-tiba tukar fikiran nak beli kereta control. Ikutkan tak ada dalam list bajet, tapi memandangkan aku pun banyak tinggalkan mereka, dan aku akur..supaya ada give and take, aku belikan juga. tapiii..asa syarat ..:)

Owh yaaa, adik dapat 2 ekor binatang peliharaan baru. Singa dengan harimau bintang. Katanya, nak balik buat jurassic park dengan dinasour dan juga haiwan-haiwan lain yang ada di rumah.

KLCC – Jalan kaki sahaja dari AVENUE K.

Niat nak cari kemeja baru, tapi masuk Uniqlo tak ada yang berkenan, masa tengok di H&M pun tak ada yang aku suka. Ada lah yang kotak-kotak gitu, tapi kurang sesuai pula. So pergi lah ke KLCC, dengan mood anak-anak masih nak mencari mainan, jadi lepas jalan-jalan seketika kami pun decide nak balik dan pergi chowkit. 🙂 Situ la banyak pilihan.

Tercapai hasrat anak-anak nak kereta control. tapi bersyarat.. Along kena mahor matematik, then Umi nak gandakan usaha.

Ahad- riadah dan …

Tibalah hari Ahad, dengan rasa penuh hormat rasa syukur bila suami nak hantar awal ke asrama. Serius, itulah satu pengorbanan, bila suami sanggup jaga anak-anak, demi si isteri yang nak belajar. thanks sayang.

Inilah cara aku beli jiwa mereka. Walaupun tak dapat beli 24jam bsehari, tapi aku doakan masa yang singkat ini berkat untuk ami sekeluarga. Amin

Tiada jalan lain nak berjaya melainkan usaha yang gigih. 🙂

Semoga dalam aku kejar impian sendiri, anak-anak dan keluarga takkan di abaikan. Semoga usaha aku direstui suami dan anak-anak serta doa mereka Allah swt terima dan makbulkan doa aku. Amin.

7 thoughts on “Cara beli jiwa anak-anak yang ditinggalkan”

  1. Semoga kita semua diberi masa yang panjang untuk sama sama mendidik ank anak menjadi anak soleh solehah. Insyaallah aamin aamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge