bridal showcase pusat setempat
Review

Bridal showcase 2019 di The Regency Hotel KL; wajib singgah

Haa aaa aaa..Kompang dipalu..Pengantin baru…Duduk bersanding..Tersipu malu..Kompang dipalu….Pengantin malu…Moga bahagia..Ke anak cucu. Wahh gituu.. menyanyi kita. Hujung tahun musim nak meraikan pengantin. Tapi kita yang nak hadir ke majlis tentunya seronok menantikan hari yang bersejarah tersebut. Bakal pengantin pula mula sibuk membuat persediaan majlis bersanding. Un pernah pasang impian nak bersanding lagi dengan suami. Tapi belum masanya..kena tunggu saat yang sesuai. Jadi sekarang ini masa untuk survey kos perkahwinan terkini. Sebab tu kami suka kalau ada apa juga bridal showcase mesti nak pergi. Dan terbaru bakal diadakan Bridal Showcase 2019 di The Regency Hotel KL.

BRIDAL SHOWCASE 2019 – FESTIVAL KAHWIN 2019” yang akan diadakan buat julung kalinya dari 16hb Ogos (Jumaat) hingga 18hb Ogos 2019 (Ahad) bertempat di Hotel Regency Kuala Lumpur.

TUJUAN “BRIDAL SHOWCASE 2019 – FESTIVAL KAHWIN 2019”

  • Festival ini bertujuan untuk memudahkan bakal pengantin untuk mencari keperluan bagi mengadakan majlis bersejarah mereka di bawah satu bumbung.
  • Selain dari itu, pihak Hotel juga memberikan ruang dan peluang kepada pengusaha-pengusaha butik pengantin untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka di The Regency Hotel Kuala Lumpur secara PERCUMA.
  • Ini adalah merupakan sebahagian dari program “Tanggungjawab Khidmat Masyarakat” (CSR) The Regency Hotel KL dalam membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS).

Boleh cari idea di event bridal showcase 2019 di The Regency Hotel KL

Zaman dulu majlis kami simple , buat di kampung dan memang 10tahun lepas kos murah. RM5k dah cukup sempurna. Masa tu memilih pakai baju pengantin hijau..kalau tak silap masa tu sewa baju nikah dengan baju sanding RM50.00-rm100.00. Paling murah.. tapi tak style la sangat. Tu kalau sekarang ini tengok mana-mana pengantin baru, fuh terbeliak biji mata tengok majlis depa. Grand gitu. Syoknya.. pasang impian nak bersanding semula tu, sebagai kenangan..jangan gelak..tak salah berimpiankan. So kalau lepas ini awak tengok UN dengan suami p mana-mana bridal showcase, jangan rasa janggal okay.

sword barrel polis

UN difahamkan yang bridal showcase 2019 di The Regency Hotel KL bakal diadakan pada  16-18 Ogos ini. Cantik sangat tu, masa tu pun cuti sekolah dan raya pun dah setle. Jadi bakal pengantin boleh fokus untuk persediaan majlis perkahwinan yangbakal diadakan secara gilang gemilang.

bridal showcase pusat setempat

Seramai 70 vendors akan bersama-sama dalam di The Regency Hotel KL.. ada vendors pakaian, catering, kek da nada juga vendors yang akan menawarkan penyediaan door gift serta lain-lain yang perlu termasuklah vendors – jurufoto bagi majlis perkahwinan yang bakal diadakan.

Cari gali idea; Bridal Showcase di The Regency Hotel KL

Kalau dah memang plan majlis tahun ini atau tahun depan, WAJIB hadir ke Bridal Showcase ini. Mana tahu ada idea yang selama ini di cari gali masih tak jumpa, tetapi di pameran pengantin ini membuka ruang dan idea bagi penyediaan sebarang konsep bagi majlis yang bakal diadakan. Manalah tahu daripada tema Cinderella nak tukar kepada tema classic hang Tuah kan…?

Antara aktiviti bakal diadakan :

  • 🎁 Promosi menggila bagi pakej perkahwinan
  • 🎁 Cabutan Bertuah
  • 🎁 Pelbagai pameran daripada 70vendors
  • 🎁 Promosi makanan/catering
  • 🎁 Pertunjukkan fashion
  • 🎁 Make up Tutorials
Bridal Showcase 2019

Peluang dan ruang yang diadakan wajib di sambut baik. Semoga event yang dianjurkan ini berjaya dan menarik ramai bakal pengantin dan keluarga untuk hadir kesini.

Semoga majlis perkahwinan impian akan dapat di realisasikan dan ianya akan memberikan satu sinar kegembiraan kepada pengantin dan sejarah penuh bermakna buat seluruh keluarga. Selamat pengantin baru.. Jangan lupa eventnya seperti tertera.

Bridal Showcase media slot 2019
Gambar semasa sessi sidang media diadakan.

Maklumat lanjut layari : The Regency Hotel KL

Website : www.regencybridalshowcase.com

The Regency Hotel Kuala Lumpur
3, Jalan Raja Alang, 50300 Kuala Lumpur
 T :  +603-2262.2000 , +603-2020.3000  E : centralsales@theregencyhotel.my

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *