resepi mee goreng basah simple sedap
Food Review,  Umminani

Resepi Mee goreng basah simple dan sedap

Hi korang, selamat bersarapan.. eh.. UN masih bercuti ini. Menjaga suami sakit. So ada lah masa nak masak-masak ni ha. Pagi ini UN masak sarapan menggunakan resepi mee goreng basah simple dan sedap daripada mak UN

Resepi mee goreng basah simple dan sedap

Resepi UN pun simple sahaja. Korang try ya.

Bahan-bahan :

  • 2 bungkus mee kuning
  • 3 sudu makan pes cili
  • 2 sudu sos cili
  • 3 sudu makan kicap manis
  • ayam/ udang/ fish cake
  • bawang putih 3 ulas,(ketuk)
  • bawang merah 2 ulas (ketuk)
  • sayur sawi hijau batang
  • taugeh segenggam
  • lobak merah/carrot
  • taugeh
  • minyak
  • perasa / garam

Cara-cara masak :

Korang panaskan minyak dalam kualiti. Bila minyak dah panas, tumis bawang merah dan juga bawang putih sehingga kekuningan.

Selepas itu, masukkan pes cili, sos cili dan juga kicap manis. Masukkan perasa Maggi dan juga sedikit garam. Selepas cili dah masak, masukkan bahan protein yang menjadi pilihan seperti ayam, udang dan juga fish cake. Biarkan seketika sehingga masak.

Masukkan mee kuning yang telah dicuci. Gaul bagi rata, dan masukkan sayur sawi, lobak merah dan taugeh. kacau seketika sampai masak. Kalau kering korang masukkan air sikit tau. So, jadilah mee goreng basah simple dan sedap.

Lepas tu, goreng telur hancuh dan taburkan atas mee yang korang dah hidangkan. Fuh.. selera owhh nak makan.

Selamat mencuba resepi mee goreng basah simple dan sedap ini. 🙂 Korang boleh masak dan bawa bekal ke pejabat atau untuk jamuan sekolah anak pun boleh. Simple dan sedap. 🙂

Resepi LAIN korang boleh baca di blog kak Nina Mirza okay. Kalau UN masak sesekali, tapi kak Nina memang ratu masakan. Gitu… 🙂 Menu yang UN pernah share sebelum ini adalah – 1 )ayam masak merah 2) gulai daging 3) gulai lemak ikan tongkol.

Korang kena cuba tau, memang best. Dan resepi UN share adalah sesuai untuk masakan harian. Okay, ada masa UN share lagi resepi lain tau.Bye

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *