Umminani

Sambutan Hari Kemerdekaan 2019 – ke 62 Malaysia.

Salam Kemerdekaan ke 62 Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!Tahun ini kami menyambut Sambutan Hari Kemerdekaan 2019, di Putrajaya. Tema sambutan tahun ini “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”.

Seawal 3.30pagi kami rancang nak.bangun…pusing kiri, pusing kanan benar-benar sedar 3.45pagi. Apa lagi, terus kejut sorang demi sorang untuk mandi. Ben orang pertama kena air, syabas! Tak melalak langsung kena air sejuk.

Next Angah, Along dan Sarah. Yes, semua beri kerjasama yang baik. Semangat nak pergi jalan-jalan kan…Yang susah jadi senang. 😁

Sambutan Hari Kemerdekaan 2019

Kami gerak dari rumah 430pagi. Awal tu, memang plan kena sampai awal.

Reason :

  • 1) Senang parking
  • 2) Mudah cari lokasi solat
  • 3) Tempat duduk yang berkerusi banyak pilihan
  • 4) Bebas memilih

Jadi, perjalanan awal pagi memang tak sesak. Kami sampai dalam masa 20minit ,ikut Highway. Aku pecut la….awal pagi segar lagi senang nak pecut.

Sampai je, ntah macamana tergerak hati ke Menara Ikhlas. Sebab lagi satu tips, masa keluar rumah anak-anak dah baca ayat qursi, ayat seribu dinar dan al fatihah. Faktor-faktor ini mungkin bagi kami rezeki parking, dan juga seating sangat selesa.

Aku terus menerpa ke seat yang disediakan. Serius memang banyak pilihan. Kosong banyak. Memandangkan senang nak keluar dan pergerakan keluar masuk, aku pilih duduk kat tepi sekali. Senang nak keluar beli makanan dan lain-lain hal.

Telatah candid – Along suapkan adik makanan

Bila tiba waktu subuh, aku dengan Along solat dalam bangunan Imegresen, pintu masuk ke tadika. Bukan surau pun, tapi kawasan terselindung. Yang penting, kewajiban solat dilaksanakan dalam apa juga situasi.

Stress juga duduk tepi sekali. Terganggu dengan sikap orang ramai yang datang lambat, tapi demand nak duduk kat seating yang anak-anak duduk.

Serius, bukan tak prihatin, cuma tak perlu kot nak korbankan apa yang anak-anak usahakan. Sebab mereka sendiri bangun seawal 3pagi demi untuk mencapai keselesaan. Sory kak sebelah kanan i yang mohon laluan.

Gelagat anak-anak sempat aku rakam. Boleh tengok di IG dengan #hashtag #UmminanixMerdeka. Seronok anak-anak selain menyaksikan perarakan Ejen Ali, Yaya, mereka juga excited tengok kereta kebal dan lain-lain perarakan badan uniform.

Cuma balik ke rumah baru sempat scroll twitter. Wahh, trending rupanya  Agong Kita & Permaisuri Agong. Mereka sangat menjiwai jiwa rakyat . Syabas.

Jumpa ex UiTM Arau –

sambutan hari kemerdekaan 2019

Owh, aku tak perasan yang belakangku adalah Kak Nor, ex-dia UiTM Arau satu ketika dahulu. sekitar tahun 2003.Seronok jumpa kawan-kawan lama. Kak Nor pun dah ada 4 anak. Sekejap je masa berlalu…😍

sambutan hari kemerdekaan 2019

Lepas diumumkan selesai, kami berehat seketika kat bawah pokok. Kebetulan kat tepi kami ada orang edarkan beg Hari Kemerdekaan. Jadi, sempat kami ambil dan beri pada orang yang lalu lalang.

Balik tu, syukur jalan tak jem sangat. Kami terus pergi makan nasi ayam penyet area orang jual Sate Emas. Kami beli juga sate emas, 30 cucuk, tapi kan…kan… sate tak cukup dua…dengan timun tak ada…bawang tak ada..haishh awatlah orang meniaga halai balai.

Nasi ayam penyet pun mengecewakan …apasalah macam ni😞. Biasa makan sedap je, bukan kali pertama p kedai tu, tapi kerap kot lunch kat situ.. 😫.

Begitulah cerita sambutan Merdeka 2019 kami. Tahun depan jumpa lagi, semoga Malaysia terus maju kehadapan menjelang tahun 2020.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *