Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 di Negeri Kedah
Saya dan keluarga

Kejayaan Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 di Negeri Kedah

Assalamualaikum para usahawan yang dikagumi. Wah, menjadi usahawan adalah satu perkara yang perlu diberikan penghormatan. Bukan semua orang mampu melaksanakan dan menghadapi segala cabaran yang mendatang sebagai seorang usahawan. Hanya yang benar-benar tabah sahaja berjaya laluinya. Selepas berlangsungnya Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 di Negeri Kedah, nampaknya ramai usahawan telah ambil peluang minggu keusahawanan ini untuk membersarkan networking mereka.

Sokongan kepada usahawan – melalui SME Corp

Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 untuk luaskan empayar perniagaan (networking).

Melalui Minggu Keusahawanan yang telah diadakan ini, jelas pihak SME CORP sangat memberikan galakan positif kepada masyarakat untuk terus menceburi bidang perniagaan.Antara yang menyertai program ini adalah  – Tuan Syarafi Syamsir yang menyertai minggu keusahawanan ini.

Melalui program ini juga, ramai usahawan telah Berjaya dalam mempromosikan perniagaan mereka serta menemui peluang kerjasama dengan usahawan lain melalui “business matching”.  Syukur, melalui Minggu Keusahawanan ini bukan sahaja memberikan ruang kepada usahawan sedia ada, malah ianya membuka ruang sertta peluang perniagaan lebih besar dan berpotensi kepada masyarakat.

Antara usahawan lain yang hadir adalah Tuan Rafie Ramli daripada Felinna.

Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 terbuka kepada semua usahawan PKS kategori mikro, kecil dan sederhana.

Mula Berdikit – Azam Melangit

Bertemakan ‘Mula Berdikit – Azam Melangit’, penganjuran kali ini masih mengekalkan tema yang sama sejak tahun 2012.

“Tema ini dikekalkan bagi menggambarkan walaupun pada dasarnya PKS hanyalah usahawan bersaiz kecil, namun tiada yang mustahil dalam memastikan pertumbuhan dan pembangunan PKS di Malaysia sehingga ia dilihat sebagai penyumbang utama dan menjadi tulang belakang ekonomi negara.

“Pendekatan melalui program ini adalah menjurus kepada penyebaran maklumat mengenai bantuan dan khidmat nasihat serta aktiviti promosi pada skala yang lebih besar. Pada masa sama dapat mendekati usahawan-usahawan di seluruh negara.

“Malah usahawan juga dapat menimba ilmu pengetahuan dan meluaskan lagi jaringan perniagaan melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan antaranya permadanan perniagaan, seminar, khidmat nasihat perniagaan dan banyak lagi selain membantu meningkatkan jualan menerusi karnival dan pameran,” katanya.

Bagi bakal usahawan, aktiviti-aktiviti yang dirancang diharap dapat menarik minat mereka untuk terus meneroka peluang-peluang perniagaan serta membantu untuk memulakan perniagaan dalam bidang yang bersesuaian.

Selain itu, penganjuran program diharap dapat memupuk budaya keusahawanan terutamanya di kalangan generasi muda serta berfungsi sebagai platform penyebaran maklumat mengenai pembiayaan dan program pembangunan PKS.

Melalui maklum balas yang UN sendiri baca, Minggu Keusahawanan ini memberikan impka positif kepada semua yang hadir. Malah anak kecil dan usahawan kecil di peringkat anak-anak juga banyak belajar daripada Minggu Keusahawanan dan PKS ini.

Minggu Keusahawanan Dan PKS 2019 KEDAH

Semoga ianya akan terus diadakan pada tahun mendatang bagi mewujudkan lebih ramai usahawan berjaya dalam memangkin ekonomi masyarakat dan Negara khasnya.

Tahniah SME Corp yang komited membantu usahawan kecil dan sederhana untuk berjuang dalam bidang yang diceburi.

Jumpa lagi tahun hadapan. Bagi yang belum berkesempatan untuk pergi ke road tour di seluruh negara, boleh hadir ke Maeps Serdang pada 29 Ogos – 2 September 2019 ini bagi acara kemuncak Minggu Keusahawanan 2019.

Selamat maju jaya pada semua dan tahniah kepada semua yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *