review sangkar Khabir Bhatia
Review

Review Sangkar ; tidaklah seteruk yang diwar-warkan.

Hi guys, hari ni aku dengan.suami layan Sangkar. Aku dah cuti.ni ha…nak lapor ke Maktab PDRM tak lama dah. Suami aku pula, masih Mc. Kami pilih nak layan dan review Sangkar. Tak puas hati tengok review orang teruk sangat di you tube.. hahaha baik kita tonton sendiri. Lain orang lain pandangannya.

review sangkar Khabir Bhatia

Sebab dia bosan duduk rumah. Aku bawa la dia exercise kat IOI Mall City. (Tapi kan…. lepas tgk wayang .. dia dah krem tak boleh jalan lama.. huhuuu sebab tu la doktor bagi mc sayang oiii!).

review sangkar Khabir Bhatia DI IOI MALL CITY

Owh..ini kali pertama aku beli online tiket tau guna Apps GSC. Lepas register , akan dapat email. Korang klik je email tu. Lepas tu boleh log in terus ke apps GSC di telefon korang. Senang jer.. (nanti aku update caranya untuk korang yang tak tahu okay!) – Cara Beli Tiket Wayang Online

review sangkar Khabir Bhatia

Best tu, beli awal boleh pilih seat. Aku pilih seat B08 & B09. huhu..best kot…masa pilih seat memang aku orang first beli. Heaven kalau selalu dapat beli tiket macam ni. Beza masa kami layan Boboboi Movie2, huh! Duduk bawah sekali kot🤪

review sangkar Khabir Bhatia
  • Filem:Sangkar
  • Penilaian:9/10
  • Pengarah:Khabir Bhatia
  • Genre:Aksi & Keluarga
  • Pelakon:Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika & dan ramai lagi

Review Sangkar : Moral of the story

  • 1)Jangan sesekali rasa terlambat untuk taubat.
  • 2)Kalau tak pandai, kena kuat.
  • Kalau tak kuat kena pandai.
  • 3) Setiap yang berlaku pasti ada hikmah
  • 4) Ujian setiap orang berbeza. Hadapi dengan redha.
  • 5)pesan _ redha, kita tak.tahu apa yang allah tahu, dan kita tak tahu apa Allah nak bagi kita.
  • 6) Bagi peluang kedua untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja.Tiada siapa yang tak pernah tidak berbuat salah.

Bagi aku personally, aku okay je dengan filem ini. Ada elemen aksi dan kekeluargaan. Nilai kasih sayang di muatkan dalam video ini sangat memberikan impak positif pada jiwa penonton.

Sejauh mana kita sebagai manusia, maaf dan memaafkan adalah satu perkara yang akan memberikan kebahagiaan pada diri kita. Jadi, raikan setiap perkara dalam kehidupan. Sebab yang maha tahu hanya Allah swt. Dia beri sesuatu mesti ada sebab dan pasti ada yang lebih baik akan diturunkan kepada hambanya yang sabar dengan dugaan.

Ini review filem Sangkar UN, korang wajib tonton. Filem aksi setara dengan hollywood la kalau ikut jalan cerita. Lengkap, ada aksi, kekeluargaan, sosial dan juga nilai yang baik. Tahniah pada semua yang terlibat dalam filem ini.

Makan dulu sebelum balik – food court je pun.

Korang tahu tak kalau teringin nak makan tu walaupun tak sedap nak juga makan.. hahaha hari ini UN teringin nak makan Sizzling. Memang dah alam nak makan, so pilih food court IOI Mall untuk makan.

Si dia tak ada plan nak makan apa, so jalan sana sini dia makan western food. Kononnya macam berbaloi, bila makanan terhidang .. ehmm.. faham-faham je la..so better korang kalau nak makan pergi je makan kat Kenny Rogers bagi puas makan! Okaylah.. ini sahaja nak update hari ini. BYE!

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *