anniversary ke 10 tahun makan burger
Umminani

Anniversary ke 10 tahun, rumah tangga kekal sweet…

Syukur, bahtera rumah tangga kami tahun ini cecah usia 10tahun. Dan tahun 2019 tiada sambutan anniversary ke 10 tahun yang besar-besar. Kami delay ke tahun depan, masa aku cuti 3 minggu. 🙂

ANNIVERSARY KE 10 TAHUN

Bagi menghargai satu sama lain, kami memilih untuk tengok wayang. Dan semalam adalah masa yang ada. Tengah trending Jumanji 2019, jadi kami memilih untuk dating bersama. Ingat JUMANJI taklah menjadi rebutan macam Ejen Ali, fuh..nak booking kat IOI Mall penuh pada Jumaat lepas. Dan masa aku nak booking, aku pilih pula Leisure Mall Cheras, tak jauh dari Maktab, haaa ni masa 450 pm tu hall masih kosong. Syukur, maybe..maybe okay… orang Putrajaya banyak layan movie kot, tu panggung GSC tu penuh je!

Menu anniversary ke 10 tahun

JANGAN serius sangat. Kami sambut dengan apa yang ada, burger pun burger lah kan.. Namun wajib ada masa untuk meraikan bersama.

Dalam kesibukkan aku dengan task dan assignment, aku masih hargai suami dan anak-anak. Suami aku penguat semangat aku.. kalau tidak aku tak tahu samada aku masih di maktab bagi pengajian DESS ini atau tidak. Thanks sayang.

Sebabkan waktu petang gini perut pun dah lapar, kami memilih untuk makan Burger King. Seronok tu, rupanya E Wallet Touch N Go, ada buat promotion. Belian ala carte burger Whooper dan burger ayam dapat hanya RM2.50. 🙂 Kami makan dulu dan lepas tu kami balik.. sesekali dapat berdua best juga.. 🙂

Anniversary ke 10 tahun – terima kasih mak ayah

2009

ALFATIHAH – semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang soleh. Amin. (2009 – Suami masih besar , si isteri kecil. 2019 terbalik daaa..hahahah!) Manusia boleh berubah.

2019

Doakan rumah tangga kami bahagia dan dilimpahi rahmat oleh Allah swt. Terima kasih pada rakan-rakan yang terus mendoakan kami dan keluarga. 🙂 Doakan anak-anak kami juga menjadi anak yang soleh dan solehah. Malah, ibu bapa mereka juga dapat jadi contoh dan inspirasi kepada mereka dan masyarakat. Salam bahagia.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge