• McDonald's dekati masyarakat
    Review

    McDonald’s dekati masyarakat di utara tanahair dengan sumbangan lebih RM500,000

    Peris Indera Kayangan…wah inilah negeri Un dilahirkan. Syukur, McDonald’s tidak lupa dekati masyarakat di utara tanahair dengan sumbangan lebih RM500,000. Merasa orang jauh nun di Perlis sumbangan yang disampaikan oleh McDonald’s. Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis menyaksikan McDonald’s Malaysia menyampaikan sumbangan berjumlah RM507,500 bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik di negeri ini. Pelbagai inisiatif diumumkan di bawah Program Komuniti yang dianjurkan, termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”. Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata : “Kami berhasrat mewujudkan impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi restoran kami. Komitmen kearah kesejahteraan masyarakat merupakan sesuatu…