KENAIKKAN PANGKAT DALAM PDRM
Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM),  Stress Free InspektorMama

Ujian Kenaikkan Pangkat – E-Kompetensi bagi Insp Ke ASP

Bismillahirrahmanirrahim, syukur dapat melihat dunia kembali. Ewah..  Ceritanya bermula disini, apabila habis sahaja Kursus Kaunseling pada Jumaat lepas, 19/4/2019, UN terus naik kerja sebagai pegawai bilik kawalan Daerah IPD Kajang. Bermula jam 5.00 petang sehingga 8.00 pagi. Dan pada masa yang sama UN dalah pegawai ronda lokap. Jadi pada 19/4 & tengah malam 20/4 sebenarnya UN ada dua task yang perlu diselesaikan. Manakala pada pagi Sabtu pula UN ada Ujian E-Kompetensi bagi kenaikkan pangkat dari Insp – ASP.


Ujian E-Kompetensi bagi kenaikkan pangkat dari Insp – ASP.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, tahun ini adalah tahun ke 11 UN dalam PDRM. Manakala, suami pula telah 14 tahun dalam perkhidmatan. Jadi, doakan agar Allah swt meletakkan rezeki kami tepat pada masa dan waktunya. UN tidak mengejar pangkat, namun apa yang UN harapkan UN dapat terus beri sumbangan kepada Negara dan PDRM tanpa mengabaikan kepentingan keluarga. Dan UN hanya berpegang bahawa setiap sesuatu yang Allah berikan adalah rezeki.

Dan jika memang rezeki UN dan suami untuk kenaikkan pangkat tahun ini, maka UN terus berdoa agar keluarga juga akan terus diberikan limpah dan rahmat-nya. Tidak guna jika ada pangkat, namun Allah swt Tarik nikmat keluarga dan berkah dalam kerjaya. Jadi, harapan UN, kawan-kawan UN doakan kami semua sentiasa dalam lindungan Allah swt.

Okay , sebagai catatan kenangan UN dan suami  Un nak coretkan juga kenangan interview kami pada tahun 2019 ini.

Permohonan ujian Online PDRM

Pada mulanya kami perlu mohon dalam system HRMIS dan mohon juga bagi menduduki Ujian penilaian kompetensi dan online accessment. Maka, pada 20 dan 21 April 2019 adalah tarikh keramat kami menduduki ujian ini.

ujian kenaikkan pangkat polis

Un –  sessi ke 2, Bilik IT 3 dan meja nombor 13. Kami menduduki ujian ini di Maktab PDRM Cheras. Sessi suami adalah pada jam 11.00 pagi. Manakala UN pula jam 10.00 pagi. Ujian kami di bilik IT berbeza. Jadi, memang kami tiada chance untuk meniru..hahaha. Eh..korang lawak je tau. Memanglah exam kan mana boleh meniru..hahaha, malah soalan dengan orang sebelah juga berbeza tau.

Soalan merangkumi pelbagai aspek soalan termasuk soalan yang bertemakan perkhidmatan awam dan juga soalan fungsional yang menjurus kepada soalan berkaitan kerja hakiki. Pada hari kedua pula adalah ujian seakan ujian personaliti test dan ianya adalah berkaitan diri sendiri. Jadi, redha saja. Apa sahaja jawapan yang diberikan itulah diri sendiri yang mana dinilai layak atau tidak untuk kenaikkan pangkat.

Ujian E-Kompetensi bagi kenaikkan pangkat dari Insp

Apa juga cabaran selepas ini , UN akan terima dengan redha. InsyaALLAH setiap titik zarah adalah rezeki menurut ketentuan Allah swt. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami berdua. InsyaAllah jika ada rezeki dapat nanti. Tahniah kepada semua pembaca blog un hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *