Boboiboy Movie 2 peminat nombor 1
Umminani

Boboiboy movie 2 ; behave plsss!

Kerja malam…pergi jam 9malam balik jam 6 pagi.. begitulah seminggu berlalu sebelum aidikadha lalu. Tapi ada kesempatan, hari Jumaat tu lepas lena seketika terus offer anak-anak tengok wayang Boboiboy Movie 2 . Si Along memang sedia cuti sekolah , ada cuti ganti, 2 beradik lagi pula..ponteng demi Boboiboy movie 2.

Kami pilih nak menonton di IOI Mall City. Tak jauh dan tak dekat juga, cuma lokasi macam lebih sesuai… and kat sini ada chance Ummi nak shopping keluaran baru Bokitta. opss!

Kami 5 beranak: Bonding time

Kami 5 beranak pergi tengok wayang tanpa abah. heheh syukur semua memang behave. Tapi sebelum masuk mestilah kena ada pop conr. Un beli kan 2 kotak sahaja. Kongsi, sharing is caring. Anak-anak memang faham bab ni, bukan apa kalau beli banyak belum tentu habis.

boboiboy movie 2 , blogger review movie

Total cost pelaburan untuk Boboiboy Movie 2 adalah RM38.00 bagi kami semua. Dewasa RM11.00 dan kanak-kanak rm9.00, berbaloi untuk seisi keluarga.

Dalam panggung wayang, memang kecoh la..semua nak beraksi. Siap bawa topi boboiboy tau! Nampak sangat peminat no.1 boboiboy.

Filem animasi BoBoiBoy Movie 2 ini mengisahkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya yang diserang oleh Retak'ka yang merupakan pengguna asal Kuasa Elemental yang dimiliki BoBoiBoy pada ketika ini. Retak'ka ingin merampas semula kuasa tersebut untuk menguasai galaksi. Jadi, BoBoiBoy dan rakan-rakannya perlu mencari cara untuk menghalang niat jahat musuh mereka yang penuh misteri ini sekali gus menyelamatkan galaksi dari ancaman Retak'ka. 
Boboiboy Movie 2 peminat nombor 1

Review Filem : Boboiboy Movie 2

Secara keseluruhannya, filem ini sesuai untuk tontonan umum dan seisi keluarga. Dewasa juga boleh terhibur dengan aksi menarik dan telatah comel Papa Zola, Pipi Zola dan Gopal.

“Dimana ada kari, disitu Gopal marii…” hahaha lawak la haii

Filem ini sangat bagus untuk tontonan anak-anak. Ia memberikan impak sangat baik. Antaranya :

  • kerjasama dalam satu pasukan
  • jangan mudah mengaku kalah
  • teruskan latihan dan usaha tanpa putus asa
  • berusaha majukan diri
  • sentiasa beri sokongan pada sahabat
  • jangan pentingkan diri sendiri
  • dalam diri mesti ada hati yang baik, sebab hati yang baik menarik 1001 kebaikkan di sekeliling

Selebihnya, korang kena pergi menonton ya. Recomended. Bila dah habis, tunggu sehingga benar-benar panggung gelap.. ada lagi surprise untuk penonton! okay, balik rumah jangan jemu dengar anak-anak beraksi dengan aksi seperti dalam filem. Sabar ye mak mak..hahaha, nak suruh behave tu.. kena betul2 sabar.. watak dalam tv lebih mempengaruhi anak-anak. Dan kalau anak terjerit sama dalam wayang tu , maafkan mereka,,itu namanya excited! bye.. nanti kita tonton cerita lain pula. Bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *