Isu

Cara untuk berjaya dalam kehidupan, buat dulu baru rasa..

Asssalamualaikum, ramai orang nak berjaya, nak maju kehadapan dan tak mahu berada di takuk lama. Cuma berapa ramai yang sanggup bangun untuk berjaya. Berapa ramai yang berani nak keluar daripada rutin harian biasa? Dan masih ramai yang mencari cara untuk berjaya dalam kehidupan.

Walau berapa banyak seminar yang kita hadiri, belum tentu dapat mengubah diri jika kita masih tak bersedia menerima. Ya teguran demi teguran daripada kecil lagi mak ayah, adik beradik dan guru-guru dan tegur kita. Ramai yang jika kita imbas memberikan semangat untuk kita berjaya, namun kenapa masih tak berjaya?

Jadi, hari ini nak share beberapa tips bagi kita aplikasikan untuk berjaya dalam kehidupan. Berjaya sangat subjektif, cuma kejayaan dalam kehidupan ini adalah apabila kita beroleh ketenangan hati dalam apa juga situasi.

Itulah puncak kebahagiaan. Pada ketenangan ada kekuatan dan ianya jambatan kejayaan.

ujian kelayakan srai darjah 1

Cara untuk berjaya dalam kehidupan :

  1. Memberikan kasih sayang tanpa had – kata orang jika sayang semuanya baik belaka. Dan jika kita sayang, kita boleh sabar dalam setiap perkara dan keadaan. Orang yang memiliki kasih sayang dalam diri, dia juga akan dapat kasih sayang daripada orang sekeliling.
  2. Maaf – Satu perkataan sahaja mampu menyahtoksikkan segala yang ada dalam jiwa dan rohani setiap manusia. Sikap dan perasaan benci, iri hati dan dendam merupakan penyakit hati yang hanya akan merosakkan diri. Memaafkan, dengan perbuatan itu sahaja mampu menghapuskan penyakit hati dan yang tinggal hanyalah kasih sayang.
  3. Niat – setiap yang dilakukan bermula dengan niat. Buat sesuatu dengan niat kerana Allah swt. Semoga kejayaan kita diiringi restu dan redha daripada Allah swt.
  4. Sedekah dan pemurah – amalkan konsep ada dan beri. Setiap dalam bersedekah kita telah dijanjikan pulangan oleh Allah swt. Apa yang kita ada, kita beri dan insyaALLAH , Allah maha mengaturkan sesuatu yang lebih baik sebagai ganjaran.
  5. Redha – Berjayanya seorang anak kerana ibunya, berjaya seorang isteri kerana suaminya. Berjaya ibu bapa kerana redha anak-anak juga sebenarnya. Maka, jika anda seperti saya, walau hebat mana , ingat kita adalah isteri dan hamba Allah swt.

Semoga apa yang saya dan anda hajatkan akan mendapat petunjuk daripada ALLAH swt dan akhirnya akan membawa anda ke satu lapangan kejayaan dalam hidup. Tidak mengira apa juga lapangan kerjaya mahupun lapangan kewangan. Selamat beramal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *