polis bekerja 24 jam
Saya dan keluarga

24 jam tanpa lena dan tanpa henti…dizzy oii

ngantukkknya.. 
Dah lama tak ubah waktu tidur. Semalam on dari jam 630ptg…drive kereta dari rumah. Sampai lokasi Ops 755 malam.

Toteh…toteh… solat, prepare barang sekatan jalan raya (SJR) dan rocall.

Mula Ops jam 11malam sampai la mandi embun jam 4pagi. Ditemani Wpc jelita terus semangat, tak terasa mengantuk. Drive awal pagi balik rumah dengan penuh ketekunan keseorangan.

Sampai rumah dah subuh hari, tengok anak-anak bergelimpangan lena kat hall. Tunggu Ummi😞

Rutin harian. Pagi-pagi mandikan anak-anak, sessi pujuk memujuk..dan hantar p rumah ibu. Umi sambung lena… ingat sekejap je…
Alamak jaga terus tengok jam 1145😯.

Fuh…maknanya perubahan waktu lena memberi impak besar. Dizzzzzyyyy..😇

24 jam tanpa henti – bangun tidur 530pagi pada 5/8/2019 dan petang dalam jam 430ptg dapat semboyan kena kerja malam. Hahahah memang kena kuat iman dan terbeliakkan mata lah.

Jadi yang jumpa UN tengah jalan kena marah tu redha okay. Maafkan saya jika terkasar bahasa malam tadi. Sampai rumah semula pada 530 pagi hari berikutnya jam 5.30pagi. Tak ke 24jam tanpa henti.

😁😁 Malam ni sambung ops malam ke-dua. Seminggu kesana…yeahhhaaaaa. Hi hi okay kalau terjumpa.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *