sofa baru
Umminani

Bila sampai masa…

Ehm… nak cerita ni, dah berbuih mulut bagi hint tau! Keciwa kita..hahaha , dah cakap kat suami, yang sofa kita ni tak larat dah nak sapu…asyik terkopek je ..

Raya dah 2 kali raya dah bagi hint.. haishh! Awatlah tak jalan eh! Raya orang mai layanz yer dok sofa koyak. Bukan tak dak duit, tapi ntah dia.. kalau korang cakap macam na nak minta barang ehh?

Nak jadi cerita…

20/8/2019 masa nak p kerja, kereta langgar motor dia. UN ingat tak teruk, jadi UN masih sempat pergi event MEKDI. Dan suami UN p hsopital dengan motor, bawa sendiri tu.. hahaha bukan kejam eh..sebab dia tak ada apa-apa luka tau!

Nak jadi cerita lagi.. dia kena tahan ward. adui awat pula eh. Petang tu UN pergi kat suami, rupanya hasil xray dia patah tulang L5 tulang belakang. LA…

Nanti UN cerita bab suami accident panjag lebar kalau sempat okay.

Lepas tu, bila discharge, ramai pula nak datang ke rumah. Yer, kita tak nafikan orang datang sebabagi tetamu kita kena raikan. Ehm.. UN cakap kat suami..hish mau dato dato nak mai. tak segan ke sofa macam tu.. mai pula orang luar takkan nak duduk bersila kat bawah.

Tiba-tiba ….

Ntah macamana tergerak hati suami kot semalam, jom beli sofa! Hahaahah tudia, dah 2x raya kot… baru nak cakap beli sofa baru..

Dalam hati yeayy…pssstt jangan bagitau dia okay! Yeay, bila dah pilih maka sofa pun dihantar kat rumah. Sikittt over bajet la.. mana nak dapat RM1.5k.. Kalau ada pun tak berapa best la nak duduk.

Tada.. akhirnya, inilah dia pilihan kami. Kiranya .. ada 5 seat semua, tk boleh beli 6 seat tak muat ruang. 4 seat boleh buka buat macam katil gitu. .. Thanks suami..hahaha

Yang kelakar, si Ben balik je daripada rumah ibu, “Woww sofa baruuuu”.. fuh penuh teruja dia. Si Kakak dengan Angah kurang expresi sikit, tapi tau semua orang suka:)

Akhirnya, bila sampai masanya, apa yang kita minta dapat juga, cepat atau lambat tu kena sabar. πŸ™‚ Thanks pada yang baca diary UN hari ini πŸ™‚

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *