mukjizat ayatr seribu dinar
Saya Ada Cerita

Ayat seribu dinar… percaya dan amalkan.

Kisahnya, aku ada pernah baca yang ayat seribu dinar ini akan berikan kita luas rezeki. Tapi makna dan hadis memang aku tak ada lah. Tapi aku amat yakin dengan apa aku dengar. Sejak masa tu, aku ajarkan anak-anak amalkan ayat ini. Awal-awal memang sukar nak hafal, tetapi lama kelamaan semua dah boleh hafal dengan lancar dan adik zakkir pun dah mula mengikut.

Kalau nak kata tak percaya, tak boleh. Sebab ayat ini ayat alquran. Cuma samada kita yakin dengan mukjizatnya atau tidak. Aku tak belajar mendalam bab ni, tapi aku amalkan.

Ayat seribu dinar dan “yakin”

Anak-anak pun dah biasa, terutama naik je kereta selain ayat Qursi dan doa naik kenderaan, mereka akan baca ayat seribu dinar. Dan mereka automatik akan ulang semula ayat ini , takkala sampai satu-satu tempat dan dalam misi mencari parking.

mukjizat dan keberkesanan ayat seribu dinar

Magical, ya magic sangat, kami mudah jer dapat parking. Kejadian terbaru, kami ke Pesta Buku@ Popular Bookstore Clearance 2019, sampai je Mines 2, anak-anak dah start berdoa. Dan aku teruskan misi mencari, masuk je kawasan parking terbuka kat Mines 2 tu, lepas bayar je parking RM2.00, tengok-tengok kereta yang tak jauh dari kami nak keluar. Dan kami berjaya masuk ke parking lot tersebut.

Nak cerita tu, dah la mudah dapat parking lot, dan rezeki pula tu nak jalan tak jauh. MasyaAllah, sungguh kami berharap pada rezeki dan ketentuan Allah swt. Dan kalau lidah dah biasa, insyaAllah keyakinan tu terus meresap ke jiwa tanpa kita sedar.

Ini baru sikit, banyak lagi kehebatan ayat ini.Dan kalau aku mencari di google, perkongsian saudara ini sangat baik bab ayat seribu dinar.. korang cuba baca untuk lebih memahami ye.. okay lah, setakat ini dulu…sama-sama kita amalkan ya. Ingat lepas solat, sambil jalan ke , kita amalkan sebagai zikir untuk jiwa dan semoga berkat daripada ayat ini memudahkan urusan dan rezeki kita hendaknya. amin

One Comment

  • Yatie

    Terima kasih atas perkongsian ni Ummi Nani. Setiap amalan kita memang kena berserta dengan yakin pada Allah atas kekuasaanNya kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *