Umminani

Open House UN – Raya 2019 masak sendiri puas hati

Salam akhir Syawal. Alhamdulillah Allah swt masih panjangkan usia sehingga hari ini. Sebagai penutup entry bab Raya 2019, Un coretkan memori Open House rumah UN sempena raya 2019.

Ya, Un buat tahun ini as simple as i can. Niat kami bagi meraikan jiran tetangga dan juga sahabat handai. Ya, memang seronok.

Menu dan masa untuk memasak untuk open house

Menu pilihan tahun ini adalah nasi daging bersama masal merah ayam dan juga bihun sup utara.

Ada kek minyak Un beli 3 biji, air oren sunquick dan juga air teh tarik.

“Puan, kawan moksu tak jual daging la hari ini dengan esok!” – Moksu maksudkan Sabtu 29/6/2019 dan Ahad 30/6/2019

“La ya ka…, ehmm tak pa lah tak ada rezeki moksu. Nanti saya cari kat tempat lain…!” – Masa ni tengah tunggu Anhah Peperiksaan Kelayakkan SRAI 2020.

Tepat jam 1030 pagi, angah selesai exam. Terus Un memandu menuju ke pasar Semenyih. Dalam hati, tuhan je tahu…risai tak ada tulang dan daging lagi waktu macam tu. Lepas tu, sampai je pasar, Un terus pergi kat pakcik penjual daging segar. Dia jer sorang yang jualnya.

Rezeki….yer betul rezeki. Yang ada tulang kepala. Alamak, mula-mula was-was juga. Boleh ke buat sup tulang kepala lembu ini, tak pernah seumur hidup Un masak tulang kepala lembu. Tapi, bila tengok pakcik cincang tulang kepala…eh..omay je..normal je nampak.

Jadi terus borong semua yang ada. Total semua dekat 5kilo,kos semua Rm140.00. Berbaloi juga beli tulang ini, ada banyak daging. First time okay, biasanya memang cari tulang rusuk. So, balik tu simpan dulu. Malam baru Un rebus, biar betul hempuk.

Pagi Ahad, bangun pagi UN rebus bihun dan masak. Lepas tu tos kan sampai kering. Lepas tu, potong dedaun sup dan bawang…kemaskan bekas…tadaaaa siap kelengkapan bihun sup.

Next , ayam masak merah. UN masak sambal pun daripada malam hari Sabtu. Biar betul-betul masak.

Resepi Sambal Tumis UN : 5 ekor ayam

1) Cili kering – rebus dan blendkan
2) Serai dalam 25 batang
3) Halia dalam 6 inci
4) Lengkuas 6 inci
5) Bawang besar holland 5 biji

Blendkan semua bahan diatas, campurkan dan biarkan masak. Masukkan 2 kotak santan pekat saiz besar. Last bila dah nampak sambal pun dah merah nak masak, masukkan garam dan gula. Siap! Biarkan sambal berasingan jangan campur dengan ayam.

Bila tetamu datang, kita masukkan sedikit demi sedikit ayam ,by batch. So, boleh kurangkan risiko masakan basi dan berlebihan.

Resepi Nasi 3Kilo Nasi – Beras Brasmathi

Basuh beras macam biasa, masukkan air secukupnya. Bahan tumis 2 paket, halia 2 inci, serai 2 batang , daun pandan, rempah daging 3 sudu besar dan bawang merah kecil. Potong nipis bawang dan tumis bersama bahan di atas dengan minyak sapi dan mentega bagi lemak. Lepas dah kekuningan , angkat dan tuang dalam periuk nasi tadi. Tambahkan garam dan perasa secukupnya. Siap… biarkan sampai nasi betul-betul masak. Jadilah nasi daging, yang sedap. 😄. Cuba tau. Menu lain cucur udang nanti pula Un share resepi dan tips bagi cucur udang lembut.

Okay itu sahaja resepi Un nak share.
Start jam 12tengahari, tetamu start sampai.

Okay, terima kasih kepada semua yang hadir. Terima kasih En Rozi yang kendurikan durian juga kepada saya dan tetamu.

Kepada semua yang sudir hadir, kami sekeluarga amat berbesar hati menerima kehadiran semua.

Thanks Puan ( SUPT) Siti Isah dan Zack ( ASP Zaidah) sudi hadir ke rumah nani.
Thanks Juju a.k.a Julia Johari sudi hadir bersama keluarga. And thanks juga pinjamkan gambar makanan untuk di muat kan dalam blog Un.

Semoga kita bertemu lagi tahun hadapan. Mana yang kurang, kami sekeluarga mohon ampun dan maaf. Harap rezeki lebih boleh open table lagi best nanti. InsyaAllah. Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Un. Sayang semua. 🥰

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *