kad nama blogger
Umminani

Kad nama versi 2019/2020 – simple sudah

Tahun 2019 – baru rasa nak buat kad nama @ name card baru. Serius tak ada jiwa sebelum ini dengan kad lama. Hahahaha nak kata malu tak juga, tapi ntah kurang yakin.

Plan tahun ni nak buat kad baru pun seakan kad lama, ada identiti bergambar. Try and error jugalah.

Ingat nak guna gambar ini, tengok balik macam tak sesuai.. Sebenarnya jika belajar teknik kad nama @ business card, elok ada gambar.. tapi hati kuat mengatakan no untuk versi 2019/2020.

So, akhirnya design yang menjadi pilihan UN adalah :

kad nama murah nak tempah di mana

Ha…. ini dia kad baru UN. okay ke? apa pendapat korang?

Kenapa pilih design dan warna dalam kad?

  • Pertama – biru adalah warna komunikasi. Dengan harapan semasa sessi business matching, UN dapat berkomunikasi dengan lancar setiap butiran kata-kata UN lebih tersusun indah.
  • Un tak suka serabut, jadi UN pilih untuk senaraikan alamat media sosial UN yang penting sahaja. So, business partner boleh contact direct dengan UN menggunakan medium sedia ada.
  • Kad nama bahagaian depan ; UN mahukan identiti yang jelas dan juga terang. So, orang tak lagi tertanya-tanya identiti UN.
  • Kad ini menceritakan keseluruhan apa yang UN buat.

Kenapa ada LOGO KBBA9 ?

  • Logo KBBA9 ? – Logo KBBA9 adalah identiti UN. UN maju dalam dunia blogging adalah daripada KBBA9 juga dan pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari sendiri amatlah UN hormati.
  • Tanpa KBBA9 UN bukan siapa-siapa dalam dunia blogging.
  • Dari sinilah UN kenal apa itu PR, apakah ertinya TASK dan apa erti sebenar blogging.
  • Walau apa juga cabaran dalam dunia Blogging KBBA9 akan sentiasa berada bersama UN.
  • Dalam KBBA9 – kami bukan sekadar blogger yang pergi event dah tu balik dengan hal masing-masing. TIDAK
  • Kami bagaikan satu keluarga yang boleh berada dalam satu komuniti tanpa ada prasangka dan darjat. Cuma yang ada adalah sikap saling menghormati antara satu sama lain.
kad nama blogger

Ini kad nama yang lama. Ya, disinilah bermulanya UN blogging secara serius. Kalau ikutkan sejarah UN nak join KBBA9 adalah ketika dalam ward nak bersalin adik pada Mac 2016.

Tempahan kad nama dimana?

Okay, sebab kan kawan UN ada bantu UN dalam beberapa isu dan situasi, jadi UN percayakan mereka untuk design dan buatka kad nama baru UN.

Kalau korang nak tempat , tempah di : BG_Resources

Boleh tengok harga dan promosi di ig mereka. Harga memang berbaloi dan kualiti yang dibuat sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Thanks kepada Afiz dr BG Resources.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *