beli bayblade murah di mana
Umminani

Nak bayblade murah? Korang beli kat sini…

Adoi la, belum habis lagi musim bayblade ni. Jenuh la juga, total habis dah beratus juga nak kumpul bayblade ni. Korang nak bayblade murah? Aku belikan kat anak-anak kat Chowkit.

Total HANGUS hari RM51.00 untuk BAYBLADE sahaja

Memang murah kot, dah beli kat sini dalam 4 kali. Sekali beli total tak lebih RM100.00. Sini murah dan berbaloi bagi aku yang anak ramai ini. Pernah beli kat area Hulu Langat, masa tu aku pun tak tahu nilai harga bayblade. Huhuuu sebiji harga RM18-25.00.

Masa tu beli 5 biji. Berapa yang hangusss? Korang kiralah sendiri, mak malas nak kira.. haha

Nak beli lagi sekarang memang pergi cari kat ChowKit. Sini range harga dalam RM5-12.00. Biasa kalau nak beli dapat harga murah kena beli 6 biji. So, masih lagi berbaloi. Maaf ye, memang aku kedekut nak beli yang ori yang harganya RM80++. ๐Ÿ™

Tadi memandangkan birthday Along ke9 tahun pada 7 September ini, aku hadiahkan bayblade murah sudah. Dan memang yang ini pun permintaan dia. So kira halal la. Toksah yang mahal anak oii, kopak mak!

Dah.. setle hadiah. Birthday sorang, tapi yang claim hadiah ramai. So, korang bersangka baik sahaja okay kalau hadiah birthday murah-murah sudah.. hahaha . Sama juga masa birthday Angah, masa ni adik dengan kakak claim baju juga.

Selain bayblade murah, mainan lain pun murah juga

Mainan yang si baju kuning pegang tu RM28.00 dapat harga RM20.00 dan mainan kakak RM23.00 dapat harga RM15.00. Boleh la kan.. untuk anak-anak main ๐Ÿ™‚ Sini banyak lagi mainan murah, korang boleh beli untuk buat jualan car booth sales juga. Memang berbaloi harganya.

So, ini cerita hadiah. Bab nak celebrate kat mana nanti pikir. Korang kalau nak bayblade murah pergi Chowkit tau! Layan video ini. Bye

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *