Kerjaya

Raya Trafik Kajang 2019- Pot Luck Jee

Salam 21 Syawal, hari raya semakin rancak pada hujung minggu. Tapi sebelum nak masuk cerita hujung minggu UN nak share raya Trafik Kajang 2019. Unplan, dan memang tak buat besar pun. Buat ala-ala gitu dan tema pot luck.

Menu Raya Trafik Kajang

Kalau ikutkan kami bahagi menu. Setiap unit ada satu menu, tapi yang baik hati dan pemurah nak kenduri sekali mereka ada bawa lebih. Seingat UN , Saman- bawa laksa, Kertas Siasatan – Mee Goreng, Pegawai Penyiasat – Sate, Bos – lemang, Pejabat Pertanyaan – Nasi Impit Kuah Kacang, HMPV rendang dan unit pentadbiran – Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah. Air – eskot/ jem skuad, dan Point Duty – Mee Sup. Eh maaf tau kalau ada warga trafik yang baca, saya silap tulis.

Majlis Raya Trafik Kajang Kenangan untuk BOS

Dalam kemeriahan kami menyambut raya, ingat saja je nak bergambar dengan bos DSP Mohd HafIz Bin Samsudin. Ini pun sempat culik sekejap sebelum bos berangkat ke Masjid bagi program 1 Polis 1 Masjid.

Dalam kesibukkan waktu maghrib tak silap.. semua orang ucap tahniah. Eh kenapa pula? Ehm, seronok dan happy , rupanya bos dapat naik pangkat ke Johor sebagai Pegawai Turus D9, IPK Johor. Sekejap je kenal, bos dah nak bertukar. Apapun tahniah Tuan, selamat maju jaya. Doakan kam pula mengikut jejak Tuan.

Sessi bergambar dengan OCPD – ACP Ahmad Dzaffir Bin Mohd Yusoff

Satu tabiat UN, memang bab bergambar nombor -1 . So, masa UN sambut tuan OCPD, memang bawa jalan jauh sikit. Lepas tu ..

“Tuan, kita bergambar dulu ya, sebelum kita p makan..”

“La, bergambar dulu. makan la dulu…”- Tuan KB

“Tak boleh Tuan, nanti lepas makan berpecah dah.. semua hilang, nak kumpul orang payah nanti..”

Boss redha :), sempatlah kami kidnap OCPD untuk merakam gambar kenangan Raya Trafik Kajang 2019. Dan harap ianya jadi kenangan untuk Tuan KB yang bakal bertukar jua.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga trafik yang saling bekerjasama uruskan makanan dan persediaan tempat. Meriah, dan harapnya jodoh panjang tahun depan kita buat lagi ya. Salam kemaafan.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *