SEMAK DENGAN BUKU
Umminani

Semak dengan buku takpa, jangan sampah!

Cuti sekolah menjelma lagi. Tahun ini cuti sekolah aku tak boleh bawa anak-anak jalan jauh. Maka, sebab kelas aku pun full, jadi aku hanya plan mereka habiskan masa dengan homework dan mewarna. So, aku bawa anak-anak ke Pesta Buku Popular Bookstore di MINES 2 untuk borong keperluan buku. Cuma aku remind anak-anak, korang semak dengan buku takpa, jangan sampah!

Popular Bookstore Book Clearance (2019)

Kami pergi ke Mines 2 malam (23/11/2019). Kebetulan Kak Cat bagitahu ada pesta buku , jadi terjah! Kalau Popular Bookstore Book Clearance (2019), ada jual buku agama, tetapi buku kanak-kanak tak banyak untuk bahasa Melayu. Buku untuk bahasa Cina banyaklah. Tetapi kalau korang memang suka beli buku English untuk anak-anak, yesss pesta buku Popular Bookstore amat berbaloi. Memang murah sangat. Harga boleh dapat 70% sales.

Aktiviti kat rumah, korang tengok sendiri okay.

Ha… setelah buku ada, inilah suasana rumah aku! Kprang jangan pengsan tau, inilah rumah inilah mini library aku dan family. Kami tak banyak mainan, malah aku sendiri hadkan penggunaan henset pada anak-anak. Jadi aku dan suami yang sokong anak-anak dengan buku + bersyarat korang jangan semakkan rumah . Asalkan buat kerja dengan elok umi okay jer untuk beli buku lagi.

Bagi aku, kalau anak-anak main pun dengan buku okay je,sebab pada masa yang sama boleh eratkan hubungan adik beradik. Opsss, korang jangan sangka baik setiap masa tau ada masa bertarik rambut juga.. hahaha. So dengan persamaan “kerja” mewarna antara mereka, aku boleh biarkan anak-anak duduk seketika kat meja ini dan bincang hal mewarna. So, sambil mewarna dan buat latihan mereka macam all group lah.

Oleh sebab UMI pun busy nak study dan siapkan assignment, jadi anak-anak pun samalah yer. Buku dah kat rak, Along kena “denda” dengan abah study hari weekdays. SEBAB utama, walaupun along kat kelas Bestari , SRAI tapi nak kekalkan kedudukkan kelas pertama bukan mudah. Nanti awal Januari, akan ada test untuk penentuan semula kelas bagi darjah 4.

ujian-kelayakan-srai-

Angah pula, dia pun baru je terima surat untuk orentasi Darjah 1 pada 26 Disember ini. So, sebabkan perjuangan bakal bermula, cuti akhir tahun 2019 ini adalah masa “berperang” dengan buku dan ujian. Doakan kami semua dapat result yang baik dan angah berjaya melangkah ke darjah 1 dengan jayanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *