• polis bekerja 24 jam
    Umminani

    24 jam tanpa lena dan tanpa henti…dizzy oii Ops di Gombak

    ngantukkknya.. Dah lama tak ubah waktu tidur. Semalam on dari jam 630ptg…drive kereta dari rumah. Sampai lokasi Ops 755 malam. Toteh…toteh… solat, prepare barang sekatan jalan raya (SJR) dan rocall. Mula Ops jam 11malam sampai la mandi embun jam 4pagi. Ditemani Wpc jelita terus semangat, tak terasa mengantuk. Drive awal pagi balik rumah dengan penuh ketekunan keseorangan. Sampai rumah dah subuh hari, tengok anak-anak bergelimpangan lena kat hall. Tunggu Ummi😞 Rutin harian. Pagi-pagi mandikan anak-anak, sessi pujuk memujuk..dan hantar p rumah ibu. Umi sambung lena… ingat sekejap je…Alamak jaga terus tengok jam 1145😯. Fuh…maknanya perubahan waktu lena memberi impak besar. Dizzzzzyyyy..😇 24 jam tanpa henti – bangun tidur 530pagi pada 5/8/2019…