Cara hilangkan karies gigi anak
Umminani

Cara hilangkan karies gigi anak; apa itu florida

Karies gigi anak aku terutama angah terjadi sebab kesilapn aku ketika itu. Ya, aku masa tumemang harapkan bibik 24jam sehari uruskan anak-anak. Sebab tengok anak terjaga rapi, then dah tak ambil tahu lagi pasal anak,. Aku minta maaf sangat pada angah, itu juga mengajar aku supaya bijak didik anak selepas kejadian ini. Cara hilangkan karies gigi anak, aku share kat entry ini ya.

Cara hilangkan karies gigi anak

Aku akui memang masa ada bibik, kami wpun masa tu anak 2 orang sahaja, tak ambil tahu sangat bab anak. Yer la, masa tu pun masih awal perkahwinan kan, banyak nak kena belajar. Selepas angah, adik-adik kat bawah dah cerdik.

Punca karies gigi- ANGAH dulu suka minum dalam botol, dan pada usia 4 tahun baru berpisah dengan botol susu. wpun dah stop susu awal, tapi masih minum milo dan air manis dalam botol susu. Kesilapan kat sini memang diakui.

Part adik-adik, sejak bayi lagi memang suami ambil berat dan perhatian pada gigi. Dan masa adik-adik lahir, masa ini bibik dah tak ada. Bila kita sendiri jaga, perhatian memang lebih pada anak.

Cara hilangkan karies gigi anak

Cara hilangkan karies gigi anak

Cara nak hilangkan karies gigi pada anak pada bayi adalah dengan gosok gigi sejak awal. Ya, memang kena bersihkan mulut mereka selepas minum susu. Korang jangan buat silap macam aku tau!

Bila gigi anak dah teruk, apa kena buat?

Bila gigi dah teruk, anak sikit hilang keyakinan ke sekolah. Ya, tapi aku tetap yakinkan angah yang dia ada kelebihan lain. Selain cerdik belajar, angah tetap hensem. Nak senyum pun memang aku ajarkan cara, sembunyikan kekurangan dan tumpukan pada kelebihan.

Bila gigi dah teruk kat atas, aku ingat doktor akan cabut semua. Tapi bila rujuk pada dentist, dentist cadangakn biarkan gigi susu tercabut sendiri dan jatuh sendiri. Jika gigi depan angah dicabut, garham kiri kanan akan ambil ruang gigi tengah, dan nanti gigi yang akan keluar seterusnya tak ada ruang. Itu akan menyebabkan gigi berlapis lebih teruk lagi.

Cara hilangkan karies gigi anak

Jadi, benda dah jadi takkan dapat di patah semula. Sekarang, gigi yang ada kena betul-betul beri perhatian. Gosok gigi sebaiknya dan beri perhatian pada gigi. Kesannya walaupun gigi dah rosak, tapi gigi masih terjaga.

Sapuan florida untuk bayi/anak ; apa itu florida

Si kakak memang tak ada masalah gigi. Tapi sebabkan angah pernah alami trauma, jadi aku bawa kakak untuk check juga. Kat sini aku belajar yang gigi kena beri perhatian walaupun anak masih kecil.

Doktor memberikan sapuan florida untuk bayi dan anak kita yang masih kecil bagi tujuan menguatkan gigi. Hanya doktor boleh lakukannya dan setelah disapu, anak kena puasa dalam masa 30 minit untuk kesan maximum.

Korang bawlaah anak untuk rawatan gigi. Sesibuk mana pun mereka masih tanggungjawab parents. JANGAN ulangi kesilapan yang aku buat. Anak ada hak mereka juga.

Cara hilangkan karies gigi anak

Semalam setelah selesai jumpa doktor gigi, aku hadiahkan mereka makanan sebagai ganjaran. Semoga lepas ini, aku dan korang boleh beri perhatian kursus pada gigi anak. Ingat ya, JANGAN ulangi kesilapan aku. Berus gigi anak-anak. Mereka tak tahu apa-apa… kalau dah jadi, menyesal pun tak guna.

klinik pergigian erfa di setiawangsa

Korang boleh google banyak info pasal karies gigi. Aku semalam bawa mereka ke Klinik Pergigian Semenyih sahaja. Tak sampai sejam dah setle. Untuk parents kalau ada masalah gigi boleh juga ke Klinik PERGIGIAN ERFA. Aku dah buat scalling kat sana, TERBAIK!

Maniskan senyuman, lemparkan senyuman paling manis pada sekeliling kita supaya diri meresap 1001x kebahagiaan. bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *