UMCCED

PERJUMPAAN BERSAMA, KETUA PUSAT & PELAJAR DESS 2019/2021

Hari Selasa lepas19 November 2019 , kami tak ada kelas. Jadi, petsng jam1530 – 1700 hrs dibilik Kuliah DESS 2019/2021, kami adakan perjumpaan dan motivasi dengan YDH ACP Nor Ainin Binti Nuh, Ketua Unit Siasatan & Pendakwaan.

Kami seramai 40 orang pelajar DESS 2019/2021, semua tekun mendengar pesanan beliau.

Antara yang dinasihati oleh Puan Ainin adalah perkara berikut:

1) Sikap

1.1 Pegawai dinasihatkan agar menonjolkan sikap yang baik sebagai pegawai kanan dan pelajar. Bersyukur dipilih dan menjadi antara 40 orang pelajar DESS 2019/2021.

1.2 Libatkan diri dalam apa juga program yang dianjurkan. Termasuk PT dan perhimpunan kecuali jika ada kelas.

1.3 Ikut arahan yang diberikan, sebagai pelajar bertanggungjawab untuk patuhi setiap arahan terkini.

1.4 Berikan kerjasama kepada Penghulu dan Timb.Penghulu. Mereka medium penyampaian maklumat penting daripada Ketua Pusat.

2) Tingkatkan keyakinan diri.

2.1 Semua pegawai dinasihatkan agar tingkatkan keyakinan diri dan yakin dalam meneruskan pelajaran.

2.2 Jangan rasa rendah diri. Kekalkan momentum dalam belajar, maintain diri , emosi jaga. Cabaran dan ujian belajar untuk tidak berfikir. Bersedih itu normal sebagai manusia, tetapi jangan meratap kesedihan tersebut.

3) Sentiasa ada visi dan misi dalam pasukan

3.1 Pegawai dinasihati supaya setiap kerja yang dilakukan mesti bagus dan jangan merungut. Berusaha menjadi yang terbaik dan dengan cara tersebut akan dapat belajar ilmu yang baru.

4) Menjadi pegawai yang berilmu

4.1 Selain itu, pegawai dinasihatkan agar mencari dan mengaplikasikan ilmu sebaiknya setelah keluar nanti.

4.2 Pengalaman dan ilmu yang diperolehi dapat diadun supaya nanti menjadi satu gabungan yang bagus dalam menjalankan tugas harian.

4.3 Seterusnya, ilmu yang dipelajari seberapa dalam yang diperolehi akan dapat memberikan manfaat kepada PDRM selepas ini.

5) Makluman setiap pergerakan

5.1 Setiap pergerakan dimaklumkan kepada penghulu dan juga Ketua Pusat Pengajian. Utamakan keselamatan sepanjang berada di Maktab PDRM.

6) Surat Penjelasan

6.1 Sesiapa tidak hadir aktiviti akan berikan surat penjelasan sekiranya tidak sertai program.

6.2 Peringatan akhir daripada YDH Puan Nor Ainin, supaya tiada lagi berlaku kelompongan dalam kehadiran aktiviti. Jika masih berlaku, tiada kompromi daripada pihak Ketua Pusat untuk memaklumkan kepada Komandan MPDRMKL.

7) Do and Dont’s, arahan terbaru Komandan MPDRMKL

7.1 Tiada penggunaan telefon bimbit dalam kelas. Tidak dibenarkan menggunakan aplikasi wasap dan menjawab panggilan dalam kelas.

7.2 Tidak dibenarkan berjalan sambil bermain telefon di dalam MPDRMKL.

7.3 Hormati pegawai lebih kanan. Beri hormat ketika berjumpa.

7.4 Setiap pergerakan pegawai perlu isi pergerakan dan kebenaran. Bawa surat dan bukti tujuan pergerakan untuk pengetahuan Ketua Pusat. Pergerakan hari Jumaat, diselaraskan jam 3ptg bagi DESS 2019/2021.

Jika pergerakan awal daripada masa dibenarkan, Ketua Pusat tidak akan bertanggungjawab atas tindakan pegawai berkenaan.

7.5 Jaga disiplin dalam setiap percakapan dan komunikasi walaupun dengan sesiapa sahaja terutama jika berjumpa pegawai lebih tinggi pangkat di sekitar kawasan Maktab.

Penutup

YDH Puan Nor Ainin, menasihati pegawai bahawa pangkat bukan semata-mata untuk glamor, tetapi ianya satu tanggungjawab dan amanah.

Selain itu, pegawai juga dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh. Jaga otak dan pemikiran sepanjang belajar. Jangan lalai dan bertangguh dalam melaksanakan tugas.

Berusaha bersungguh-sungguh, solat jangan tinggal. Tuhan telah sediakan semuanya, jadi sebagai pelajar berusaha untuk mencapai setiap impian. Doa dan tawakal untuk capai kejayaan. Orang malas akan dibenci,  orang malas tidak beroleh apa juga yang diimpikan.

Katakan boleh untuk berjaya dalam hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *